Rasanya belum ada orang kumpulkan ranking ni dan setakat yang aku lihat, ada blog salah dikategorikan sebagai personal blog. Blog yang dah ada niche sendiri seperti politik, gosip, hiburan, berita/info & teknologi tak boleh dikategorikan sebagai blog personal. Blog personal adalah blog yang tak mempunyai apa-apa niche utama dan dikemaskini dengan entri yang majoritinya adalah daripada pandangan penulis blog itu sendiri.
Blog personal adalah lebih original dan biasanya tak terikut sangat dengan trend semasa, juga merupakan adalah blog biasa yang semua orang ada sebelum blog tersebut ditumpukan pada sesebuah niche.
Suka atau tidak, Alexa ranking ni memang boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk prestasi blog kita. Sebenarnya tak payah letak widget Alexa di blog pun dah boleh memberbaiki ranking kerana maklumat tentang trafik blog juga didapati melalui search engine cuma untuk blog baru, adalah digalakkan untuk widget tersebut diletakkan di blog.
Ini adalah ranking top 10 blog bahasa Malaysia berdasarkan maklumat daripada Alexa untuk trafik dari Malaysia.
- Denaihati (Global 30185, Malaysia 99)
- Ben Ashaari (Global 38229, Malaysia 189)
- Kujie (Global 50979, Malaysia 231)
- Puan Bee (Global 55094, Malaysia 232)
- Cik Epal (Global 47198, Malaysia 252)
- Wan Cikgu Muzik (Global 77159, Malaysia 259)
- blog.ariff (Global 60646, Malaysia 282)
- Faizal Fredley (Global 62683, Malaysia 332)
- Yanmie Online (Global 85571, Malaysia 364)
- ! Erti Kehidupan (Global 86433, Malaysia 374)
Semoga ranking ini akan memberi panduan kepada blogger lain (majoriti mempunyai blog personal) untuk lebih berjaya dalam bidang penulisan blog ni. Ranking ini juga membuktikan bahawa blog personal mampu untuk bersaing dengan blog-blog yang mempunyai niche tersendiri hanya dengan menjadi original. Apa-apa pun, semua pemilik blog personal tahu ranking dan trafik bukan segalanya tapi yang penting adalah kepuasan menulis blog. Kalau ada mood/idea/masa untuk update, mereka update dan kalau takde, maka tak update. Betul tak?
Tahniah diucapkan kepada Denaihati kerana berjaya menembusi top 100 Malaysia. Semoga kejayaan dapat diteruskan dan objektif Hidup Untuk Memberi memberikan lebih banyak kejayaan kepada anda.
Comments
57 responses to “Ranking Top 10 Blog Personal Berdasarkan Alexa Malaysia”
hebat la tuan ni….
Tahniah…Teruskan perjuangan anda sama2lah kita bersaing secara sihat. TQ
bila la nk merasa cmni kekekeh .
Wah! Bestnya, bilalah boleh tersenarai eh, baru nk berjinak- jinak, rasa macam dah tua je nk belajar semua ni, programming boleh arr, huhuhuhuh
memang terbaiklah ranking ni.. memang mereka semua layak.. tahniah
oh disebabkan itu, saya dah letakkan list ni kat sidebar blog saya, boleh kan..??
sila2. takde masalah.
jauh lagi perjalanan aku ni. he
senarai blogger hebat rasanya bertuah saya bisa kenal dengan beberapa dari mereka , salam
wah.. hebatnya blogger malaysia
Salam. tahniah kepada semua blogger yang hebat2..semoga terus maju di masa hadapan. :)
bila r blog aku nak tersenarai….
aku rasa top 10000 pun belum tentu
hebat2 diorang nie…tak terkejar
tahniah tersenarai dalam top bloggers
hoho..tahniah pada mereka semua. Semuanya terer-terer belaka..
Tahniah buat Top 10..memang mereka semua berbalat dalam penulisan..sangat salute ngan mereka…Teruskan usaha…
opss!!blog gila2 pun ada..hehee…[suka ngan blog cikguwanmuzik dan erti kehidupan..entry2 mereka menceriakan dunia blog..hehhee.]
tahniah kepada bro denaihati, kak jie dan ariff kerana tersenarai.
tahniah :) happy for u guys.
masih dalam top 1000..adeh..bila nak sampai top 500 tah la..masih lagi mendaki..hehhe..
mak ai…blog bengong gua pun ada..hahaha,
musuh gua si Faizal fredley tu sibuk jer..grr
memang semua otai-otai blake doh…
mmg terbaik semua… :)
aku tak reti pun nak main alexa . haish
semua nya blog2 kegemaran aku..cikgu2 blog aku..tq semua top blogger Malaysia
terima kasih ariff , dalam banyak2 blog diatas tu blog saya adalah yang paling baru ..banyak perlu di belajar lagi ..entri saya ikut suka hati saya je .. kadang2 update kadang2 tak langsung ..
