[Video] Respon Direktor KFC Malaysia Terhadap Isu Video Pengotor

Aku suka KFC. Kat Jerman ni pun dah berapa round makan KFC, jadi aku agak marah bila tengok orang Melayu sendiri yang buat video macam tu. Memang tak patut.

Kenapa perkara macam ni boleh berlaku? Apa sebenarnya yang silap? Mana hilangnya moral dan adab orang Malaysia? Seingat aku, orang Malaysia cukup sensitif bila cakap pasal makanan, siap nak buat ujian DNA bagai.

KFC pula pada pendapat aku kurang cekap dalam mengawal keadaan ini. Aku rasa mereka boleh melakukan beberapa langkah drastik sebagai damage control terhadap isu ini.

  • ¬†Mereka sepatutnya segera meminta Youtube memadamkan video tersebut (aku percaya melalui kuasa korporat dan peguam, ini boleh dilaksanakan dengan mudah)
  • Memohon maaf secara terbuka tentang penyebaran video tersebut
  • Mengeluarkan kenyataan tegas bahawa individu yang terlibat telah dikenakan tindakan
  • Menyebarkan identiti individu di dalam video tersebut

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Aku pasti KFC Malaysia memang teruk terjejas disebabkan isu ini dan mereka sedang berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan kembali keyakinan pelanggan.

Sebarkan identiti penjahat-penjahat dalam video tersebut. Kita lihat apa orang ramai akan buat pada mereka (dan aku yakin memang buruk padah mereka) supaya dijadikan pengajaran kepada orang lain agar perkara ini tak berulang lagi.

36 Comments