Politik Kampus

Which one is me?

Bila aku ternampak Facebook page kategori Public Figure seorang calon wakil pelajar yang bertanding dalam pilihanraya kampus, aku tergelak. Wow.. Memang not bad lah jugak budak sekarang ni. Siap nak ada Facebook fan page. Personal profile je tak cukup ke? Jadi sekarang ni berkempen bukan setakat offline, malah online. Kalau like page diorang ni, expect ah macam like orang-orang MLM atau Login Facebook. Status update mesti nak letak caps lock punya macam orang gila.

Orang yang tak selalu guna internet ni atau baru nak try mesti ada masalah dengan caps lock. Kenapa? Sebab mereka terlalu teruja macam beruk dapat bunga. hahaha.. Ingat ni satu je, dalam mesej dan status update yang normal tolonglah jangan guna caps lock. Orang yang baca tu mesti cakap dalam hati, ‘ko ni kena sawan ke apa?’ Serius.

Aku dulu pernah gak masuk politik-politik masa zaman belajar ni. Politik kat sekolah je pun. Sebenarnya memang aku tak nak, tapi masa tu adalah ancaman konon-kononnya kalau budak-budak lama tak penuhkan tempat sebagai calon bertanding, budak form 4 baru yang gantikan. Kalau budak baru bertanding nanti malulah dengan batch lain kan.. Alasan bodoh dan aku masih ingat lagi alasan bodoh macam tu keluar daripada mulut siapa.. Aku serius memang tak ingin langsung bertanting tapi ramailah pulak yang suruh. Jadi atas semangat batch, aku bertanding. Calon bidan terjun.. Dipendekkan cerita parti aku kalah. 60:40 macam tu.

Berbalik kepada politik kampus, ah.. bosan. Aku tak faham mengapa perlu ada semua ni. Buat kecoh orang kampung je labih. Lepas tu tak puas hari apa-apa buat demo ramai-ramai, pecahkan pintu, rosakkan harta benda. Adakah disebabkan kat sana belajar senang sangat sampai mereka ni ada banyak masa nak buat kerja-kerja ni semua? Aku tak faham. Apa penting sangat semua ni? Cuba siapa-siapa enlighten aku tentang kepentingan pilihanraya kampus ni.

Bagi aku, masuk IPT ni nak belajar cepat, habis cepat dan dapat kerja. Dah kerja boleh kumpul harta bagi balik kat mak bapak. Tak gitu?

35 Comments

  • nodame

    17 March, 2011 at 6:20 am

    kat U aku la paling dahsyat politik nyer. macam2 kontroversi ada, ada calon hilang,pecah pintu,n siap letak kepala babi kat fakulti pengajian islam..demonstrasi plg banyk….hahahah korgagk2 taw tak U maner….hahaahah

  • mieyra hamzah

    5 March, 2011 at 7:18 am

    pada aku plak,kalo nk betanding tu renung2la diri sendiri,layak ke jadi pemimpin.cam kt kolej aku dolu,yg nk betanding pon cakap byk stammer…gagap2 n xyakin ngan jawapan mmg kna laser ngan geng2 aku.nk popular pn agk2la.sal taktik2 kotor ni biasela…mnusia skrg bkn pk ape dh.nk sng je tp die xtau bkn sng nk sng

  • lord zara

    4 March, 2011 at 5:53 am

    Aku nak komen, walaupun ada harapan kena maki dengan orang lain. Lantak.

    Untung kau tak belajar IPT tempatan (dari segi ni). Bukan apa, setiap kali pilihan raya, taktik keji dah sama dengan politik biasa. bayangkanlah politik kampus pun dah keji, apatah lagi yang kita sendiri tengok sampai tak larat nak tepuk dahi.

    aku pernah kena offer suruh jadi calon, 2 kali. aku gelak balik pada orang yang offer. Nak main duit, nak main pointer, nak main dengan benda2 material sungguhlah bukan aku. aku siap warning awal2, sekali lagi dia offer, aku lapor polis dan SPRM. Biar masuk mahkamah sebab main2 rasuah.

