Kenapa Aku Setuju Dengan Pemansuhan PMR & UPSR

Aku memang dah lama terfikir pasal benda ni. Sistem pembelajaran disekolah kita terlalu panjang. 11 tahun!!!!! Itu semua basic je, sepatutnya kalau nak betul-betul belajar kena banyak luangkan masa di peringkat pengajian tinggi. Bukan di sekolah. Tengok formula yang dibuat di negara maju. Semua nak cepatkan anak-anak muda mereka masuk universiti.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

UPSR untuk masa sekarang ni macam no point sangat. Dulu mereka buat sebab nak tengok samada pelajar tu boleh belajar membaca, menulis, mengira; samada pembelajaran di sekolah berkesan ke tak terutamanya di sekolah kampung. Aku sekolah kat kampung dulu. Pembelajan dan pengajaran di sekolah kampung tak bermasalah sangat, yang bermasalah adalah ibu bapa & keluarga. Guru-guru kat mana-mana aje memang buat kerja mereka, tapi kalau ibu bapa takde inisiatif nak ambil tahu pasal pembelajaran anak-anak kat sekolah dan rumah, memang ke longkang la jawabnya.

Jadi disebabkan sekarang ni majoriti dah lulus UPSR dan majoriti lepasan pelajar sekolah rendah memang dah tahu macam mana nak mengira, menulis dan membaca. Dah tak ramai yang buta huruf. Settle. Mansuhkan UPSR dan lagi bagus, pendekkan pembelajaran di sekolah rendah kepada 5 tahun. Percayalah aku cakap, Malaysia dah semakin maju. Kadar IQ anak-anak semakin tinggi. Jadi biar kita ‘push’ sikit supaya minda mereka tercabar. Mereka masih muda, mampu bertahan dengan cabaran. Pasal sukatan pelajaran, banyak benda yang dipelajari di sekolah DIULANG balik di sekolah menengah. Kenapa membazir masa macam tu?

Pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

ahhh.. tolonglah. Jangan sebab nak pilih pelajar masuk SBP, kena kekalkan peperiksaan yang makan masa dan kos tinggi macam tu. Setakat nak masuk SBP, pelajar boleh menduduki peperiksaan kemasukan ke SBP. Penilaian boleh dibuat berdasarkan prestasi mereka di sekolah. Isu remeh. Now I tell you this, kat mana pun seseorang tu belajar, kalau dia nak belajar betul-betul memang akan dapat punya keputusan yang bagus dan boleh mintak biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Pada pendapat aku, masa form 1 dulu memang relax sangat. Exam pun tak kisah result apa dapat sebab mindset semua orang fikir, “aahhh.. masih terlalu awal untuk bekerja keras” Cadangan aku, mansuhkan form one. Lepas tu, ubah balik sukatan pengajaran dan pembelajaran supaya volume kat setiap peringkat (tingkatan) seimbang.

brought to you by

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

PMR ni pada aku hanyalah ujian pilih jawapan yang betul berdasarkan logik akal. Yang betul-betul aku belajar dan hafal/ingat untuk PMR dulu adalah subjek sejarah. Kena ingat tarikh, tahun, tempat, etc. Yang lain, kalau dah faham subjek tu, tak payah nak belajar sangat boleh dapat 8A. Buktinya? Adik aku sendiri. Dia tak belajar sangat dulu. Peperiksaan percubaan pun result ala kadar je. Tapi bila dapat result PMR, tiba-tiba je dapat 8A. Semua orang terkejut.

Point aku kat sini, peperiksaan PMR adalah setakat nak pilih jawapan yang betul je. Semua orang boleh lepas kalau mereka nampak the bigger picture.

***

Berdasarkan apa yang aku cadangkan, kita dapat memendekkan tempoh persekolahan kepada dua tahun. Kenapa aku nak pendekkan? Macam ni, semua orang ada 'graf semangat' dia sendiri dalam melakukan sesuatu. Pada peringkat awal, semangat tinggi, rajin berusaha, memang semua tip top. Bila masa berlalu, semangat (morale) ni semakin turun sebab wujudnya kebosanan. Kebosanan datang apabila kita terdedah dalam persekitaran yang sama berulang kali. Belajar sesuatu yang kita dah tahu membosankan.

