Red Bull Hill Chasers @ Jalan Ara, Bangsar

Reading Time: 2 minutes

Print

Dijemput untuk menyaksikan event Red Bull Hill Chasers di Jalan Ara, Bangsar. Event ini merupakan event penutup Red Bull di Malaysia untuk tahun 2012.

Red Bull Hill Chasers adalah merupakan pertandingan lumba basikal mendaki bukit. Dalam pertandingan ini, mereka mengumpulkan atlet daripada pelbagai latar belakang sukan berbasikal (mountain bike, fixie, BMX dan sebagainya) untuk bertanding dan menentukan basikal jenis apa paling hebat.

Competitors - Action

Competitors - Action

Favorite untuk menang dalam event ini pastilah mountain bike, tapi belum tentu lagi sebab nak pecut dan tukar gear masa naik bukit boleh menjadi masalah. Setiap basikal ada kelebihan dan kekurangannya dalam pertandingan ini dan ianya juga bergantung kepada keupayaan fizikal peserta untuk mengayuh basikal mendaki bukit. Kombinasi kedua-dua elemen inilah yang bakal menentukan siapa akan menjadi juara Red Bull Hill Chasers.

Perlumbaan menggunakan format knock-out di mana dua pelumba akan berlumba sesama sendiri dan yang kalah akan tersingkir. Pelumba yang telah terpilih dalam pusingan kelayakan akan berlumba dengan pelumba basikal elit tempatan yang dipilih oleh Red Bull. Ini adalah untuk mengalakkan lagi pelumba amatur untuk berusaha lebih gigih mencapai kejayaan dalam sukan berbasikal.

Tonton video kat bawah kalau tak faham lagi pasal event ni :P

IMG_0036Kawan blogger yang sorang ni patut join event Hill Chasers ni

Nasib baik mereka tak suruh saya sertai perlumbaan ini. Bila tengok balik bukit yang hendak didaki dan peserta yang kebanyakannya hebat-hebat belaka, dah tau memang confirm kalah punya dalam pusingan kelayakan.

Sekian sahaja laporan saya. Tak sabar nak lihat apa pula event Red Bull untuk tahun 2013. Hopefully mereka tak lupa nak jemput saya untuk sesi tahun hadapan.

IMG_0035
with Azura Red FM a.k.a. Disney Girl. Thanks Terry for taking the picture :)

Red Bull Hill Chasers @ Bristol, England


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Red Bull Hill Chasers @ Jalan Ara, Bangsar”

  1. ohcikgu Avatar

    seronoknya dapat tengok orang berlumba macam ini..

  2. Mohd Ilham Avatar

    Bestlah bro leh join Redbull #Jeles
    haha.. memang extreme-extreme aktiviti diorang ye

  3. Arrazi Avatar

    Menarik event ini. Kalau yang berkelayakan itu bolehlah mencuba diri.

  4. MK Kimi Avatar

    fixie pon ada ye? tgk cite premium rush..fixie ni cm hebat bila race.

  5. boni kacak Avatar

    wow..macam menarik je event ni..hehehehe

  6. akubiomed Avatar

    Wah menarik cara ini seperti acara drag atau sprint. :-)

  7. Een Avatar

    Redbull punya aktiviti semua gaya ekstrem. Mohon tahun depan lebih ekstrem di Malaysia.

  8. Siti Zulaikha Avatar

    belum cuba belum tahu… ;)

  9. matjoe Avatar

    kayuh jangan tak kayuh. mcm best jer. konsep drag race tapi panjat bukit

  10. KiD Avatar

    kalau aku laaaa berbasikal bukit2 nih… adeeeh.. kompom pengsan dah pastu.. hehehee

  11. sensasi2020 Avatar

    Kalau lama dah tak berbasikal, jika ambil pertandingan pasti kalah punya dan pila habis lengah badan dibuatnya. 1 minggu baru hilang lengah lumpuh bdan tu. Semoga berjay broo….tingkatkan lagi penguasaan anda.

  12. titan Avatar

    hoho..dah lama tak main basikal..rindu plak rasanya..

  13. Bella Enveeus Avatar

    Not a bad sport. Perlukan skill juga nak tackle hill tu dengan different basikal. Fuh!.
    Oh, tiada video of Malaysia Hill Chasers ke? The Big Bird on a bike is funny.. :)