Postpaid – Maxis vs Digi

Reading Time: 2 minutes

Saya pernah menggunakan kedua-dua pelan postpaid Maxis & Digi dan ini adalah review saya untuk kedua-dua produk ini.

Digi

Sebenarnya agak kelakar bila ternampak di Twitter ada sesetengah orang menjadi duta tidak rasmi kepada Digi dengan mengatakan ia adalah yang termurah dan terbaik. Setelah diamati, saya boleh menyimpulkan bahawa berkemungkinan besar individu-individu ini mempunyai talian rapat dengan Digi dan oleh sebab itu mengiklankan produk Digi dalam timeline mereka.

Terus terang saya cakap, dua bulan saya menggunakan Digi, bandwidth penggunaan 3G tak pernah sampai tahap maksimum. Hal ini adalah disebabkan network Digi yang kononnya sedang dinaiktaraf pada masa itu sentiasa bermasalah. Paling menyakitkan hati, dalam rumah pun tak dapat reception padahal rumah saya terletak kurang 5km daripada ibu pejabat Digi di Shah Alam. Susah nak buat kerja kalau setiap kali nak jawab call kena keluar rumah baru dapat reception.

Maxis

Berbanding Digi, network 3G pada Maxis adalah yang terbaik setakat ini. So far, dah dua bulan saya dapat gunakan bandwidth yang diberikan sepenuhnya. Pelan yang digunakan sekarang adalah Internet Value RM50 yang didatangkan dengan 1.5GB bandwidth.

Saya kurang membuat panggilan atau menghantar SMS. Whatsapp kan ada, jadi fungsi SMS tu semakin kurang releven sekarang. Untuk panggilan, tak sampai RM15 pun dalam sebulan. Jadi adalah lebih baik supaya saya pilih pelan yang menawarkan lebih banyak internet data.

Ramai orang cakap Maxis lagi mahal, tapi saya tak nampak pun kebenaran di sebalik komen tersebut. Setakat ni, saya rasa antara Maxis dan Digi, kos setiap bulan masih lagi lebih kurang sama. Mungkin orang melihat dari segi Maxis yang mengenakan caj lebih tinggi untuk SMS dan panggilan ke operator lain berbanding Digi yang mengenakan flat-rate untuk semua panggilan dan SMS yang menyebabkan ianya dicop sebagai lebih mahal. Pada saya, itu semua bergantung kepada penggunaan.

*****

Entri ini sekadar review daripada saya, seorang pengguna yang dah menggunakan perkhidmatan daripada kedua-dua syarikat ini. Pilihan masih di tangan anda. Semoga review ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk memilih antara dua ni.


Posted

in

by

Comments

29 responses to “Postpaid – Maxis vs Digi”

  1. syahrilhafiz Avatar

    maxis aku baru guna, setakat ni ok.. cun, memang tepati janji tapi masalah dengan layanan call hotline tu je, sampah betei aku call dah sambung angkat boleh pi letak.. hmm, DiGi belum..hehe

  2. Ax Avatar

    Ini yang nak port balik ke maxis ni. hehe

  3. Norfa Avatar

    celcom bro? hikhikhik..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      celcom tak pernah try

  4. wanabe Avatar

    maxis tetap terbaik..:)

  5. takky Avatar

    dulu saya guna mxs…
    tapi sejak masuk poli, dh jarang guna….
    sebab dpt sim celcom percuma masa 1st sem dekat situ….
    tarikh expired sim 2 pada tahun 2016….
    (means saya masih boleh guna sim nie walaupun 3 bulan x topup phone saya)
    dh lame sebenar ye x guna num mxs….
    sebab masa saya dekat poli, ramai yg guna celcom…
    tapi sim maxis saya masih actif lagi, cuma jarang saje guna….

  6. Zarul Umbrella Avatar

    saya pengguna Maxis dah lebih dari 13 tahun

  7. azriMy Avatar

    saya pengguna Maxis :D

  8. hisham Avatar

    maxis-saya dah guna maxis lama dah. tak tukat no. yang bertukar hanya plan. mula dgn prepaid>postpaid>prepaid>postpaid balik…no. yang sama.. ok jer…..maxis terbaik.

