Rahsia Kejayaan Blog Aggregator & Web Komuniti Online

Reading Time: 4 minutes

Entri ni adalah cerita aku berdasarkan pengalaman bersama GengBlogger.com. Kepada programmer dan website developer kat luar sana yang mempunyai ilmu yang cukup untuk develop web komuniti dan nak try buat satu, digalakkan untuk mengikut guideline yang aku bagi ni dan aku yakin dalam masa 6 bulan growth untuk community tu confirm positif.

Pingsite/Blog Aggregator

Pingsite atau blog aggregator berfungsi untuk mengumpulkan maklumat dari pelbagai sumber. Dalam kes ni, maklumat yang dikumpulkan adalah blogposts dan sumber pula adalah blog. Blogger suka blog aggregator dan pingsite kerana secara asasnya mereka percaya mereka akan mendapat trafik dari laman-laman ini (dan trafik = duit) tapi yang mereka tak tahu ialah bukan semua pingsite ni menyumbang kepada trafik. Jadi kebanyakan blogger baru yang pada awalnya cukup rajin untuk ping entri mereka di pelbagai pingsite (kadang-kadang sampai lebih daripada 10) lama kelamaan akan jadi penat untuk ping sebab trafik tak dapat sangat dan tugas untuk ping blog mereka di laman-laman ini sangat rumit.

Satu keistimewaan laman GengBlogger ialah cara nak ping dia memang senang habis. Lagi best, tak payah submit link atau apa-apa, laman tu sendiri akan tarik feeds tu secara automatik dan blogger hanya perlu tekan butang ping je. Lagi senang berbanding Digg sebab kat Digg kena submit link baru dia tarik segala maklumat dan meta data untuk entri tu. Kemudahan ini yang membuatkan laman GengBlogger berat (pendapat daripada seorang yang bukan pakar) sebab laman tu terpaksa keep up dengan semua update daripada feeds blog yang berdaftar di sana.

Jadi method ping  yang paling sesuai adalah yang ada di Digg.com. Submit link, dia pull metadata dan gambar then submit sebagai ping. Tak payah isi forms banyak-banyak.  Tapi aku rasa sekarang ni method kat GengBlogger pun macam tu kot. Tak sure.

Voting

Masa awal-awal dulu, kat GengBlogger ada entri popular hari ini kat sidebar frontpage. Kalau entri masuk situ, CONFIRM trafik untuk hari tu naik dan kalau letak tajuk yang ‘murahan’ (jenis pancing trafik baikk punya yang kau dan aku pernah buat) mesti dapat trafik ekstra. Silap-silap boleh kekal kat situ dua tiga hari. Satu kelemahan voting kat GB dulu ialah ia bukan voting. Ia adalah jumlah hits yang diterima melalui link GB untuk entri tu. Advantage adalah kepada pengguna Twitter dan Facebook yang ada 1000+ followers sebab mereka tak perlu buat apa sangat. Submit link, orang click dan settle. Tak payah banyak, 10% orang yang click pun dah boleh masuk kat entri popular.

Dalam hal ni, aku suka cara kat Innit Nuffnang dan lagi sekali Digg. Konsep sama, click to vote. Kita tahu entri tu bagus kalau orang sanggup klik. Tapi, masalah lain akan timbul bila orang mula buat group untuk naikkan entri geng masing-masing. Yeah.. apa kata kita buat satu group macam ni dan conquer Innit?

Forum

Untuk bagi trafik kat blogger lain, web komuniti tu mestilah ada trafik tinggi dan cara paling bagus untuk dapat aliran trafik yang tinggi adalah dengan mewujudkan forum kat web tu. Bilangan orang yang online pada sesuatu masa akan bertambah dengan kewujudan forum. Tak payah cerita banyak, tengok forum Lowyat.net dah tau betapa besarnya kuasa sesebuah forum tu.

GB ada forum dulu, tapi forum tu custom made. Tak guna template forum macam phpbb (aku tau phpbb jer.. haha). Satu benda pasal best pasal custom made ni, Kong (developer GB) boleh buat function macam CommentLuv kat forum tu. Means, lagi banyak utilize forum, lagi banyak lah exposure untuk link ke latest entri kat blog user. Genius. Tapi satulah, custom made template macam ni memang susah nak manage. Setakat ni, masih takde lagi administration features kat forum tu. Forum jadi luar kawalan. Nak delete apa-apa kena masuk kat database dan delete secara manual. Banyak kerja.

