Raya Terakhir Di Moscow

Agak lambat aku tulis entri ni.

Raya kat Moscow macam biasa sehari je. Keadaan kat sini memang tak mengizinkan sangat suasana tu berpanjangan. Apa-apa pun tahun ni beraya di embassy memang not bad at all.

Tahun-tahun sebelum ni memang ada je aku tak pergi beraya di kedutaan. Sebab utama adalah ramai sangat orang, biasanya sampai beratus-ratus. Rimas bila ramai sangat orang dan lebih tak best bila juadah pun tak cukup.

Bila kat luar negara ni, dengan family takde at least makanan time raya mestilah memuaskan hati. Kalau dah tau makanan takkan cukup, eloklah tak datang terus. ye tak?

Nak jumpa kawan pun tak sangat sebab kawan aku yang buat medic kat sini boleh kira dengan jari. Jadi itulah sebabnya sebelum ni aku tak heran sangat nak pergi embassy time raya.

Boleh dikatakan aku tak balik summer tahun ni adalah well timed and well planned. Pertama sebab aku dapat bercuti kat Europe sampai sebulan. Pecah rekod wei! Budak sebelum ni pergi setakat seminggu dua je.. Aku pergi bercuti siap boleh naik berbelas entri kat blog.

Thanks Amir sebab sponsor penginapan selama sebulan. hehe..

Secondly, yelah. Raya ni. Makanan banyak, kuih raya banyak dan tak ramai orang. All is well. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli keluarga dan staf-staf di pejabat kedutaan Malaysia, Russia. Memang terasa macam anak emas tahun ni.

Anak-anak MARA Moscow bersama En. Suhaimi (Pegawai Mara)

Agak terharu bila ada staff-staff kedutaan yang mengenali. Tak tau nak cakap apa.. cuma terima kasih kerana membaca =)

Cuma baju Melayu aku hilang entah kemana. Samada ada orang pinjam tak pulang atau orang Myanmar curik. Entah la.. ย Biasanya aku simpan baju Melayu maroon tu sekali dengan sampin songket merah dalam satu plastik. Malam raya, punggah-punggah tengok baju Melayu takde dalam plastik tu. #Fail sungguh. Terpaksalah pakai baju kemeja je pagi raya.

Semester akhir dah bermula. Walaupun aku ada empat bulan sebelum presentation final year thesis, empat bulan ni pasti akan menjadi empat bulan yang terpendek dalam hidup aku.

Wish me luck!

 


Posted

in

by

Comments

44 responses to “Raya Terakhir Di Moscow”

  1. Lord Zara Avatar

    Aku baru nak tanya mana baju Melayu.
    nasib baik ada baca. :p

  2. Aisumi Chan Kawa'i Avatar

    salam aidilfitri ariff.. hehee.. belom lambat lagi kan?? ^_^

  3. akubiomed Avatar

    Aisey, bro seorang sahaja tidak berbaju Melayu apa nak buat sudah tidak ada. Lain kali buat 2 pasang budak perempuan :-)

  4. juanita Avatar

    Tertanya2 gak yg mana 1 bro arif :)
    ruper nye…..

    1. ariff Avatar

      rupernye apa?

  5. zainal Avatar

    salam..

    selamat hari raya…maaf zahir batin…

    gud luck in your life

  6. natasha Avatar
    natasha

    good luck yea as a final year student~
    teringin juga nak merantau eropah ni

  7. dayah Avatar

    pegila pinjam

    1. ariff Avatar

      semua org bwk sepasang je

  8. ekspresiruang Avatar

    selamat hari raya, bro.
    sadis gile xdpt pakai bj raya time beraya. jgn pakai kot sudah le. nnt nmpk cm org turki lak. huhu

  9. sukacuka Avatar

    selamat hari raya dan semoga berjaya bro.

  10. amoi Avatar

    good luck.

  11. sembangkemas Avatar

    haha,patutla namee roslan cakap blog ni best,perantau moscow rupanya.

    btw nice blog.

    selamat hari raya,takpe walau sehari,janji raya itu raya.

    adios

    1. ariff Avatar

      eh2. dia cakap kat mana eh?

  12. Denaihati Avatar

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

  13. eiela Avatar

    dah nak sem last dah, gud luck n selamat hari raya.

  14. fezal Avatar

    selamat hari raya bro !

  15. luqman hakim Avatar

    mesti meriah kan bro..!

  16. che sakinah Avatar

    Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin..
    All the best Ariff Shah :)

  17. cyril Avatar
    cyril

    wish you luck there!

  18. syahrilhafiz Avatar

    baju pinjam tak dak ka? hehehe..

  19. pjah Avatar

    baju raya dah kena culik ngan alien..alien pinjam nk buat raya..lalala =p

  20. titan Avatar

    wahh, best la..raya kat sana.. :)

  21. haiqal Avatar

    kalau aku jadi kau,raya je kat kedutaan tu.makanan tak cukup semua aku tak kisah,janji masuk paper #tetibe.

    awat boleh hilang baju hg ni.hahhaa.

    selamat hari raya.tahun depan,raya kat Malaysia pulak.

  22. Sya Isya Avatar

    nak siapkan thesis dah, confirm 4 bulan tu macam seminggu je rasanya.

  23. Ahmad Hati Avatar

    Tak pe lepas ni raya dekat Malaysia pulak.

  24. Izwan Avatar

    panjang umur murah rezeki tahun depan gambar ni berganti dengan gambar bersama family la kan..

  25. liana Avatar
    liana

    xde bj mlyu pun xpe…yg pntg semangat raya w’pun jauh dr family n good luck.

  26. Amir F. Avatar
    Amir F.

    Alamak baju melayu tak jumpa pulak… Takpe yang penting beraya.

  27. aried Avatar

    cari lek lok baju raya.. ada tu terselit mana2.. hehehe

  28. namaakulynn Avatar

    ades. sadis betoi klau betoi org myanmar curik.diorg pon tdesak nak raya kot. hahaha. apapun,goodluck utk 4bulan akan datang. :D

  29. Adam Roslan Avatar

    Insya Allah. Selamat Maju Jaya!

  30. sha myheart Avatar

    Selamat Hari Raya.

    Wah, best la jadi anak emas. =)

    Bestnya dapat ronda-ronda Eropah selama sebulan.

    Good luck ya

  31. Pacifista Avatar

    ko sorang je ke tak pakai baju melayu tu bro?alahai…aku siap ada lebih sepasang tak pakai pun lagi.kalau nak amik la.hehe…takpe,raya jugak tu…
    apapun good luck untuk thesis ko tu :D

  32. namee Avatar

    kenapa tak pakai baju melayu? haha, by the way. bestnya belajar luar Malaysia. untunglahhhh.

  33. Adib Avatar

    mesti ramai tanya sebab apa tak pakai baju melayu..

  34. alex adriana Avatar

    haahaa, mana baju raya weh.. adeshhh.

  35. Fakarepain Avatar

    tak lama lagi jd doktor la..hehe..hebakkk2

    1. ariff Avatar

      bila masa lak aku jadi doktor ni..

      1. Azah Avatar

        haha… doktor ariff? dah sebut budak2 medic je, yg x tau pun ingat macam tu la..

        Selamat Hari Raya ariff.

        1. Syazwan Sarawak Avatar
          Syazwan Sarawak

          lol

          1. syahrilhafiz Avatar

            ish2 si SS ni kuat #troll org sungguh :D

    2. nev Avatar
      nev

      LOL! die igt ko amik phd kot tu

  36. salman ahmad Avatar
    salman ahmad

    baru tahu sebab tak pakai baju raya, cari tak jumpa ya.
    patutlah .