Promosi: 4G LTE MiFi Modem Percuma Daripada Maxis!

Reading Time: 2 minutes

maxis-4g-modem

Ok. Finally keluar pun produk mobile WiFi berkelajuan 4G LTE daripada Maxis. Lepas ni bebas dah nak guna internet di MacBook, iPad ataupun iPhone.

Maxis merupakan telco pertama yang melancarkan produk 4G LTE Mobile WiFi (MiFi) ini. Tak hairanlah sebab mereka antara yang terawal melancarkan perkhidmatan 4G LTE di negara kita.

Untuk pengetahuan, kelajuan 4G LTE ini boleh mencecah sehingga 75Mbps dengan purata kelajuan antara 10Mbps sehingga 30Mbps. Dah sama macam kalau guna fiber broadband di rumah. Dengan plan 4G LTE Mifi daripada Maxis, pengguna boleh menikmati kelajuan internet ini di mana-mana sahaja (asalkan berada dalam coverage Maxis 4G LTE lah!)

Tapi kalau kawasan tu takde LTE macam mana?

Untuk tempat yang takde LTE, modem ini akan secara automatiknya menghubungkan pengguna dengan internet berkelajuan 3G (kelajuan sehingga 42Mbps). Still good enough memandangkan liputan 3G Maxis di Lembah Klang memang terbaik! Dah setahun lebih saya guna Maxis, 3G coverage memang tip top.

Bateri modem ni tahan lama, dalam 10 jam macam tu. Lebih daripada cukup sebenarnya sebab laptop pun on average boleh tahan 7-8 jam paling lama. Pelan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

 

maxis-4g-lte

Free off peak tu adalah di antara jam 2 pagi sehingga 8 pagi. Waktu ni takde orang guna internet, jadi takdelah mengganggu orang lain kalau nak download banyak-banyak.

Tak kiralah samada anda pelanggan baru ataupun pengguna 3G MiFi, bayaran upfront adalah sebanyak RM340 di mana RM240 akan direbetkan semula ke dalam akaun sebanyak RM20 setiap bulan. Semua pelan dikenakan kontrak 12 bulan.

Kalau tak bersedia nak guna 4G LTE lagi, boleh tengok pelan Mobile WiFi (MiFi) lain yang lebih murah. The best thing is, modem still percuma :)


Posted

in

by

Comments

9 responses to “Promosi: 4G LTE MiFi Modem Percuma Daripada Maxis!”

  1. halif Avatar

    Baru lepas katakan ‘Yes’ pada offer yg diberikan tadi. Melalui Fon je sebab tension dah dengan P1Wimax.

  2. hazman aka species1980 Avatar

    Saya pun pengguna broadband maxis nie…guna pakej maksimum…. dan seperti kebanyakan pelanggan lain apabila diorang split off peak period tu…cuma maxis releven la dengan tempat yang saya tinggal skang nie

  3. blog amir Avatar

    dah serik guna maxis. tak nak guna lagi dah sebab coverage x sampai kat kelantan. hihi. kampung sikit kot. hoho. masa check coverage cakap ok. bila pasang, kata x boleh pulak. burn duit deposit. T.T

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Untuk kawasan luar Lembah Klang, memang kena check betul-betul telco mana ok. Paling senang, tanya orang kat kawasan tu guna telco apa. Dari situ dapat tahu roughly coverage dia ok ke tak.

  4. Izwan Avatar

    Saya dah lama guna mifi sierra 753s dengan pek prepaid simkad. Kt umah maxis 3G slow jd dh lama terminate maxis internet.

  5. akubiomed Avatar

    Kalau boleh saya mengharap pembekal telekomunikasi tidak memisahkan kuota Peak Hours dan Off Peak. Saya tiap-tiap bulan melebihi kuota. :-(

  6. Shahrul Avatar

    best la maxis…

  7. Jawatan Kosong Kerajaan Avatar

    da tgk kat center hari tue, berminat gak.

  8. eridy Avatar

    macam mna check coverage LTE nie?