Ramadhan Dah Dekat..

Reading Time: < 1 minute

Apa yang saya tahu, bulan puasa tahun ni adalah pada bulan Julai, tarikh tu tak tau bila. Saya tak tengok kalender Hijrah. Tapi ada satu lagi petanda bulan Ramadhan dah dekat? haa.. petanda apa tu?

Kalau dah biasa baca blog, memang perasan punyalah ada blogger akan dijemput ke preview menu buffet Ramadhan di hotel-hotel dan restoren sekitar ibu kota. Untunglah siapa yang dapat pergi..

Saya pernah dapat sekali je beberapa tahun lepas, iaitu di Nikko Hotel Jalan Ampang (gambar dalam entri tu hilang sebab problem dengan database lama). Masa tu kan muka popular sekejap sebab baru lepas keluar surat khabar dua tiga kali. Dapatlah satu jemputan. Makan bertentangan meja dengan Mahatzir Lokman masa tu.

Kepada yang dapat jemputan tu, ajak-ajaklah saya yang tak selalu dapat jemputan ni. hehe.. Jemputan makan anytime boleh. Tuan Denaihati kita pun dah dapat jemputan ke buffet Ramadhan hari tu. Tak ajak! :P


Posted

in

by

Comments

48 responses to “Ramadhan Dah Dekat..”

  1. puanbee Avatar

    Dah ada 2 jemputan ni .. jom lah he he he kalau lah boleh ajak kawan2 lain seronok jugak ..

  2. wanabe Avatar

    tak sabar rasanya nak tunggu ramadhan menjelang..bulan yang selalu dinanti dan dirindui oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Bulan yang penuh keberkatan. Mudah-mudahan kita semua masih diberi peluang olehNya..Amin..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Insya allah semoga Ramadhan tahun ini lebih baik

  3. hatiputera Avatar

    ariff dah dapat jemputan ke,,

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Takde pun

  4. annisa Avatar

    semoga ramadhan kali ini lebih baik dan lebih bermakna…dpt beribadat pdNYA… ameen

  5. MALAYSIAFORUM.NET Avatar

    Hurray ramadhan dah dekat..

  6. azriMy Avatar

    ramadhan, kalau buat post pasal juadah berbuka puasa mesti best

  7. Orang Kampung Avatar

    kat kampung biasanya bila tiba Ramadhan kita ajak org kg ramai2 berbuka dimasjid…

  8. Derbie Avatar

    Tidak Terasa Ramadan Semakin Dekat.. Alhamdulullah Semoga Kita Semua masih Diberi Kesempatan Untuk Mengikuti Ramadan yang Akan Datang,, Amin….

  9. spudin Avatar

    berbuka selagi mampu ..kuram disunatkan dahulu .. :) baru boleh melantak puas2..haha

  10. KiD Avatar

    bulan puasa ada yang meniaga bazar ramadhan ke? apam balik zarul umbrella ke… hehehehee

  11. muazfaris Avatar

    entri hot ni.. lg bbrp hari je nk ramadan.. hehe

  12. Razlan Avatar

    Pejam celik da dekat ramadhan, panggilan sahur sudah tiba ..

  13. adillaharun Avatar

    Kalau bab makan mewah bulan puasa ni, orang Malaysia takkan kalah punya. Di tempat lain mungkin tak pastilah. Belum pernah puasa di luar dari Malaysia. Makan tu makanlah juga, tapi bulan yang penuh barokah ni kenalah diraikan sewajarnya ,seboleh-boleh menurut sunnah bawaan Rasul kita. Tak salah makan sedap, itu antara nikmat hidup juga.

  14. zonaide Avatar

    ahlan wasahlan ramadhan…

  15. penowo Avatar

    awak juge nak ngucap selamat datang ramadhan,,, walaw jauh tapi lewat media blog inilah kita bisa saling berkomunikasi,,,

  16. Zarul Umbrella Avatar

    Hotel Nikko dah jadi Intercontinental dah..

  17. Cendol Avatar

    aah tak sabo nak menyambut kedtgn Ramadhan . sethn sekaliii jee.
    uh untung lah dpt jemputan

  18. ReM Avatar

    Teringat dulu tiap-tiap hari makan kat hotel masa bulan puasa, kenyang betul dah la tu dapat dengar Nasyid Rabbani pulak.. enjoy..masa tu kerja kat Hotel.

