Realiti Bekerja di Syarikat Tempatan

Reading Time: 2 minutes

kerja-gaji-tinggi

Bagaimana agaknya keadaan bekerja di syarikat tempatan yang lain? Saya alu-alukan perkongsian pengalaman daripada pembaca lain. Entri ini khas untuk mereka yang tengah cari kerja.

Bidang construction. Arkitek pun masuk sekali lah. Kesian..

Bidang construction mostly kerja lebih masa. Kerja sampai mati. hahaha… – Fitri Azlan

Bagaimana pula dengan bekerja di syarikat public listed tempatan?

Pernah kerja 16 tahun dengan public listed company, yang balik lambat lebih diperhatikan daripada yang datang dan mula kerja awal – Siti Rokiah

.. dan paling best, kena jeling sebab balik on-time. Memang unbelieveable.

Dulu aku masuk kerja on time. Tak pernah lambat pun. Balik awal dari bos kene jeling. OT memang takde la. Bos tak kisah pun ade family ke.. rumah jauh ke. Tapau kerja balik ruma pun dia suruh. Janji kerja siap. Public listed company katanya.. tak kempunan dah aku nak join balik public listed company. Welfare takde tip top mane pon.. aku prefer company Jepun. Walaupun tak masuk pon company tu dalam board Bursa saham Malaysia – Nuha

Kerja local company memang macam tu. Lagi-lagi kalau regulator. Family time pada diorang tak boleh wujud pun. Ooopss.. – Hartini

I kerja audit firm, I think mine is one of a few yang suruh balik on time. Tak pun 15 minit awal. Kalau datang awal sejam, balik awal sejam. Jumaat balik awal setengah jam. Sabtu tak kerja. Employer Chinese. Firm tak besar mana tapi staff tak pressure kerja. Dia suruh balance kan life and work. Jadi.. Syukur betul – Neera

SPA, mohon siasat individu ni. LOL

Aku kerja goverment.. hari-hari datang kerja on time dan balik kerja on time.. nak balik rumah waktu ofis pun takde masalah..kahkahkah – Akmal

Kesimpulan awal kita boleh buat, kerja audit firm kebanyakannya menepati masa masuk/keluar kerja. haa.. Cepat-cepat apply kat sana.

Saya kerja di audit firm Melayu… Bos sangat pentingkan datang on time and balik pulak atas kita biasanya memang pukul 5 tu semua dah balik… Payah nak dapat tempat camni….. – ZMY

Aku tak pernah balik on time dah dekat 4 tahun kerja office hour. OT memang takde dalam list diorang. Kalau pertikai kerja banyak, aku kena sound balik “U should manage your time”. Selagi dia boleh kerah, selagi itulah keringat kau akan diperah

Terima kasih kepada mereka yang berkongsi cerita. Memang best dan kalau boleh nak dengar lagi. What’s your story?


Posted

in

by

Comments

15 responses to “Realiti Bekerja di Syarikat Tempatan”

  1. Mario Gonz Avatar
    Mario Gonz

    Nak kerja senang..ambik coutse DP Officer.Kerja makan epal jer kat opis.Duit masuk berpuluh ribu sebulan..tapi larat ke nak duduk 90 hari kat offshore?

  2. umi Avatar
    umi

    tak pernah komen pon kat sini. first time. biasa baca jer, lepas baca blog kak ida resipi. tapi macam menarik jer nak kongsi pengalamn kerja.
    saya QS (quantity surveyor)
    saya pernah kerja di Malaysia, bawh kompeni cina, melayu. pernah kerja dgn klien dan konsultan.
    pastu kahwin dan ikut suami kerja di Pakistan, kerja dengan developer syarikat malaysia, lepas Benazir butho kena tembak, kita cari kerja di Bahrain.

    Alhamdulillah. mula2 di Bahrain kerja konsultan duduk site. gaji permpuan memang dia bagi separuh dari gaji lelaki konon ikut pakej family… lepas tamat kontrak 4 tahun, taknak sambung. Alhamdulillah dapat kerja dengan bawah gomen Bahrain (secondment staf) gaji Alhamdulillah dapat full. sebab tak terikat dengan suami dalam satu kompeni.

    faedah, Alhamdulillah:
    waktu kerja di bulan Ramadan- 6 jam untuk muslim
    waktu kerja perempuan gomen dapat 2 jam awal balik sebab nursing time for 2 years. tapi swasta 1 jam je balik awal untuk setahun.
    benefit untuk expat tak banyak sangat, semua kira all in dalam gaji sendiri.. pandai2 saving ke apa.. no epf, no insuran…

    gaji taklah gempak sangat banding orang duduk Qatar petroleum. biasa je dan boleh bayar hutang di Malaysia.
    masa kerja, boleh balik on-time orang tak jelling.
    ot, optional… kalau tak nak ot, blh bagi Filipino yang rajin ot untuk duit lebih.

