Kat Mana Sebenarnya Punca Air Mineral Spritzer Ni?

Reading Time: 3 minutes

Saya memang suka minum air Spritzer sejak dari dulu lagi sebab air dia memang ada rasa yang unik. Tak taulah kalau korang perasan ke tak. Bila baca label dia tentang sumber air mineral ni berpunca daripada air bawah tanah membuatkan saya lebih teringin untuk mengetahui dengan lebih lanjut perihal air Spritzer ni.

spritzer-punca-air

Lebih kurang macam ni la imaginasi saya..

Jadi bila dijemput untuk menyertai lawatan ke kilang Spritzer di Taiping, saya tak fikir panjang, terus kata ya untuk lawatan ni. Dalam kepala dah berimaginasi tentang rupa tempat punca air bawah tanah Spritzer ni; ada kolam di atas bukit dengan air yang jernih yang terbentuk daripada air mata air.

Bila dah sampai di kilang tersebut, kami diberi penerangan tentang produk Spritzer. Sebenarnya macam-macam produk yang mereka ada cuma bukan semuanya dipasarkan di satu-satu tempat.

Selain daripada air mineral Spritzer, saya suka produk Pop mereka iaitu air bikarbonat yang berperisa buah-buahan. Senang cerita air ni untuk budak-budak tapi nak buat macam mana kan, tekak saya suka.

Satu keistimewaan air bawah tanah Spritzer ini ialah kandungan asid ortosilisik (OSA) dalam air ini. OSA ni mampu mengurangkan neurotoksin aluminium yang merupakan punca kepada penyakit alzheimer. Selain daripada itu, OSA membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit. Korang boleh baca dengan lebih mendalam lagi berkenaan OSA di laman ini.

Selepas penerangan, kami dibawa ke atas bukit untuk melihat sendiri punca air Spritzer.

spritzer-1

Naik jeep panjat bukit.

spritzer-2

Alangkah best kalau ada bukit macam ni kat belakang rumah. Petang atau weekend boleh jogging panjat bukit

spritzer-6

Panjat lagi..

spritzer-7

Memang jauh. Katanya boleh makan sejam baru sampai kalau jalan kaki. Seluruh bukit yang berukuran lebih 300 ekar ni adalah kepunyaan syarikat Spritzer.

Pandai betul foundernya. Kalau tengok dari sudut bisnes, perniagaan air mineral ni sampai bila-bila maju sebab sampai bila-bila manusia minum air. Tak akan rugi punya kecuali kalau punca air kering. Tapi selagi hutan ni tak ditebang, selagi itulah punca air akan wujud.

spritzer-3

.. dan inilah dia. Bangunan putih tu adalah punca air bawah tanah Spritzer. Diorang buat macam tu untuk mengelakkan pencemaran dan sabotaj. Hanya beberapa individu tertentu je boleh masuk ke dalam bangunan putih tu, itupun atas sebab pemeriksaan rutin setiap hari.

Untuk pengetahuan, ada 9 punca air (bilik pam) yang bangunannya sebijik macam ni jugak. Semuanya selamat, ada CCTV monitoring dan berkunci.

spritzer-4

Macam nilah rupa dalam bilik tu. Hanya ada pam yang bersambung dengan paip bawah jalan naik bukit tadi dan masuk ke dalam kilang pembotolan. Air dipam dari kedalaman 400 kaki (122 m).

Kecewa gak sebenarnya. Ingatkan ada kolam ke apa.. haha..

Apa-apa pun lawatan sambil belajar untuk blogger ke kilang Spritzer ni memang best. Kembung perut dengan air Spritzer haritu. Terima kasih diucapkan kepada pihak Spritzer atas jemputan ini. Kalau tak keberatan, sponsorlah saya bekalan Spritzer selama setahun.

At least kalau takde air kat rumah, boleh mandi dengan air mineral.

spritzer-5


Posted

in

by

Comments

28 responses to “Kat Mana Sebenarnya Punca Air Mineral Spritzer Ni?”

  1. brohantu Avatar

    macam ni jer.. ingatkan dia buat telaga kat atas bukit

  2. nasslimdiet2 Avatar

    Best blogger-blogger dapat jalan-jalan camni

  3. Mim Avatar
    Mim

    Saya alergi dengan air mineral spritzer, terus sakit tekak. Kadang sampai demam (rhinitis). Hanya beberapa jenama sahaja yang tak memudaratkan :)

  4. nanang Avatar

    Sumber mata air memang harus demikian , jauh dari polusi kota dan di tmpat yang banyak pohon-pohon.

  5. Hafizul Avatar

    Lepas ni nak try minum air spritzer la pulak..baru tahu macam mana ceritanya ambik air bawah tanah..hehe

  6. hazman aka species1980 Avatar

    Ramai yang buat andaian sendiri tanpa dapatkan fakta yang sebenar….

