Ramadhan Buffet KL Hotels 2010

Aku ni ada tabiat suka makan kat tempat mahal-mahal. Kalau macam bulan puasa tu dapat pergi sekali pun cukuplah. Melantak sepuas-puasnya. Satu benda yang aku suka pasal dining kat hotel lima bintang ni, diorang punya layanan memang terbaik. Sekali sekala dilayan macam raja adalah satu terapi yang bagus. hehe.. Ada tu waiter siap ingat nama aku sampai aku blah dari restoren tu walaupun ramai orang. hoho~ Aku suka camtu. Kadang-kadang dapat merasa jadi boss ni memang mengujakan.

So jom usha tawaran buffet Ramadhan kat tiga hotel terkemuka lima bintang di sekitar Kuala Lumpur ni yang memang popular dengan restoren mereka. Basically harga dia standard RM100 seorang, kalau lebih dari tu macam dah melampau-lampau lak dan aku tak rasa ada orang nak pergi kalau mahal sangat.

The Westin ni memang popular dengan dining dia. Siap ada dedicated website lagi untuk dining. Memang line business diorang selain daripada hotel lima bintang. Check out website Westing Dining.

The Spread kat Gardens Hotel MidValley ni aku dah pergi last year. Nice place but silap-silap boleh nampak macam food court pun ada sebab furnishing dia nampak murah, but the place is spacious. Dari segi makanan, oklah. Semua ada, worth the money cuma staf dia agak noob sikit (kebanyakan staf baru). Tak mencerminkan staf yang bekerja di hotel lima bintang – kalau boleh senyum lebih sikit kat guest. Be more humbler, kat hotel lima bintang servis mesti bagus. Itu yang guest akan ingat sampai bila-bila. Tak tau kalau tahun ni dah improve, kalau dah sila jemput aku untuk buktikan yang pernyataan aku salah.

Hotel Istana. Nama memang grand, orang dengar pun rasa macam nak pergi. Tapi adakah ianya sebaik nama yang digunakan? Hopefully someday aku dapat try sendiri makan kat Hotel Istana ni.

Korang pulak macam mana? Pernah makan tempat mahal-mahal macam ni tak? Berbaloi? Meh kongsi cerita sikit. Apa yang korang rasa expect makan kat tempat mahal macam ni?

***

Ada perancangan tak nak buat buka puasa Geng Blogger? Rasanya macam best je tapi takdelah sampai kat hotel lima bintang macam ni kan.. Kecualilah kalau hotel besar-besar ni nak buat promosi habis-habisan jemput 50 orang blogger buka puasa kat hotel diorang. Kalau ada hotel/restoren yang berminat untuk promosi macam tu boleh la contact aku me@ariffshah.com. Potensi besar sekarang kalau panggil blogger mengiklan dan mempromosi.

18 Comments

  • Lynda

    16 August, 2011 at 9:38 am

    Yup.. me tooo i pun suke mkn kat hotel lg2 time bulan puase.. bkn sllu dpt mcm nie.. last week i dah try dekat swiss garden kl.. not bad.. Marriot every year i dah pergi but not dis year coz i rase mcm x besh sngt.. istana hotel mmg besh sngt.. smpai xtaw nak mkn apa.. byk sngt pilihan nye.. desert pun xpayah ckp lah sngt byk. today (16/8/2011) i akan berbuke di istana hopefully mcm last year juga.. wlu pun byr rm115++ i puas hati…

  • Alex

    20 January, 2011 at 3:10 am

    Thanks for sharing this info. Enjoyed reading it. I must say that the variety of restaurants that can be found in Kuala Lumpur is unmatched anywhere else in the world. This city got food from every part of the world. Great post !

  • ishak

    23 August, 2010 at 2:44 pm

    good info u have here. btw saya ada buat review on buka puasa kat few hotels yg saya pegi. if u don’t mind, bolehlah dtg jenguk my blog and maybe we can exchange link :)

  • waniyummy

    25 July, 2010 at 1:31 pm

    setiap tahun mesti ade buke pose kat hotel…tahun ni nak g resort 6star di melaka…Philea Resort..jom g ramai2…harge kompem murah dari area Kl..hehehehe..i luv malaysia

  • afiq aiman

    25 July, 2010 at 1:18 pm

    satu je ariff…sementara hg kat m’sia ni dan sementara duit dr nuffnang/mangga tgh byk apa kata hg bwk aku g mkn kt sana…aku xpnh lg mkn tmpt mewah gtu

  • Lord Zara

    25 July, 2010 at 9:59 am

    This year aku nak berbuka seorang diri cam aku pernah buat time study dulu~
    Ha ha ha.
    Senyap2 tempah satu place untuk diri sendiri, makan sorang2~
    ^^

    • ariff

      25 July, 2010 at 10:07 am

      hahaa.. macam seram lak makan sorang2 kat tempat2 ramai. Berbuka puasa ni kadang-kadang jadi macam majlis, so kalau sorang-sorang mesti orang sekeliling pandang pelik ish.. T_T

  • amar haziq

    25 July, 2010 at 7:38 am

    bila bulan puasa aku tak suka nak membazir
    biasanya aku akan pergi masjid al-ghufran kat taman tun dr ismail
    kat situ…buka puasa n moreh amat2 meriah..
    bayangkan..bila makanan habis kat meja habis ketika buka puasa..ada waiter yang akan top up makanan tu..
    dan masa moreh ada macam2 juadah..
    macam pergi makan buffet plak..

    biasanya tiap2 malam waktu moreh akan ada ice-cream..
    tu yang best tu..;)

    tak pernah lagi aku cuba masjid yang buat majlis berbuka n moreh semeriah dan semewah masjid al-ghufran,ttdi;)

  • Zaki Helmi

    25 July, 2010 at 4:27 am

    Bagi aku, makan di tempat eksklusif ni cuma bila tiba-tiba terasa hendak dilayan dengan baik dan malas nak masak. Kalau family, aku lebih prefer makan di rumah. Tapi itulah, sekali sekala makan di hotel tak apa.

    Selain dari family, makan ramai-ramai di hotel macam tak best, lain lah kalau ada majlis apa-apa. Makan di hotel dan restoran yg eksklusif ni cuma sesuai untuk pasangan aku rasa. Dan tak ada siapa yg istimewa pun untuk dibawa makan bersama.

  • dayah

    25 July, 2010 at 1:25 am

    hi. penah makan buffet bbuka ngan famili selalu best.
    restoran kat seri melayu mmg best kat area jln conlay…teringat dlu sambil mkn sedap2 sampai isyak sambung mkn :)

  • syahirul

    25 July, 2010 at 1:02 am

    Oh jom pi buka posa kat sana :P hehehe… tapi org kaya ariffshah la support leh tak? hahahhaa…

    wat gath leh aje, tapi takleh kat tempat yg terlalu mahal la :)