Sebagai pengguna jalanraya, kita pasti pernah ternampak polis sendiri melanggar undang-undang, betul tak? Kalau setakat penggunaan telefon bimbit semasa memandu, memotong lampu isyarat dan tidak memakai tali pinggang keledar tu, memang dah biasa sangat kita nampak.
Bukankah sepatutnya anggota polis dijadikan contoh kepada rakyat biasa? Atau adakah pihak polis ni kebal daripada sebarang undang-undang, termasuk undang-undang jalanraya?
Kepada yang mengetahui (pelajar jurusan undang-undang, lawyer dan sebagainya), minta bagi pencerahan sedikit. Saya rasa ramai lagi di luar saya mempunyai persoalan yang sama. Lebih baik kalau ada pihak dari PDRM Malaysia yang bagi penjelasan. Memang amat dialu-alukan.
Juga sebagai info tambahan, ketahui hak-hak anda apabila berhadapan dengan pihak polis. Kalau tak tau hak sendiri, kita yang tertindas nanti.
Note: Sebagai penunggang motosikal, rasa tak selamat bila pemandu kenderaan di hadapan saya menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tak kiralah samada polis atau orang biasa. Sila elakkan.

Comments
30 responses to “Adakah Polis Malaysia Tidak Tertakluk Di Bawah Undang-Undang? @PDRMsia”
Dulu masa kecil, kita di ajar oleh kawan sebaya supaya panggil polis datuk. Kita takut sangat-sangat dengan polis biarpun tak melakukan kesalahan.
Sekarang pandangan kita berubah, kita jangka polis bercakap dengan sopan dan melakukan sesuatu perkara ikut undang-undang. Rasa takut dulu dah tak ada. Saya jangka polis pun dah berubah, lebih peka dengan keadaan sekeliling.
Terima Kasih Dgn Info. Baru Sy Baru Tahu Kita Tidak Boleh Dibogelkan Oleh Polis. Maksudnya Hanya Doktor / Suami / Isteri Sahajalah Yg Boleh Membogelkan Kita.
Pasal tali pinggang tu memang orang yang menaiki kenderaan polis,ambulans dan bomba dikecualikan. Ada kua ari kat paper,menteri jawab. Ada dalam akta. Kalau nk selamat,beli buku akta Malaysia,hafal,sure selamat.haha
sebut pasal polis, hmm dah tak suka dah aku dengan polis malaysia ni
depan media je lebih..opsss
dah memang macam tu, kena la paham
itulah fenomena yang ada bang,, saya dah sering nampak polis melanggar aturan yang mereka tegakkan,,, fiuh,,,
tu la polis zaman sekarang =(
Baru juga kena saman parking alasan terkeluar dari garisan parking (sikit jer..) tak jauh dari situ sebuah Mercedes-Benz Double parking tapi si Baju Putih buat tak nampak jer…????
Org Kg baru juga kena saman parking alasan terkeluar dari garisan parking (sikit jer ) tak jauh dari situ sebuah Mercedes-Benz Double parking tapi si Baju Putih buat tak nampak jer…????
Yang lain aku tak pasti, tapi kalau pasal tali pinggang keledar tu memang polis dikecualikan (termasuk lain-lain yang beruniform kalau tak silap).
Sebab aku pernah terbaca ada orang buat aduan di akhbar, kemudian pegawai PR PDRM respons, katanya untuk memudahkan jika berlaku kecemasan. Ni contoh dari aku; jika sedang meronda kemudian ternampak insiden di tepi jalan yang memerlukan tindakan pantas PDRM, maka tak perlulah kelam-kabut nak buka tali pinggang keledar tersebut.
Tapi tentang soal keselamatan diri tu, masing-masing kena ingatlah.
Encik-encik polis di luar sana, sendiri mau ingat..
polis pun manusia jugak..biasalah tu..
sy kena saman dah byk kali dah…hehehe
entahlah. sabarkan aje..tegur pun, buat derk aje..
pak gad kat U saman student wrong way bawak motor. tapi dia pun wrong way gak. last2 student capture gambar. habis kena troll.
kena troll tapi dia tak kena tindakan pulak kan? gaji kena potong ke?
apabila pangkat dan kuasa membutakan mata, pakaian seragam yg beraja.
org Malaysia kena contohi org Rusia tu. sound direct je. PDRM pon bukan smonya langgar undang2. ada yg btol2 ikhlas masuk alam penguatkuasaan ni. tp xdinafikan ada juga yg pakai kesempatan kekuasaan tu utk nk kutip duit jaminan keselamatan setempat dr pekedai2.
ada, yg tu PDRM pon xbley nak nafi. yg sedihnya polis anak bangsa Melayu kutip duit drpd pekedai Melayu yg xberapa nk untung.
kadang2 polis pun langgar peraturan jalanraya sebab polis kan ! manusia jugak..siapa yg tak buat silap..kalau ada yg buat silap tu, kasi tangkap jela atau saman..(jahatnya) ..yela..betul apa..sebab perkara ni kenalah diambil serius
kalau polis tu pakai pakaian seragam, ingat dalam kepala otak nombor polis tu pastu gi buat aduan.. :D
boleh ye macam tu? tapi nak tengok nombor yang kat baju dia tu susah sikit
pernah kena saman akibat tafipon semasa memandu
Bukan semua tapi segelintir polis ni agak berlagak dengan jawatan, masa minta ic pun bukan macam cara polis tapi macam gengster je lagaknya.apa salahnya berhemah la sikit, kita ni bukan indon, kalau indon pun tak boleh main tengking, bukan pandai sangat pun lepasan spm aje pun jadi polis.
Kalau mereka buat kesalahan di jalan raya,sapa nak tangkap,kalau ada macam MP (MILITAN POLICE) mungkin mereka takut juga.
oh mmg bahaya kalo guna fon masa drive, better berhenti tepi jawab dulu fon tu.
perkara ni mmg serius..pihak polis patut pantau dan disetiap kereta peronda mesti diletakkan talian aduan supaya public can straight away send or call pusat aduan jika didapati polis melanggar undang2 jalanraya
ketidakadilan kdg berlaku
sbb bila dah ada kuasa, kdg bongkak pula, namun sy rasa tak semua pihak polis begitu
ada yg ok, ok juga tp kalau yg ambik rasuah tu bule tahan gak byknya
cth mcm kita jd bos utk sesebuah company tu rr, bila tegur anak buah tak bole itu ini, tp dia sendiri yg buat, sbb apa ego melambung
sbb tu kena amalkan learning by example
Sudah nama manusia. Tiada siapa berada diatas undang-undang.
rasanya dia orang mesti tertakluk dgn undang2 juga…
polis kat Malaysia ni ramai yang tak berbudi bahasa, aritu saya kena saman… sakit hati jugak lah.. bukan sebab kena bayar saman tu tapi sebab polis tu takde adab dan sangatlah kurang ajar…
banyak juga komen cakap polis tak berbudi bahasa ye.. perlu dipandang serius ni