    Pfft~

    Walupun camtu, tak dinafikan, ada yang masuk bertanding, berjaya sehingga dah tamat universiti dan masuk bidang pekerjaan. ada plak yang jadi MPP tapi jadi penunggu universiti sebab tak grad2 pun ada.

    dulu senang je aku undi (sebab kalau mengundi akan dapat cenderahati – dan nanti senarai tak mengundi akan keluar di fakulti). banyak sangat calon, bukan kita kenal semua pun kan walaupun manifesto bersemangat. aku undi yang muka macam baik, muka kacak kalau lelaki dan takde rumors buruk. agak2 cukup kuota yang perlu diundi, aku masukkan je dalam tong~

    hahaha~

  • aish

    3 March, 2011 at 9:59 am

    betul2..cam kat um tu,sampai kena kidnap bagai.
    kesian dia..even nak berkempen pon kena beringat2 la jugak.then yg paling tak best bila kata election tu ada cmpr tngan pihak luar. demokrasi dah tak ada nilai.

  • namaakulynn

    3 March, 2011 at 6:30 am

    nasib la my uni ok je..election hari tu semua baik2 je..takde nak rempuh2 pintu ke apa..
    tapi betul la,politik kampus…bosan..tak bawa ke mana jugak..

    p/s:sekali cari je dah dpt kesan ariff shah dalam pic!haha..

  • Izwan

    3 March, 2011 at 4:35 am

    campus life bukan sekadar belajar dan lepas grade kerja tapi lebih dari tu.politik kampus bagi banyak pengalaman.walaupun antara student & admin..

    cuma,ideologi politik luar nak masuk dalam kampus tu yg aku bosan.Nak ubah kampus macam ubah negara,kasi manifesto melampau2..bila menang,bersorak macam dapat kerusi parlimen.dan yg peliknya, mengapa IPT perlu ada perpecahan antara student..wujud label pro M, pro A.. student tak bersatu la kalau camtu?

  • denaihati

    3 March, 2011 at 12:39 am

    tak salah ada pilihanraya kampus cuma jangan bawa ideologi luar ke dalam. Pelajar SEPATUTNYA (tapi tak akan berlaku) mesti berbeza dengan pengaruh politik luar kampus. tapi tulah budaya Melayu suka berpolitik bermati-matian walau dimana tapi kalau kerja atau bisnis berapa kerat je yg bersungguh nak maju selebihnya lebih suka santai2 je.

  • TheSharkox

    3 March, 2011 at 12:12 am

    Hahaha.. masa kat kampus dulu, aku ada member yang kena paksa jadi calon. dia terima cabaran jadi calon, tapi jadi calon umum, bukan calon pro aspirasi. bila dia jadi calon umum, orang nampak dia sbgai calon pembangkang la konon2 nya.. nak dijadikan cerita, dia tak berkempen pun. just bagi tahu kat anak2 buah dia, dia jadi calon. nak dijadikan cerita, tanpa kempen dia boleh menang.

    Then masa meeting nak pilih YDP, dia antara yang di shortlisted-kan sebagai calon untuk menjadi YDP. Oleh kerana dia ni bermulut terlalu laser terhadap pihak pengurusan universiti, ada calon lain yang pro-pihak universiti melobi cakap kalau kawan aku ni naik, konferm universiti tunggang langgang. Kemudian, yang dok mencanang macam2 ni dapat la jawatan tinggi dalam MPP tu..

    member aku ni rilek je walaupun kalah n di beri portfolio cikai… dia kata bukan aku nak sangat jawatan tu, tapi bila dah ada puak main cucuk2 orang lain cakap bukan2, panas jugak la..

    kesimpulannya, dalam kampus sendiri dah berpolitik menjatuhkan orang, macam mana nak tengok universiti berubah..

  • irahhajerah

    2 March, 2011 at 11:44 pm

    masih jugak internet macam haram slow. computer di fakulti sc com pun macam haram jugak. eh malas la aku nak amek kira dorang neyh T______T. Die ingat dia menang pilihan raya dia nampak hensem dan menjadi kegilaan + famos gile macam cerita melayu kot. honestly la kan, NC pon budak x kenal. ni kan pulak wakil pelajar.wakakakaka. Yang pemes kat UTM tu pak guard nama pak selamat. siap ada fan page lagi. ko nak sain die arep? nanti aku pos ke russia xD

  • fiffy syafiqa hazirah

    2 March, 2011 at 11:33 pm

    haha aku mmg x berkenan dgn PRK kampus ni. menyampah. gadoh sana gadoh sini mcm org x matang. oh please la, umur dah 20 tahun++ prangai mcm budak2. buang masa ak je mengundi. ari tu election kt uni ak pn ak lari. lantak la.