Innit Nuffnang pulak takde forum. Apa orang buat kat situ? I tell you this, bukan semua orang nak duduk tercongok kat Innit tu dan baca entri semua blogger. So orang datang, submit entry dan blah. Lepas tu adalah 2-3 kerat yang lepak chatting. Itu je. So komuniti tu pun mati gak, people come and go. They don’t stay. Cuba integrate full fledged forum kat Innit tu, dan aku yakin Innit tu boleh grow. Cuma lepas ni kalau Innit buat, aku kena claim royalty la untuk idea aku ni. haha~

Security

I admit, security kat GB dulu agak teruk. OKlah, ni aku cakap dari segi kekerapan GB kena attack dulu. Awal-awal masa GB nak naik, mungkin tak kisah sangat pasal security ni, tapi bila dah jadi popular dan Alexa ranking pun dah memang cantik, memang kena jaga bab security ni. Banyak orang kita (Melayu) yang pendengki. Golongan pendengki busuk hati ni kita boleh panggil sebagai meleis dan bukan Melayu. Kita buang diorang ni dari Melayu, sebab orang Melayu yang betul tak busuk hati. Mereka ni meleis.

Bila security compromised, user takut nak masuk. Bila orang boleh buat sampai Google flag as malware detected, orang biasa yang bukan tech savvy tak berani nak masuk web tu. Benda ni penting. Jangan sesekali web kita ni kena flag sebab 80% pembaca blog bukan orang yang celik IT melainkan blog tu adalah blog IT.

***

Orang tak buat web komuniti setakat camtu jer. Mesti ada sebab dan sebab paling utama adalah duit. Forum-forum besar buat banyak duit melalui online advertising. GB dulu dah hampir kepada potensi untuk buat duit banyak, tapi macam-macam dah berlaku. Kena ada turnaround plan yang solid untuk naikkan GB balik kepada positive growth macam beberapa bulan dulu.

Personally aku ada banyak idea yang boleh bagi income kat GB atau web komuniti camtu, tapi aku tak mampu nak buat apa. Takde kebolehan apa-apa. Kalaulah ada tempat nak jual idea, kan best macam tu kan?

Ideas by Ariff Shah

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Rahsia Kejayaan Blog Aggregator & Web Komuniti Online”

  1. phoenixstudio Avatar

    nk try buat satuuuuu…

  2. Asyraf File Avatar

    Cuba ping di facebook… Saya dah gunakan cara itu beberapa bulan dahulu….

  3. Asyraf File Avatar

    Gengblogger dah ok…. tetapi masih di”flag” sebagai malware. Saya cadangkan buang iklan yang mungkin mengandungi malware….

  4. Anwar Osman Avatar

    pakai apa buat komuniti site? Pligg?
    Sian GB kena hentam x sudah.. mmg malaun la mereka2 yang mendajalkan web org lain.

  5. cascd Avatar
    cascd

    GB xdapat buka skarang. knapa owh??

  6. MM Avatar

    bukan rahsia lagi, hahaha

  7. Affan Avatar

    kalau white hat hacker, patut dipuji lah. at least die tak pwnd website tu.
    tapi yg dengki2 ni aku tak berapa suka.
    Kong patut hired sorang yg pakar dlm sekuriti, kalau ada bajet. hehe

  8. mixtapes Avatar

    thank you for the tips.

  9. Farah Avatar
    Farah

    Bagus la ko Ariff,banyak ilmu aku dapat bila baca blog ko ni..

  10. samanosuke_04 Avatar

    pergh.. dah bleh bukak pingsite sendri dah nie.. haha.. aku pun tkde laa siasat sampai camnie,, ping jer..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kalau ada developer nak bekerjasama, aku ok jer.

  11. Mommy Lyna Avatar

    Berangan nak punya web komuniti sendiri
    Miahahahah.

  12. zik Avatar
    zik

    GB paling mudah… nak ping… cuma security…

  13. Dayat Avatar

    Aku buat forum dekat blog guna SMF sebab aku tak paham la cara nak guna PHPbb. Lagi satu aku suka cadangan ariff suruh buat satu group dan conquer innit.

  14. GreenLava Avatar

    “Orang kita pendengki, orang Melayu bodoh pendengki” – hai takkan individu yang buat hal, bangsa Melayu jugak yang kena?
    Sweeping statement sebegini takkan membantu.

    1. ariff Avatar
      ariff

      sigh. read the next sentence la, was referring to THAT particular group of people.

      Read carefully first, komen cari salah orang macam ni takkan membantu.

      1. GreenLava Avatar

        Bukan nak cari salah tapi nak tegur kesilapan. Memang saya dah baca artikel ini sepenuhnya sebelum komen.
        I was hoping you might consider rephrasing the sentence, to pinpoint that target group of people (instead of generalizing it first and then narrowing it down later in the following sentence).
        But if you feel labeling my comment as a “komen cari salah orang” is a more appropriate reaction, then so be it.

