Promosi Ford Fiesta

ford fiesta

Ford tengah buat promosi sempena Chinese New Year. Rasa macam gatal tangan nak beli. Melalui promosi ni, mereka bagi step-up financing atau pelan pembayaran flexi di mana interest pada tahun awal pembelian adalah rendah dan dinaikkan setiap tahun.

Dengan itu, bayaran bulanan untuk tahun pertama rendah dan akan dinaikkan setiap tahun sehingga habis tempoh pembayaran. Kira oklah kalau income bakal bertambah setiap tahun.

Minat Fiesta ni sebab kereta buatan US ni dapat rating tinggi daripada Top Gear UK. Saya anggap mereka pakar dalam hal berkaitan kereta dan percaya pada review yang mereka lakukan.

Tapi bila tengok balik senario sekiranya saya beli Fiesta ni..

  1. Jual Duke untuk mengurangkan komitmen. Takde drag race dengan Honda CBR 250 setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja (Duke 2 – 0 CBR).
  2. Kena keluar 45 minit lebih awal untuk ke tempat kerja.
  3. Kos minyak lagi mahal dan terpaksa bayar tol kalau guna highway.

Terus tak jadi beli. ha ha.. Masih lagi tak sanggup menghadapi ketiga-tiga di atas.

Bila fikir balik, kalau ada kereta sekalipun, masih lagi tegar naik motor ke tempat kerja. Orang lain patut berterima kasih kepada saya kerana tidak menyumbang kepada traffic jam setiap hari.


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Promosi Ford Fiesta”

  1. Dr Fuh Avatar

    Fuh bagus betul bro ariff shah kita ni. Masih mengekalkan identiti riders. Tapi saya sarankan kalau nak beli compact car Mitsubishi Mirage better then Ford Fiesta. Cuma berkongsi pendapat :)

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Betul ke? Tak pernah tengok in real life lagi mirage ni macam mana

  2. nabila biela Avatar

    haha..betol2…..kete mewah..tp minyak mahal…huishhh bek nek motor…bile jam selamat…

  3. muazfaris Avatar

    jual Duke tu kat saya.. hihi :-)

  4. Dya Avatar

    wah really ada promosi? mmg da lame minat fiesta, tapi lame jugak fikir..rase mcm xberbaloi beli kereta lg. walaupun kancil sekarang dah 12 tahun, and da start rosak2. sobs.maybe lupakan dulu kot.:P

  5. Aya Avatar

    Beli sesuatu bila kita rasa itu satu keperluan.. tapi kalau sekadar kehendak.. kena fikir byk kali dulu..kalo tak membazirkan.. :)

  6. titan Avatar

    sampai satu masa..ko akan terpaksa beli kereta juga. Aku dah lalu zaman naik motor nih..memang seronok..jimat dan macam-macam lagi. Tapi bila dah sampai serunya..belilah kereta buatan malaysia. Haha..

  7. Adam Avatar
    Adam

    Kereta buatan US
    Tapi dikilangkan di thailand.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      kilang tu standard la dia letak kat negara miskin untuk mengurangkan kos pengeluaran dan maximise profit

  8. Chik Att Avatar

    kita kayuh beskal jeee

  9. MK Kimi Avatar

    takpe…ko bujang lagi :)

  10. matjoe Avatar

    ariff, pada pandangan aku, ko hold dulu plan untuk beli kereta. ko pakai jer duke tu, bawak moto hati hati, stay alert dan ride save.

    as for the kereta, kalau girlfriend nanti dah ada kereta, bila dah kawen boleh kongsi2 pakai. dan ko x payah beli kereta dah. in the first place ko dah selesa merempit. kalau dua2 dah ada kereta, nak pulak rumah apartment yg parking sesak, memang la susah.

    as for your own car, there’s always a better car at affordable price di tahun mendatang, you have nothing to worry, tak macam rumah, ko x beli sekarang, akan datang nnti hampir pasti tak dapat dah macam harga sekarang.

    untuk aku bila dah kahwin 1 kereta memang cukup. kalau wife punya kereta, husbanb kene bayar sewa rumah.

    target all new fieste la 2016 kot, that time wife ko punya kereta boleh dah trade in.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks. Cadangan ko memang tepat dengan long term planning aku. Nothing to lose kalau tak beli kereta sekarang and a lot to gain kalau beli rumah sekarang.

    2. azrijohan Avatar

      +99

      Bravo bravo, ternganga baca komen yang membina macam ni :D

  11. hanep Avatar

    Hehe. Bila nak ngetest bro? Riding biasa2 dah la. Haha.

  12. Ekspresi Ruang Avatar

    fikirkan dari segi keselamatan.
    Nauzubillah, tp kalau jalan licin, slip over atas tar, bdn jatuh ke tengah, kebetulan lori di belakang waktu tu…
    nyawa lebih berharga berbanding penjimatan yg mungkin hampir RM3-400 sebulan utk installment.

  13. boni kacak Avatar

    hahahahaha.. jangan merempit bro. bahaya untuk kesihatan..pesanan ikhlas daripada mat rempit.hehehe

  14. abangensemsangatsangat Avatar

    Tapi lu akan hilang satu nikmat bila berdua dengan awek kat hujung lorong dalam keadaan gelap. #Ghairah.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Lu memang suka ajar gua perkara yang bukan-bukan

  15. Faris Al-Muhandisu Avatar

    Saya pulak berangan nak beli KTM Duke tu. Haha

  16. azrijohan Avatar

    kalau nak beli kereta ni memang banyak benda kena fikir…

  17. aslam Avatar

    nak berterima kasih, tapi haluan kita berbeza la bro… ha ha ha

  18. ika Avatar
    ika

    Yelah, you dah balik from France nanti bukan ada hati nak angkat BMW terus ke? pfft.

  19. akubiomed Avatar

    Rupa bentuk Ford Fiesta ini sesuai untuk eksekutif muda.

  20. kakmahh Avatar

    kalau akak pandai bawa motor. ! Memang senang pergerakan jimat segalanya.