  9. Orang Kampung Avatar

    setakat ini celcom yg terbaik kat area org kg…

  10. Orang Kampung Avatar

    Assalamualaikum…setakat ini klu area org kg celcom yg terbaik lagi & maxis boleh tahan juga tapi klu digi memang iklan je lebih tapi 0…

  11. hatiputera Avatar

    aku pernah menggunakan kedua-duanya melalui pelan internet. Memang maxis jauh lebih baik dari segi coverage atau kelajuan berbanding digi yang mana coveragenya agak limited.

  12. are_rull Avatar

    arul pn da btahun gne mxs .. mxs mmg terbaik ..

  13. Sya Isya Avatar

    Sya guna mana2 postpaid pun rugi. sebab penggunaan terlalu minima. dat y kena guna prepaid. pun rugi juga. kredit ada lagi 100++, tapi dah kena top up lagi. huhu… Pernah guna postpaid Maxis je. Dg lom lagi. DG guna untuk internet je.

  14. akubiomed Avatar

    Setiap pembekal mempunyai kekuatan dan kelemahan. Bagi saya adalah liputan rangkaian akan menjadi keutamaan.

  15. adillaharun Avatar

    Pada saya tak ada mana pun yang murah. Perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia ni boleh kata mahal secara keseluruhan. Semuanya terlalu ‘profit-oriented’. Semalam ada terdengar berita ada sebuah negara (lupalah nama) yang turunkan kadar untuk sistem hubungan sebegini. Secara logiknya di Malaysia, nak bagus, cepat, excellent bayarlah mahal. Kalau selain itu, memula 2-3 bulan ok. Lepas tu end up almost the same. Sekarang dengan Digi, saya tak marah-marah lagi. Akui talian telefon dia teruk sikit. Masih boleh terima. Saya asing internet line dan fon. Tak macam masa postpaid Celcom dan Maxis. Beberapa kali tumbuh tanduk juga dibuatnya! :-) Akan datang belum pasti.

  16. azydy Avatar

    rasanya maxis kot..tapi kekadang diorang kata maxis ni banyak songlap duit..

  17. LilyNrman Avatar

    Sy masih pakai Celcom prepaid guna plan Spax. Expired 2019. Dalam sebulan saya pakai lam.. tak sampai RM5. Saya tak banyak komitmen lagi. Jadi, cara ni memang memudahkan. Lepas 2019, nanti saya fikirkan balik plan terbaik pada masa depan. Internet…pakai streamyx. Mahal gak r… mungkin akan pikir kan balik untk penggunaan internet di rumah yg lebih kos efektif.

  18. eddie Avatar

    aku pon ada terfikir nak bertukar kepada postpaid…tp rasa mcm mahal…tp prepaid aku setiap bulan pon dkt beratus jugak…hu3

  19. titan Avatar

    hoho..aku dah terbiasa dengan celcom. malas dah nak tukar.

  20. boni Avatar

    maxis lebih berpengalaman dan lebih kukuh berbanding digi. jadi kenapa perlu percaya kepada yang lain

  21. Shahrul Avatar

    maxis memang terbaek….saya mesti piley

  22. hazman aka species1980 Avatar

    Betul tu bro….. kalau compare ngan MAXIS …. Digi Memang bukanlah lawannya….. Kalau jadi MAXIS ONE CLUB lagi banyak la benefit

  23. azman Avatar

    Maxis lebih baik dari Digi – pernah guna dua-dua syarikat nih.

  24. cmratu Avatar

    saya juga pilih maxis.. sebab tak pernah pun pakai yang lain2.. dah hampir 4 tahun dengan pospaid maxis.. kalau ada masalah pun pergi center boleh selesaikan.. :)

  25. Anarm Avatar

    saya pengguna celcom.. terbaik jugak :D

  26. beliamuda Avatar

    Aku sedang berkira-kira untuk tukar prepaid Hotlink kepada postpaid Maxis sebab banyak guna untuk kerja. Banyak kali dah usha pelan untuk buat pilihan yang terbaik.

    Sebagai pengguna Hotlink, memang diakui talian Maxis (terutama Internet) lebih bagus berbanding yang lain (aku ada guna satu lagi nombor dengan telco lain).

  27. bubbles182 Avatar

    Been using Maxis for the past 12 years and still counting. in fact have been using the same no since 2000. hehe.

    Sebenarnya sayang nak let go rm99 unlimited internet yg dah takde lagi skrg ni je. haha.

    1. KNizam Avatar

      ya betul. skrg dah xde RM99 unlimited tuh kan. samala. am using the same number since 1999. since zaman2 WAP ngan GPRS lagi hehe :)