Tahun 2013 dijangka akan menjadi tahun kegemilangan pasaran saham. Pilihanraya dah tamat, jadi tiada lagi alasan untuk pasaran saham tidak berkembang selaras dengan ekonomi Malaysia dan serantau Asia Tenggara sedang berkembang.
Untuk tahun ini, saya menggunakan pendekatan pasif dalam pelaburan saham. Hanya kaunter yang terbaik sahaja dipilih untuk dimasukkan dalam portfolio.
Kaunter yang dipilih berdasarkan fundamentals (daripada pembacaan dan kajian laporan kewangan tahunan) dan sedikit analisis teknikal.
Entri ini hanyalah nota peribadi, bukan untuk mengajak anda membeli saham syarikat yang dinyatakan. Sebarang kerugian adalah tanggungjawab anda sendiri.
Power Root
Entry point: RM1.55

Kadar keuntungan bersih (net profit growth) meningkat dua tahun berturut-turut dengan kenaikan sebanyak 36% tahun lalu. Dengan kadar kenaikan yang tinggi macam ni, saya yakin kaunter ni boleh pergi jauh lagi.
Jobstreet
Entry point: RM3.30

Kaunter ni memang solid. Dulu ingatkan Jobstreet ni Singapore punya, rupa-rupanya tak. Jobstreet adalah produk Malaysia. Walaupun begitu, Jobstreet adalah laman carian kerja no. 1 di Malaysia dan Singapura.
Not just Singapore, Jobstreet dah bertapak di negara Asia Tenggara yang lain. Dan disebabkan pertumbuhan ekonomi di negara membangun Asia Tenggara, lebih ramai pengguna dan syarikat yang akan menggunakan perkhidmatan Jobstreet.
***
Tengok macam mana prestasi kedua-dua kaunter ni. Target saya at least 50% keuntungan dalam masa setahun.

Comments
9 responses to “Portfolio 2013”
suspectlah …opps ..respectlah orang yang hebat bab-bab saham ni… hehe
Aku tengah monitor saham2 macam ni..baru nak belajar.
Saham media prima pun hari tu naik tu. Member den dah jual da kat 3.6x rasanya. huhu
Yang tu memang confirm naik. Saya tak suka kaunter macam tu sebab bermusim. Lepas ni jatuh balik sebab takde dah ‘raya’ besar-besaran
ariff, entri point memang cantik sangat tambah lagi power root tu, memang cantik sangat tu.. :)
wah terbaik ni, nampak macam jobstreet tu kukuh betul.. tapi entahlah, tak pernah terlibat dengan dunia pelaburan saham ni. Hehe
woy nice artikel mampir berkunjung tuan, dari blogger indonesia :)
entry point ko pun menarik..
Memang target sebelum pilihanraya nak beli. Limited budget, kalau tak Jumaat 3 May tu aku dah average down