Raikan Cinta

Reading Time: 2 minutes

30 hari lagi sebelum saya diijab kabulkan. Ni gambar masa majlis pertunangan hari tu.

engagement-ariff-shah-1

Tanggal 17 Ogos 2013, tujuh buah kereta daripada rombongan pihak lelaki datang dengan tiga dulang hantaran membawa hajat yang besar. Rombongan diterima baik oleh tuan rumah iaitu Aunty Ida & family.

engagement-ariff-shah-3

Rombongan pihak lelaki dan ahli keluarga tuan rumah ambil tempat. Pelamin yang sweet and simple.

engagement-ariff-shah-2

Cantik dulang daripada pihak lelaki.

engagement-ariff-shah-4

Sesi berpantun sebagai penyeri majlis.

engagement-ariff-shah-5

Perbincangan selesai dan dipersetujui oleh kedua belah pihak. Doa dipanjatkan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

engagement-ariff-shah-6

Cincin disarung pada jari manis bakal menantu oleh si ibu.

engagement-ariff-shah-8

Sementara tu jemputan menikmati hidangan yang disediakan.

engagement-ariff-shah-7

Si hero dan bakal isterinya. hehe.. Muka mengantuk sikit sebab malam sebelumnya tak boleh tidur.

Semoga semuanya selamat nanti dan majlis perkahwinan Ariff Shah & Nur Zalikha berjalan dengan lancar. Amin.


Posted

in

by

Comments

57 responses to “Raikan Cinta”

  1. fariha Avatar

    waahhhh…tahniah2…semoga bahagia hingga ke syurga…insyaallah

  2. cik amal Avatar

    comfirm ramai yg frust :D

  3. Eiza Avatar
    Eiza

    wahh…congrats… lawa hantaran… :)

  4. Rina Avatar

    Selamat atas pertunangannya ..
    Semoga di acara pernikahannya nanti berjalan lancar

  5. ietams Avatar

    tahniah!
    semoga kekal & bahgia dunia akhirat

  6. kaykillua Avatar

    Nice couple..nice photo taken…Selamat menjadi raja sehari :)

  7. AlamS LegacY Avatar

    tahniah bro Ariff………sweet couple

  8. ohcikgu Avatar

    fuhh..keluarga besar ni nampak gayanya..

  9. Fakhrurazzi Avatar

    Congratulations Ariff Shah & Nur Zalikha..
    Semoga bahagia sehingga hayat akhir dan semuanya lancar ke hari pernikahan..
    Jangan takut semasa akad nikah, takut silap-silap lafaz.. Berhati-hati ya.. Lebih baik, tenangkan dulu.. =)

  10. Saljuhumairah Avatar

    Tahniah.. dugaan bertunang sangat berat.. semoga semuanya selamat..

  11. Syahril Hafiz Avatar

    Tahniah bro, bakal bini blogger jugak ke? :)

  12. Eridy Avatar

    muka penat tu.. :)

  13. Eridy Avatar

    muka penat tu , hehe…

  14. SZ Network Avatar

    Tahniah bro Ariff Shah & Nur Zalikha .

  15. ProfHariz Avatar

    Congratulations Bro !

    Rakan-rakan blogger taknak jemput ke :P

  16. Bean Moreno Avatar

    semoga dipermudahkan rip…jangan lupa jemput dah le…

  17. hatiputera Avatar

    Semoga majlis pernikahan berjalan dengan tenang dan lancar.

  18. Akmal Aizat Avatar

    Tahniah moga dipermudahkan majlis perkahwinan.

  19. hazman aka species1980 Avatar

    Kiranya menghitung hari je la nie yea…. Nice muka senyum lebar walaupun keletihan yea

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Penat senyum depan camera.

  20. sue Avatar

    simple.. suka333.. ! tahniah ye..

  21. yangbaik Avatar

    Tahniah!
    Semoga berkekalan hingga ke hari-hari bahagia seterusnya.
    Terlewat sikit ucapannya.

  22. Miss Meen Avatar

    Wah!!! Tahniah Ariff :) Semoga dipermudahkan pada majlis nnt :)

  23. alyrds Avatar

    Tahniah tuan, semoga semuanya lancar hingga ke hari pernikahan!

