Kalau saya rajin, saya pergi jogging pada waktu petang. Padang kat belakang rumah ni besar, agak-agak dalam 700-800 meter kalau keliling padang ikut trek jogging.
Tak ramai awek jogging kat sini. Entahlah mana semua awek pergi. Dengar cerita kat tasik Subang Jaya tu ramai awek. Tapi itulah, kena merempit sikit untuk ke sana. Malas.. malas..
Kalau keluar berjogging ni, sekurang-kurangnya keluarlah jugak dari rumah. Sepanjang musim bercuti ni, keluar rumah pun atas urusan penting je. Dari segi positif, duit save. Dari segi negatif, otak terkongkong dalam rumah je. Mana boleh macam tu. Sekali sekala kena keluar tengok dunia.
Berbalik pada kisah berjogging. Biasanya saya buat 4-5 round. Dulu-dulu 3 je.. Sekarang 5 round pun dah macam baru lepas panjat gunung. Saya sedar, satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan keupayaan diri saya ialah dengan bersaing dengan orang lain.
Ramai orang lain yang berjogging sekali. Mudah je. Cari orang yang lebih kurang sama saiz dengan kita dan cabar diri kita supaya boleh menandingi individu tersebut atau sekurang-kurangnya mempunyai pencapaian yang sama dengannya. Kalau dia buat 6 round, kita pun push supaya dapat 6 round.
Persaingan sebegini adalah persaingan sihat. Kita lihat kemampuan orang lain dan kita cabar diri kita supaya mempunyai kemampuan yang sama atau lebih daripada orang itu. Cara yang sama boleh diaplikasikan di tempat lain, misalnya tempat belajar atau tempat kerja.
Kita tak perlu kenal pesaing tersebut untuk bersaing dengannya. Tengok prestasi dari segi luaran pun cukup. Sekurang-kurangnya bertambahlah alasan untuk meningkatkan prestasi dan memotivasikan diri untuk lebih berjaya.
Rasa macam nak masuk SCKL Marathon 2012 ..

Comments
26 responses to “Pushing Yourself”
Aku dok pulun push utk pumping 250 kali sehari…ahahahha…. matilaa
perggh.. 250 tu. aku 50 pun dah tak larat
mahu lebih bersemangat lagi bolehlah layan mp3 lagu2 yang motivated sikit.
Saya juga layan mp3 waktu berjogging.
Uish..lama dah xjog. Balik makmal slalu pkol 6.30pm, xda masa melainkan subuh2 lagi kuar jog xpon weekend.
dapat weekend 2 kali seminggu pun ok dah. start slow2. sebelum ni, 6 bulan langsung tak bersukan sebab nak siapkan fyp. balik malaysia barulah ada peluang
Lepas kahwin ni kurang berjogging. Nak kena start semula ni…
jogging=endorphine
bagus untuk create pemikiran positif.
betul2. not just jogging, rasanya bersukan pun generally akan ada endorphine. minda positif dan sihat.
isnin lepas kid main futsal.. fuuuh.. abis semua sengal2
patutlah u slim menyelim.. rajin joging rupanya!!! tahniah!!!
kid pun nak jogging lah… :)
Lama jugak tak jogging. badan pon dah naik malas. bila nak start semula tu yg lambat sikit. nak masuk marathon jogging kene konsisten!
Kagum dgn sorang pakcik kat area i ni, umur dlm 50-60. everytime dia jogging, lebih dari 6 round! then lepas jogging, balik umah naik basikal. memang tabik spring… ^_^
halamakk.. aku dah lama tak bersenam.. sejak bertambah gemuk ni badan jadi makin malas.. takleh jadi ni.. kena bersenam jugak.. nak try jogging dari bangi ke KL..
heheh… wajib bro. nak2 sebelum kawin ni.
Sekarang pun saya dah start beriadah lepas balik keja. Tak jogging, cuma jalan je keliling Taman Lagenda..Buat aktiviti dengan kawan, dia tak larat jogging katanya :p
Tapi kira ok la dari tak buat lansung. Keluar jugak peluh, panjat bukit panjat tangga..
oklah tu. mula-mula rekod limit kita. lepas tu, try pecahkan batasan kita nampak kemajuan dan kemampuan kita yang sebenar.
ni joggin ke meliar usha benda lain…hehe?
jogging2.. XD
Jom la broo
ko masuk ke?
masuk..half.. mari la
nanti aku try register under media
rajin bersaing time sekolah dulu :)
kalau perempuan selalunya cari pesaing untuk kuruskan badan. lawan tengok berat siapa turun lagi banyak. hehe.. cara bersaing secara sihat begini memang berkesan, sebab tak nak kalah.
Bila baca entri baru tergerak nak berjogging…perut pun dah buncit sikit ni….
Lama jugak aku x bersukan…dulu slalu gak main bola…skang ni jgn kata main bola, nak jogging pun x langsung…teruk sgt dah ni…