    Sekarang ni tgk invitation tapi makanan kat Grand Dorsett terbaik …

  19. MDHAFiZ.NET Avatar

    dah terbayang bazaar ramadhan dengan pelbagai kuih muih utk berbuka. .. :)

  20. Hafizul Avatar

    Tak lama dah nak puasa..terbayang2 dah menu sahur..hehehe

    1. Tho Ha Avatar

      Menu sahur biasanya nasi kukus, telur masin, acar buah, serunding dan kopi o panas.

  21. Nazri Avatar

    Pernah skali berbuka kat golden horses, add-on utk ais kacang ada 4 baris x 6 mangkuk kekacang dan bahan-bahan lain. Satey ngan kambing gelek pun ada.. hilang practise sabar puasa bila berbuka kat situ.

  22. Ekspresi Ruang Avatar

    rasanya ramadhan kali ni btol2 nk kena diet. xnk terpengaruh dgn juadah2 nafsu bazar ramadhan. kalau x, nnt waktu raya, mesti meletop perot. huhu

  23. hazman aka species1980 Avatar

    InsyaALLAH bro… eden pun ade gak dah orang request untuk pergi BUFET RAMADHAN nei… nanti nama bro gua selitkan….

    1. shukrin farahdiba Avatar

      untungnya la kan dapat pegi jemputan makan2 ni kan..bilela nak dapat peluang jugak..sy suke makan!hihihi

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Waa.. Tq2. Biasanya food blog memang senang dapat

  24. Tho Ha Avatar

    Aku pernah buka puasa kat hotel, lawyer belanja satu pejabat. Anggaplah ikhlas walaupun aku rasa supaya dilantik menjadi panel peguam sekali lagi.

  25. Sara Avatar

    Isu yg selalu timbul stiap kali Ramadhan. Isu status HALAL makanan di hotel2 yang menyajikan buffet Ramadhan. Harap umat Islam seluruh Malaysia berhati-hati berkenaan isu ni. :)

  26. Juan Avatar

    masanya sudah tiba

  27. KNizam Avatar

    hotel nikko pun dah xde dah. hehe :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Serius? Ketinggalan zaman betul aku ni..

  28. Rina As Avatar

    Tak terasa dah mau Ramadhan kembali..

  29. samdaddycool Avatar

    untung ler sapa dapat ‘rehearsal’ buffet ramadhan

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Biasanya memang rehearsal buffet dibuat sebulan awal supaya media boleh tulis pasal buffet tu sebelum ramadhan start

  30. Anarm Avatar

    dah dekat sangat2 dah bulan Ramadhan.. siap sedia untuk menjalankan kewajipan kita sebagai umat Islam.. semoga dapat kumpul banyak pahala di bulan puasa nanti..

  31. akubiomed Avatar

    Ada juga pergi makan buffet Ramandhan beberapa tahun dahulu cuma lebih suka makan bersama famili dirumah.

  32. azman Avatar

    Bila dah bulan ramadhan nanti byk lah jemputan tu he3..ada sesetengah hotel dah mula promote buffet ramadhan.

  33. Azydy Avatar

    nak puasa penuhla tahun ni..hehehe

  34. abangensem Avatar

    Port paling best untuk buka puasa ialah di Holiday Villa Subang Jaya. Setiap tahun gua mesti terjah. Selain daripada kepelbagaian citarasa menu yang sedia ada, waitress2nya pun membuatkan kita hilang lapar berpuasa untuk seketika. Cun beb.. dan jangan lupa untuk pow Tuan Denaihati kita kat sana nanti.. hahaha (gelak jahat tapi ensem)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Cadangan best. heheh

  35. Shahrul Avatar

    kejap je rasa dah nak masuk bulan Ramadhan balik…

  36. azriMy Avatar

    tentu seronok masa bulan Ramadan nanti, meriah ngan macam2 aneka makanan dijual ditepi jalan untuk juadah berbuka puasa :)

    p/s: mengharap puasa kali ni dapat cuti lama sikit, boleh berbuka ngan family kat rumah..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Berbuka kat rumah ramai2 gak yang best

  37. daddydee Avatar

    Untung lah sapa dapat makan free… Makan free ajak aku skali, insyallah tak tolak.. Hehehehe

  38. nurmisnan Avatar

    Sekejap masa berlalu..
    Oklah tuh.. ada juga jemputan walau sekali..
    Aku rasa tahun ni ada ler tuh untuk kau…

  39. syahrilhafiz Avatar

    ajak aku gak, buat gather kat area utara pulak..hehehehe
    ramadhan bakal menjelma sebulan lagi.. :)