  • Mohamad Fairosza

    2 March, 2011 at 6:41 pm

    ari tu terperasan ada leader student ni result ntah ke mana. kalau dah taksub sangat macam tu lah jd nya. patutnya study tu lbh penting,kena la taksub kat study.kalau admin buat satu2 keputusan,dia lebih tau baik buruknya,dah lama dah menguruskan uni berbanding student yg masih bljr pon main2. macam cikgu kat sekolah la, biasanya budak2 nakal je yg tak suka dkt guru disiplin kan..lol

  • faradeeba

    2 March, 2011 at 6:22 pm

    pilihanraya patut ade untuk suarakan tentang student.
    kdg2 kite pegi buat aduan or bg apa2 cdgn bukan pihak U kisah.
    tp mmg tk phm pilihanraya kt kampus skrg nih.
    gila extreme lah. pch tu, pch ni. kena culik lah, ugut lagi lah bnyk.
    tk phm lah ape sbnrnye motif diaorg. pilihanraya kampus jeh pon, relax2 sudah.

  • ekspresiruang

    2 March, 2011 at 4:37 pm

    smo tu terjadi sbb politik kotor diajar sejak dari dlm kampus lg. bila ada pihak luar menyogok duit, jd sepandai dan seintelek mana golongan dalam kampus ni, pasti akan ada calitan kotoran money laundering yang wujud dalam berkempen. walaupon niat sbnr masuk u adalah belajar, tp kita perlu gk mencungkil bakat pemimpin masa dpn time kat u lg. klu x, smo golongan profesional dan intelek ni lps kluar u hanya sekadar mkn gaji bulan, buka bisnes sendri. tu je. walhal pemimpin lak dilahirkan di kalangan ‘tin-tin kosong’ yang selama ni dok lepak kat kedai kopi je.

  • misz myza

    2 March, 2011 at 3:50 pm

    betul tu.. sy tak leh terima sgt la kalau ade pelajar2 u yg terlalu taksub sgt dgn pilihanraya kampus.. sampai nak wat demo, pecah pintu la bagai… teringat masa 1st year dulu, ade kakak senior yg memegang jawatan tinggi jugak la, dia suruh kami yg junior ni undi calon dari satu parti ni.. kalau x undi, nanti kena buang kolej.. kita yg mentah ni, ikut je la.. sejak dari tu, seriously mmg dah benci politik kat kampus ni..

    • ariff

      2 March, 2011 at 4:05 pm

      adoi. Sampai nak ugut macam tu. Teruk2..

      Politik ni xleh fanatik sangat, kalau fanatik mulalah nampak tak betul..

  • Affan Ruslan

    2 March, 2011 at 3:49 pm

    sebab kenapa ada pilihranraya?
    sebab pelajar nak suarakan pendapat. Kalau 1000 pelajar pergi pejabat pentadbiran komen itu ini, tak ke kelam kabut. jadi, diorang mesti ada satu ketua untuk suarakan pendapat.

    Lain calon ada lain matlamat, tengok manifesto.
    Cubalah try 2 3 tahun takde pilihanraya kat uni, tgk apa jadi.

    ps: takkan nak kaitkan kes2 negatif pecah2kan cermin semua tu sebagai alasan pilihanraya tak patut ada? tu dah sampai fanatik sgt tu, kat mana2 pun mesti ada golongan camni. Kalau masih student, berpada2 lah, jangan sampai pelajaran terabai.

    • ariff

      2 March, 2011 at 4:10 pm

      Kalau xsilap aku nanti pun basic lebih kurang 2500 camtu je. Orang cakap la.

      Tapi MLM? MLM tu manipulate people. Nuff said.

  • NoorAfzan

    2 March, 2011 at 7:02 pm

    ada ke aktiviti merusuh tu semua? pergh..orang dulu kemain susah nak suh jadi pemimpin sebab fikirkan tanggungjawabnya yang besor.
    orang sekarang berebut nak jadi pemimpin sebab nak dapatkan imbuhan.
    lalala~
    tak semua tapi ramailah kan.