Red Bull Air Race World Championship di Putrajaya!

Reading Time: < 1 minute

Putrajaya telah dipilih sebagai salah satu lokasi Red Bull Air Race World Championship yang akan berlangsung pada tahun 2014. Sebelum ini, event bertaraf dunia ini telah berlangsung di kebanyakanbandar terkenal di dunia seperti New York, Rio De Janeiro, Perth, Abu Dhabi, Barcelona, Budapest dan London. Adalah satu penghormatan buat Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kepada acara sukan berprestij ini.

Red Bull Air Race merupakan acara perlumbaan kapal terbang pada altitud (ketinggian) rendah di mana semua juruterbang berentap untuk mendapatkan masa terpantas menamatkan pusingan di dalam litar. Boleh tengok video untuk gambaran yang lebih jelas tentang perlumbaan ini. Apa yang pasti, apa-apa yang melibatkan kapal terbang yang terbang rendah dan laju adalah kegemaran saya.

Sebenarnya dari dulu lagi nak tengok sendiri event ni tapi tak pernah sampai ke Moscow pun. Sangat excited bila dapat tahu Putrajaya dipilih sebagai salah satu lokasi perlumbaan untuk sesi 2014. Event seperti ini penting kerana ia meletakkan Malaysia di mata dunia seterusnya menggalakkan lagi industri pelancongan kita.

Ada satu lagi event Red Bull yang akan berlangsung tak lama lagi Sedang menunggu berita baik daripada pihak Red Bull


Posted

in

by

Comments

13 responses to “Red Bull Air Race World Championship di Putrajaya!”

  1. Ekspresi Ruang Avatar

    Red Bull dgn dunia sukan mmg sgt sinonim. kagum dgn keberkesanan penjenamaan diorang dlm dunia sukan. yg pasti thai guy rules!

  2. daddydee Avatar

    wah mesti best event cenggini…

    tapi nak tangkap pic aero ni tak dapat la… mau kena ada 200mm/300mm baru layan ni…

  3. iAwani Avatar

    waa! best ni .. thrill melihat air race peringat kejohanan dunia samalah dengan passion melihat Casey Stoner dan Jorge Lorenzo berlumba di depan mata saya. Will look forward to attend this air race.

  4. Ikr Avatar

    Menarik ni.kena p usha2 ni.Tanx for the info :-)

  5. Ikhtiar Shah Avatar

    pergghh best lau tgok depan2

  6. eyriqazz Avatar

    bro join tak? hik3…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      insya allah akan cover event tu

  7. akubiomed Avatar

    Lambat lagi rupanya. Kalau tidak acara ini menjadi mangsa bidikan kamera DSLR saya. :-)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kena ada skill tinggi dan lens yang bagus untuk tangkap gambar sporting event macam ni. Dulu masa Paris Airshow, kalau lens tak cukup zoom, gambar pun tak best

  8. ProfHariz Avatar

    Terkejut aku. Buka2 terus video play

  9. dennis Avatar

    2014. . Lama lagi hihi

  10. Man Avatar

    seram tgk ni dekat2..tgk dari dalam tv best. =)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      dekat-dekat la best dengar bunyi enjin kapal terbang tu