Tahniah
hebat2 semuanya
tahniah untuk semua =)
Tanpa sokongan rakan-rakan blogger, facebook dan twitter pasti tak kemana blog denaihati.Jutaan Terima kasih semua. Hidupkan untuk memberi.
Tahniah & saya amat bangga kerna ada peluang bekerjasama dalam Tribber… :D
Ada yang suka dan ada yg tak suka dengan Triberr ni.
tahniah semuanya hebat2!!
Terimakasih Ariff – janggalnya tersenarai dengan mereka yang muda mudi tu….lagi2 blog kak jie cuma kisah diri sendiri, anak2 dan suami…cuma diselitkan dengan pengalaman sendiri yang boleh dijadikan pengajaran bersama. Kadang2 entri betul² peribadi…. cuma cuba mengawal supaya tidak keterlaluan walau kadang2 tergelincir juga utk show off…hihi…
kebanyakan blog-blog di atas memang menjadi tempat prsinggahan..
hehe
waa, semua hebat2.. denaihati dh masuk 99 dah..fuhhh
tahniah buat semua!
pernah rasa kat ranking 2000++ tapi skrg dah turun balik,misi sekarang nak naikkan balik ke 2000++
OMG..!! tempat ke-6?? iisshhkk…!! ini katogori yang dah ditapis2 eek??? 27 julai haritu tempat ke 14… maybe belom di tapis…
syukur alhamdulillah sbb berada di situ.. tak pernah jangka pun sebenarnya,… saya hanya berblog untuk kepuasan saya dan kepuasan pembaca.. kongsi ilmu yang ada dan beramass mesra dengan kawan2.. alhamdulillah sbb usaha yang mcm tuu berhasil walaupon saya nihh agak bodoh dalam permainan SEO..
thanks tuan blog sbb sudi berkongsi maklumat di atas.. saya sangat hargainya..
yup. Ni dah tapis betul2 untuk senarai top 10. Semua blog adalah blog personal.
Tahniah dan teruskan menulis blog =)
bila agaknya aku akan tersenarai disini yer???
tahniah semua..memang hebat2. Kalu nk jd cam diorang makan masa bertahun2 apa..hehe
hope 1 hari nanti dapat masuk top 100..sekarang top 5000, insyallah, hujung bulan ni target top 3000
mantap-mantap semua. banyak ilmu boleh diambil dari mereka.
:D
Dalam banyak ini,aku rasa Puan Bee tak ramai orang kenal sangat.Tapi mmg pro.I mean dia banyak update benda yang terkini macam drama,lagu semua.Blog dia macam blog ibu-ibu
tahniah bro o_O
bro bukan gempak dari dulu lagi ke? hehe
Wow.. memang terbaiklah, diorang memang layak atas usaha diorang yang terbukti membuakan hasil. Bukan senang blog-blog tu nak berada dalam kedudukan macam tu.. :)
Senaraikan Alexa rank pun saya belum sampai 500 yang tersenarai. Tanniah kepada yang ngetop
Terharu aku bila dapat tahu yang pemilik blog yang menduduki tangga ke 99 & 282 di Malaysia menjadi follower blog aku. Anyway, korang memang terbaik la bro. Setiap hari aku tak lupa menjadi salah seorang penyumbang trafik korang. May success will always be yours. Salute la beb!!
OMG….serius aku x sangka…no7 cukup tinggi bagi aku…tapi aku tetap x puas hati sebab blog musuh tradisi aku erti kehidupan turut tersenarai..oh dem…
yeay! gratss
berjaya dah Denaihati jadi top 100, tahniah!
blog dekat atas tu memang boleh di kira senior blogger ni, hebat-hebat mereka tu
tahniah denaihati…kak Jie dan brader ben utk top 3 list 1ni…
sikit lagi nk masuk top 10 hehehe..
Tahniah buat semua TOP 10. =)
aku nak perbaiki alexa je… ada tips tak ariff?
tahniah kepada semua… semoga terus menjadi blogger idaman Malaya…. boleh?..
Dah banyak sangat blogger yang kluarkan ranking..
macam- macam ranking dah yg ade..
tp yg pnting lebih kurg same je..
berubah2 sikit je..