  7. presa1200 Avatar
    presa1200

    kalo punca air mcm kolam indah, dah lama musuh sabotaj. sbnarnye bagus minum air mineral sbb bg sy, selain air zam-zam, alternatif yg paling baik adalah air mineral. ia diproses secara semulajadi dlm bumi dan pihak syarikat hanye perlu membasmi kuman shj. cuma spritzer ni agak mahal berbanding jenama yg lain.

    satu lg yg kene jaga2, jgn minum air RO (reverse osmosis) byk sgt sbb kebykan zat mineral dah ditapis semasa pemprosesan air ni. kalo minum berpanjangan boleh menyebabkan mcm2 penyakit. slama ni sy mmg minum air mineral tp semenjak dua menjak ni saja nk try RO water, skali minum paler jd pening mcm nk pengsan pun ade.

  8. Hanis Avatar

    bestnya. boleh beriadah.

  9. nabila biela Avatar

    seronoknya….nampak sedap air2 tu ye…tak sgka pulak air dia guna paip cmtu je…hihi

  10. nazrul Avatar
    nazrul

    kaedah ni banyak digunakkan secara meluas di ladang2 amerika. ..dan masalah yg mereka hadapi punca air bawah tanah meraka semakin tiada. ..cuba bayangkan bila separuh dari malaysia menggunakkan kaedah ni. ..bumi akan menjadi panas itu akan membuatkkan air hujan menjadi wap2 kerana bumi tidak dapat menyerap air sehingga ke bawah. ..sekadar renungan. ..info dari national geograpic. ..

  11. Syahril Hafiz Avatar

    Dari pembacaan aku Air Mineral Spritzer ni tak sesuai untuk diminum selalu, tambah tambah yang ada demam. Tak pasti source mana aku baca, nanti ada aku update lain ok..

    1. Ariff Avatar

      Yang tu not sure. Elok refer doktor je kalau berkaitan kesihatan ni. Pada saya, nothing wrong tak kisahlah sihat atau sakit

  12. martini Avatar
    martini

    elok bawa orang2 kmpung…..diorang nie ckp air syarikat nie dri kubur cina….mungkin ada yang dengki

  13. nerasiah Avatar
    nerasiah

    Bukan komen cuma nk kepastian setengah org kata punca air spritzer adalah dekat kubur cina.Betul ke bohong?????

    1. Ariff Avatar

      Dekat tu tak rasa dekat. Sepanjang naik atas bukit tempat dan sekeliling tempat punca air tu takde pulak kubur cina.

      Tapi kubur cina memang ada kat Taiping tu. Cuma saya tak kategorikan sebagai dekat la

  14. akubiomed Avatar

    Dahulu hanya sangka air mineral sekadar minuman menghilang dahaga sahaja. Tidak sangka pula ada pelbagai zat dan mineral untuk kesihatan badan terutama kandungan OSA @ Silikon yang tinggi mampu menghalang penyerapan aluminium didalam badan. Difahamkan selama seminggu konsisten mengambil air Spritzer dapat mengurangkan kesan aluminium didalam badan. Yang lebih menarik minum air Spritzer melambatkan kesan penuaan.

  15. ujang Avatar

    respek gak dkt kilang ni…, kebersihan dia lagi terjamin daripada apa yang aku fikirkan…

  16. Izwan Avatar

    1 paip sahaja untuk bekalkan keseluruhan proses pembautan spritzer? fuh, cukup ek..

    1. Ariff Avatar

      Nope. Ada 9 punca macam tu. Lupa nak tulis dalam entri di atas. Thanks for pointing it out.

  17. saimi Avatar

    Saya ingatkan spritzer nie simpan air kat dalam perigi besar. Salah sangkaan saya selama ini.

  18. Bungkilan Avatar

    Nampaknya apa yang ku imaginasikan selama ini dah salah. Betul-betul ringkas ja pula punca bekalan air mineral ni. Dari sebatang paip yang dicucuk masuk kedalam tanah bukit je rupanya.

  19. Anarm Avatar

    Aku pun terbayang kolam jugak.. Rupanya sedut pakai paip je.. Haha..

  20. intern Malaysia Avatar

    Bagus Spritzer ni, dengar ada khabar angin tak elok je pasal syarikat dia terus panggil blogger semua tunjuk tempat punca air dia.

    1. Ariff Avatar

      Khabar angin tu dah lama, bertahun-tahun dah. Baru sekarang orang kecoh kat social media. Dan diorang pun takde nak sorok apa-apa. Orang awam nak datang melawat facility diorang memang takde masalah.

  21. Azri Johan Avatar

    Air mineral Spritzer dengan Tinge jadi fav saya.

    Semalam dapat message berantai pasal sumber air Spritzer datang dari Jirat Cina, siap bagitau boleh sesatkan pegangan akidah umat islam lagi sebab ayat Ruqyah Haron Din tak dapat masuk.. serius mengarut gila.

    Ingatkan dah 2014 takde lagi trend SMS berantai yang kelakar ni -_-

    1. Ariff Avatar

      Hahaha. Macam-macam

      Sepanjang lawatan takde pulak saya nampak apa2 yang mencurigakan. Terpulanglah pada orang ramai. Nak minum, minum. Tak nak, sudah.

  22. jamal Avatar

    syoknya jalan2, bole minum air free lagi tuu..

  23. din Avatar
    din

    Hang mai tepeng ka ariff ,… awat x ckp awal2. Boleh ak blanja mkan2. Untung hang dpt msok. Ak orng tpeng pon x merasa msuk.