Pagi tadi adalah kali kedua saya naik komuter selepas pulang dari Moscow. Alhamdulillah, kedua-dua kali tersebut dapat naik tren KTM Komuter yang baru. Sangat berpuas hati dengan tren ini.
Tren yang saya naik pagi tadi ada 4 gerabak semuanya. Tak pasti samada wujud ke tak koc wanita. Pada saya, koc wanita ni agak redundant sebenarnya sebab bukan semua pun orang perempuan nak masuk bersempit-sempit dalam koc tu. Negara kita je yang ada benda-benda macam ni.. Tak faham.
- 2 gerabak untuk wanita
- gerabak dilengkapi dengan kamera litar tertutup, kemudahan untuk golongan kelainan upaya, warga emas dan wanita mengandung
- 6 bulan pertama adalah percuma untuk pelajar beruniform, warga emas dan OKU
- 100,000 kupon percuma akan diedarkan
Kalau tengok kat skrin tu ada tunjuk kelajuan. Cruising speed adalah di antara 90 – 115 km/j. Kalau kelajuan lebih 90 km/j je speed akan dipaparkan. Dengan kelajuan macam tu, saya sampai ke KL Sentral dari stesen Subang Jaya dalam masa 22 minit, kurang daripada 30 – 40 minit pada kebiasaannya.
Tempat duduk yang luas dan selesa. Ruang kaki pun cukup luas, ruang tengah yang lebar.
Lantai bersih berkilat. Harap dapat dikekalkan setelah bertahun digunakan nanti.
Eh. Ada wifi? Adakah akan ada syarikat internet yang akan sponsor penggunaan wifi di dalam komuter nanti? Atau mungkin beri wifi percuma untuk pelanggan sedia ada mereka?
Tingkatkan bilangan tren je. Tak kisahlah habiskan duit lebih sikit untuk rakyat. I’m sure ramai yang akan benefit kalau sistem pengangkutan awam di Malaysia ni dipertingkatkan mutunya.







Comments
25 responses to “Review Tren KTM Komuter Baru 2012”
Kurangkan masa menunggu, maka kecekapan automatik meningkat….. kalo org lama tunggu, orang marah… bila org marah, cekap cmna punya sistem pon tetap anggapannya gagal. :D
semalam baru ada peluang naik. yg 6 koc punya dari subang ke bank negara. mmg feel lain sebab semua org dapat duduk. muahaha
Salam, rasanya tu tren ekspress seremban-rawang waktu puncak pagi dan petang. Tren in guna set ETS dari Korea. Tren mykomuter guna tren set dari China. ETS ni back up komuter ja.
I see. Silap lah ni.. Kena cari tren mykomuter tu pulak
eh, aku pun ade dengar citer dari adik aku.. tp tak test naik lagi setakat ni. Lepas ni nak cuba la merasa TV dan wifi tu..hehe
kali terakhir aku naik benda nie tahun 2008 hehehe…
pengangkutan awan malaysia kena menyeluruh lagi…
xsampai kat utara nie komuter nie
Tak sabar nak bawa anak saya naik tren baru ni. Camne nak dapat kupon percuma tu?
Ni tren ETS komuter 6 gerabak. Selalu naik ni pepagi dari Sg. Buloh ke KL Sentral. Rasanya tren ni dah lama dah, hampir setahun, yang tren baru lancar semalam “MyKomuter” tu warna dia putih ada belang-belang kaler merah.
Confuse dah aku… Btw, nice entry, memang selesa pun, kalau gerak dr sg.buloh pukul 8 pagi tu, confirm naik tren ETS komuter ni jer.
aku tengok dah macam tren ETS je
sepatutnya sistem ni perlu diperluaskan ke seluruh Malaya. memudahkan rakyat dan kurangkan kesesakkan. jimatkan masa. tren lagi best berbanding naik bas. ni sebagai alternatif utk pengguna. :)
betul. dah lama gila tak naik komuter nih..
dah lama tak naik komuter, dah banyak perubahan. bagus!
p/s – last para sistem pengangkutan “awan” hehe :)
hehe. pengangkutan awan = cloud transportation. mana tau in the future.
thanks btw
yg kat atas tu ets punya kan? yg tu dia tulis special train ke ape tah masa naik dulu… yg baru dia launch smlm lain pulak mcm komuter biasa tpt duduk dia tp lagi luas la.. nampak smlm dkat subang jaya masa nak balik ke kl sentral..
yeah. memang tulis special train sebab dalam testing phase lagi.
Sudah lama tidak naik komuter KTM. Pernah naik komuter ke Seremban.
ni seremban kl ke?
salam bro..
ko ni mesti budak aviation moscow kan?
dah lama gak tak naik komuter selepas keje kat TTDI nih.. tapi nampak macam canggih dah!
kejap. 4 gerabak ke 6 gerabak… aku selalu nampak 6 kat area petaling tu…
ada yang versi 6 gerabak. yang aku naik tadi 4. dua kali kira.
Oh, tren ni. Macam sama je dengan tren yang digunakan untuk perjalanan ETS berdasarkan gambar yang dipaparkan. Even aku ingatkan tadi ko ambil gambar dalam ETS.
rasanya memang dia amik yang ets punya terus. senang nak selenggara.
whoa! teruja gler tengok komuter baru. :) baguslah ada improvement. dan paling penting tolong dan tolonglah jgn nak delay. sgt menyusahkan.
rindu nak naik komuter.. hehehe.. da lama kot aku x turun sana.. :p
psst.. baru² mmg cun.. lama² nnt maybe ada je budak2 nakal wat vandalism kat tren tu.. huhu.. tp aku rasa terkawal kot sbb ada cctv.. hahaha… kantoi!