        1. ariff Avatar
          ariff

          ok. Sorry. My bad. Guess we got off at the wrong foot. I’ve got lots of comments especially when I mention about Melayu and all. People easily get offended and without even finishing what they’re reading, they leave comments not relating to the main point of the entry and I thought this is just another one of it.

          Again, sorry for my bad judgement and response.

  15. nurulbadiah Avatar

    haritu saya nk masuk xdapat…
    ctahu la..mybe saya xpndai kot bab2 gb ni..hehehe

  16. cEro Avatar

    dah lama org ckap, tp aku nk ckap lg..
    dlm GB macam dah start ada unsur kronisme, dan bajet bagus..
    ada sesetgh blogger mcam dh rase besar kpala sbb dh fames..

    pernah satu post forum aku create,
    dpat komen ramai sbb tajuk relevan,
    tetiba je ade sorg blogger ‘bajet bagus’ ni komen kata “Thread ni ditutp sebab tajuk dah basi” something like that laa…
    padahal mamat ni bukan admin pon…

    sejak dr tu, aku tak singgah GB dah…
    fames sket, dah besar kpala…
    apakah??

    1. ariff Avatar
      ariff

      hm.. benda macam tu berlaku kat mana-mana forum jer. sentiasa akan ada orang yang rasa bagus.

      tapi macam tak patutla sebab tajuk basi pun nak komplen macam tu. lain la kalau thread macam tu dah pernah wujud.

  17. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    sekarang ni pun kalau masuk situ ada amaran malware lagi…tak prihatin langsung ke wahai encik admin GB…nasib baik aku punya style main redah je tak kira la blog ko ada malware ke xde

  18. ZE Avatar

    macamana pun usaha tangga kejayaan..tiada orang yang buat web macamtu, terus berjaya..bila dah berjaya, mesti ada pendengki..lumrah sekarang..papepon harap GB kukuh dari segala ancaman sebab situ memang jadi tumpuan untuk blogger yang ingin promosi entri blog masing-masing..

  19. aizuddin Avatar

    satu lagi pasal admin..bila dah top..sorang nak buat semua benda mmg payah..jadi kena lantik admin2 yg best utk buat gb terus hidup..selamat beramal -_-
    btw..semenjak gb down n malware..aku dah lama tak lepak situ..huhu

  20. Mijie Avatar

    ops lupa nk bgtau..minibb pun boleh buat forum..biasa guna minibb je..mudah sikit…:)

  21. Mijie Avatar

    tp sekarang GB dah xleh nk msk kan..ad malware detected…yg rasa kebal n tak kisah psal virus je akan msk kan..

  22. eiman Avatar

    bila GB nak pulih balik eh? rasa dah lama.. atau takkan dipulihkan??

  23. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    owesome! caiyok la ariff..idea yg sgt bernas..ko jela buat website mcm tu..tak payah jual idea tu

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak reti aku

  24. joegrimjow Avatar

    nak buat macam mana, bila dah personal projek, dah ‘rosak’ malas la nak baiki

  25. APi Avatar

    tak pernah lak try Digg.com tuh..
    bese ping kat GB jek..

    miss GB..

  26. kaizen Avatar

    betul2…

    aq setuju gak kalau buat style macam digg.com dan system voting..

    setuju jugak dengan nis.

    Aq dulu kat GB memang 24/7 dok tercongok kat forum. Chat jarang2 la.. ngeh3

    well, apa2pun harap GB kembali pulih seperti sediakala dan lebih baik dari dulu… wohaa!

  27. hanisaleeya Avatar

    nice ariff.

    dulu sebenarnya daya penarik GB tu yang paling utama adalah chatbox.
    sekarang chatbox dah tak ada jadi orang main ping dan blah je. kalau dulu ada gak pass pass link kat chatbox.

    semua tu dah berlalu. gagalive dah tak ada.

    sekarang ni nis masuk gb sesekali je tak macam dulu. padahal dulu boleh kata 24 jam tu 23 jam nis kat gb.

    kong kena cari cara nak hidupkan gb macam dulu balik. sayang sangat kat gb.

    kalau tak sebab gb ariff pun nis tak kenal..

  28. suffer8zine Avatar

    lain org lain cara lain idea.

  29. Melz Avatar

    huhu tak boleh nak point melayu yang buat kerja kotor tuh jgak ariff :) dunia nie ramai manusia, manusia pun banyak jenis.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tapi dalam kes GB memang boleh agak orang yang buat onar hari tu. orang melayu.

  30. Sya Isya Avatar

    waaa…banyak nyer idea Ariff. bagus tul. ermm..rindu kat GB.

  31. paeh Avatar

    hurm. sampai skrg masalah tak selesai~