Akhirnya jemputan yang ditunggu-tunggu daripada pihak Red Bull Europe telah pun diterima. Saya akan diterbangkan ke Singapore bersama beberapa orang blogger lain untuk memeriahkan event Red Bull Flugtag yang akan berlangsung pada 28 Oktober ini.
Dah lama sebenarnya mengikuti event yang dianjurkan oleh Red Bull ni dan kebanyakan event yang mereka anjurkan semuanya memang best! Adalah satu penghormatan kepada saya kerana diberi peluang sekali lagi untuk menghadiri event anjuran mereka. Fully sponsored lagi tu XD
Dalam event ini, peserta dikehendaki untuk menghasilkan sendiri kapal terbang (atau apa-apa sahaja yang boleh terbang) dan ditolak dari platform atas platform dengan ketinggian 6 meter. Pemenang dikira berdasarkan tiga kategori: penerbangan paling jauh, kapal terbang paling kreatif dan persembahan paling menarik.
Event akan berlangsung di Siloso Beach, Singapore. Tak sempat nak pergi USS dan kalau nak pergi pun weekend tu mesti packed punya, so next time la. Dah tak sabar nak pergi ni, annual leave untuk hari Isnin pun telah dipohon. hehe
More info here

Comments
18 responses to “Red Bull Flugtag – Here I Come!!”
seronok betul dapat melancong free ni..bertuah badan. :)
wah, bro memang sangat bertuah :D
Wahhh seronoknya..semoga dapat merekacipta kapal terbang yang paling kreatif yer..hehe
dua hari pergi balik singapore.. phewwwww
28 okt ker? kalau xboleh join bro di sana. dah seminggu kat singapore. Nak kena habiskan lagi 10 hari disini. boring!.
Bertuahnye dapat pergi jauh2 jalan2..semua dari rezeki berblogging =)
bertuah betul kepada yang terpilih… bila la boleh dapat tuah macam ni…
dlm video tu nmpk mcm best ja
mcm best je acara2 kt event tu nnt.
komfem haaaapening kepala. hehe
memang seronok bila pergi sesuatu event bersama rakan blogger.
eyh dulu ko pernah masok matriks negeri sembilan kuala pilah jap kan?
aliran sains fizikal
F1P8
betol?
wah..terbaekk bro….best tu..hehehe
Memang terbaiklah dapat pergi rakan-rakan blogger plak tu..
Enjoy ur trip..to Singapore..
Check date kalau non peak memang tak pack langsung USS tu..
Untng dapat menonton acara ini dengan lebih dekat. Enjoy your trip.
wa bestnya.. untung ariff..
wah…untung nya..tahniah..enjoy your trip bro!
nampak menyeronokkan.. tak dpt pergi USS pegi legoland pun boleh.. hehe :D