    hidup luar Malaysia, rasanya paling best kualiti masa bersama keluarga. jammed tak de Alhamdulillah.. parking x mahal (atau kebanyakan kes, free), minyak murah, boleh try nak pakai kereta jerman kalau berani. dan best, tak de tol setiap kali guna lebuh raya.

    yang best, blh jumpa expat dari negar lain dan faham culture arab (tapi tak pandai cakap arab.. sebab org arab plak blajar bhs inggeris)

    alhamudlillah…

    all in all… Malaysia tetap di hati kami… hujan emas di negeri orang, hujan batu negeri sendiri. balik kmapung buat rumah sendiri, insyallah

    sekian perkongsian saya.
    “brain drain”
    “Diaspora”

  3. asyifa' Avatar
    asyifa’

    banker..ari2 balik lewat.. org pndg tinggi la..kononnya start keje as executive aka pegawai bank masa umur 24 hebat sangatla..diorg xtau stress nya mcmmna..stress xstress dh nk masuk 2 tahun dh pn kje.. rezeki dlm bidang ni.. so tempuh saja…

  4. halif Avatar

    Bro, nama pun audit firm, takkan tak tepati peraturan yg tertulis..lol

  5. eray Avatar

    sebab tulah kerja sendiri, WAHM. masa kita tetapkan. the boss is ourself!

  6. aishah ahmad Avatar

    Sy pernah keje kilang, kedai kain dan skrg kejelitaan gomen + part time biz.alhamdulillah

  7. namiacinta Avatar

    Dulu buat enternal audit lepas tu buat full admin
    dah dekat 6 tahun kerja dekat sana .. syukur lah dapat bos yang baik walaupun x banyak sangat benefit yang ada… kerja pun x lah tekanan sangat .. datang awal balik x lah on time ….

  8. mai has Avatar

    yang penting pilih la pekerjaan yang buat kita happy.dan gajinya tidaklah ciput sangat.hehehe

    1. Ariff Avatar

      Kalau gaji banyak, confirm happy. Tak kisah la kerja apa pun

  9. Hafizul Avatar

    Pengalaman kerja swasta dan gov..dua-dua best..banyak ilmu yang diperolehi..Apa yang penting..niat kena betul haaa…janji bulan-bulan ada keberkatan..haha

  10. Ezlaila Avatar

    Bermacam-macam ragam bila bekerja makan gaji nie, tapi yang paling best adalah bila berpeluang kerja sendiri online hanya dari rumah dengan income yang stable dan lumayan.

  11. eny Avatar

    kerja syarikat local yg swasta, kebanyakan tak ada bagi medical, takde panel clinic, cuti as per labour act. means takde budi bicara lansung. Kerja sepuluh tahun pun cuti stop at 16 days setahun. Kalau company yang involve sales and marketing, kalau boleh hari hari nak buka office, cuti pun sekadar sehari seminggu on saturday.. lunch hour kena rotate so that office tak ditutup lansung. Telefon office divert ke telefon staff selepas working hour still have to entertain phone call lagi.. masa dgn family mmg terhad. harap kerajaan dapat pantau syarikat swasta tempatan yang buat begini.. harap kerajaan dapat buat peraturan cuti wajib 2 hari seminggu untuk staff dan benefits yang WAJIB pekerja terima.

  12. yangbaik Avatar

    Di manapun kita kerja… disitu tempat kita mendapatkan sumber pendapatan untuk menyara keluarga dan diri sendiri.
    Baik adab kita dengan majikan maka baiklah juga sumber yang kita dapat… sudah ditapis bersih…

  13. Raihanah Ahmad Avatar

    kerja sendiri lagi best u.

  14. izwan Avatar
    izwan

    pernah kerja balik sampai 11malam hari2 termasuk sabtu ahad sebab tuntutan kerja yg sangat banyak. walaupun OT berbayar, sampai satu tahap, penat.

    lepas tu masuk audit firm. kalau small & medium firm, kebanyakan mmg balik on time. tapi kerja bawak balik sekalilah..

    now dgn ex public listed , masih lagi audit. so far, balik masih on time. tight dateline tapi masih lagi mampu balik awal.

    tengok bidang kerja jugak. ada yg kena stayback, ada yg blh balik awal. tapi mungkin budaya kita tak berani melawan sgt, sanggup stayback or bawak balik kerja even on weekends.

    apapun kena balance dunia akhirat