  24. Khairul Zamri Avatar

    tahniah bro semoga semuanya berjalan lancar nanti. Aminnn :)

  25. Muaz Avatar

    tahniah .. !

    semoga semua urusan walimah berjalan dengan lancar..

  26. AkmaOmar Avatar

    Tahniah…semoga semua urusan dipermudahkan…

    Tak boleh tido sbb hati berdebar-debar tu hehe

  27. KNizam Avatar

    tahniah bro! honeymoon kat moscow ke nanti :)

  28. nizam ijam Avatar

    tahniah ariff ;) semoga terus berjuang didalam dunia blog.. ehehehe

  29. kak ina kl Avatar

    Tahniah ariff ..semuga semua urusan dipermudahkan. Dapat jemputan dari bakal mak mertua tapi sayangnya dah balik semula ke miri..:)

  30. Asyrof Asri Avatar

    SubhanAllah! :)

    Tahniah saudara Ariff, didoakan moga majlis nanti dipermudahkan Allah segalanya.

    Didoakan juga moga kekal bahagia selamanya. ;)

  31. Man Avatar

    30hari kejap je tu..semoga semuanya berjalan lancar..agak2 berapa anak plan ye? hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Pasal anak akan dibincangkan. Haha

  32. asha Avatar

    Harap semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

  33. Hafiz Rahim Avatar

    Dah dekat ni..kena maintain cool..jangan pikir banyak sangat. Apa2pun tahniah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.

  34. paeh Avatar

    Aku seminggu lagi Ariff. Debor betul…
    Tahniah Ariff & Zalikha.

  35. nurmisnan Avatar

    Tahniah bos… n all d best

  36. Ieda Avatar
    Ieda

    Tahniah Ariff Shah. Semoga berkekalan hingga ke Jannah.

  37. Amirez Avatar

    tahniah bro. welcome to the club in advance.

    cantik rumah bakal mertua ;)

  38. Tengku Syukri Avatar

    Tahniah bro… barakallah. :)

  39. NoktahHitam Avatar

    Good luck wei!

    Cantik gila setting. Semoga semuanya berjalan lancar. InsyaAllah

  40. akak tulip Avatar
    akak tulip

    Tahniah ariff..insyaAllah kamu akan jd pengemudi keluarga yg baik..amin.

  41. Fadhil Husin Avatar

    Tahniah bro. Semoga urusan dipermudahkan-Nya. Banyakkan berdoa dan minta dijauhkan dari segala yang tidak diingini. Waktu inilah yang paling banyak ujian.

  42. Myra Jay Avatar

    Tahniah dan semoga smuanya berjalan lancar ye

  43. aman Avatar

    tahniah bos. selamat menjadi suami. :)

  44. cikgu naman Avatar

    Moga semua urusan dipermudahkan Allah

  45. zool Avatar

    tahniah.. semoga bahagia selamanya

  46. Myvitrd Avatar

    Semoga apa yg dihajatkan akan tercapai.. tahniah bro.. welcome to family club.. :-)

  47. arnamee Avatar

    Alhamdulillah. Wah indahnya ariff, semoga dipermudahkan seterusnya dan berbahagia dunia dan akhirat kalian, insyaallah :)

  48. Dawaihati Avatar

    Selamat bro Ariff, semoga sampai ke pernikahan dengan lancar dan penuh berkah

  49. Faizalpj Avatar

    Adakah awek yg 2 tahun lepas kot,macam familiar huhu

  50. ejam Avatar

    Semoga perancangan dipermudahkan, majlis yang bakal diadakan nanti berjalan lancar.
    Menghitung hari untuk diijab kabulkan memang neves…tapi seronok…hehe

  51. akubiomed Avatar

    Tak lama dah selama menjadi suami. :-)

  52. hayat haniza malek Avatar

    congrats Ariff ! Pray for your happiness

  53. Drive Your Own Car To Langkawi NOW! Avatar

    30 hari ni kena banyakkan berdoa supaya rumahtangga yg dibina kelak akan berkekalan. Orang kata waktu2 camni sblom diijabkabul memang banyak dugaan. Semoga berjaya!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Itulah yang risau tu. Hopefully all goes well. Thanks bro!

  54. eyriqazz Avatar

    Tahniah bro..Semoga semuanya berjalan lancar….