Kalau nak cakap 18 tahun ni masih terlalu muda dan tak matang lagi nak belajar di universiti, think again. Kematangan tidak datang berdasarkan umur. Ada orang umur 20 lebih pun, masih berfikiran kebudak-budakan. Kematangan datang daripada pemikiran, ilmu pengerahuan dan pengalaman. Masuk universiti dah tak boleh main-main. Belajar kantoi, kena buang. Hutang pinjaman pendidikan kena bayar. Jadi cara pemikiran pelajar ni tadi akan berubah. Mereka akan lebih serius. Dari situ, mereka akan menjadi lebih matang.

Mari bincangkan bersama.


Posted

in

by

Comments

38 responses to “Kenapa Aku Setuju Dengan Pemansuhan PMR & UPSR”

  1. Rahman Avatar

    Pada aku lebih baik mansuh semua peperiksaan , buat macam sistem sekolah kat US, siapa yang tak lulus final exam dajah/tingkatan takkan naik kelas. Buat sukatan pendidikan yang membentuk cara berfikir yang kreatif , Malaysia ni kurang sangat pelajar-pelajar yang kreatif.

    Malaysia ni kekurangan para-para pencipta yang boleh merekacipta peralatan ataupun apa-apa jer perkakasan.
    kalau ada pun barangan yang dicipta oleh syarikat atau organisasi.

  2. fya Avatar
    fya

    Mengapa sistem pendidikan di luar negara hanya memerlukan tempoh masa yang sedikit untuk ke universiti? adakah kerana IQ mereka tinggi? Ingat keseimbangan IQ dan EQ amat penting bagi mematangkan seseorang manusia. IQ yang tinggi hanya akan menghasilkan pelajar yang bijak. EQ amat penting bagi membentuk akhlak pelajar. Justeru, perlu ada satu alat untuk mengukur EQ para pelajar.

    1. ariff Avatar
      ariff

      tak pasti, tapi kalau duduk di sekolah lama-lama pun tak mematangkan pemikiran pelajar juga sebab kat sekolah semua benda disuap.

  3. fadhilah Avatar
    fadhilah

    aku nk PM baru.

  4. khairul Avatar

    negara maju,lama dah kenal universiti…kita bila baru kenal?
    so kalu nak compare ngan negara maju,tak boleh lah coz yg ubah dasar dia,yang dah belajar 40/50 tahun dulu…
    so ubah yg kita je le dan perubahan tu bukan mudah coz kita ada presedurnya
    memang betullah,sistem kita dululah yg bawa kita sampai ke tahap ini,,,
    patutnya kongsi idea untu kebaikan,bukan asyik dok cadang je dan kalu nak tengok perubahan,bukan setahun dua…
    etems…6 tahun dan kondem…mana bole tengok hasilnya?

  5. farahliyana Avatar
    farahliyana

    sgt bersetuju dgn ShaYang…
    potensi sbnr student2 kt msia ni byk yg dipandang sepi…
    sbb sbnr..sistem msia yg exam-oriented..
    even sy msh dlm training..blom jd cgu (jan next year insyaAllah =) )..
    tp ms practical teaching, sy dh nmpk similarities pd 3buah sklh yg sy g..
    semuanya bkejar2an nk jd sklh terbaik..
    student klas pandai akn ditatang bagai minyak yg penuh…
    tp student yg dh agk2 xmendatangkan hasil..kalo blh xnk bg masuk exam pn xpe..
    sbbnya akn jejaskan peratus lulus sklh..
    ntah la..x semua sklh mcm 2 tp kebanyakannya mmg begitu…

  6. ShaYang Avatar
    ShaYang

    yup, setuju gak ngan pemansuhan upsr n pmr ni.. sorry 2 say la cikgu2.. bukan nak blame para guru ni.. sbb sy sendiri pun guru jugak.. bila sistem pendidikan neg ni exam-oriented matlamat para guru ni satu jer.. nak bagi murid2 ni lulus dgn cemerlang dlm upsr n pmr.. tiap2 tahun buat matlamat, kira percent lulus upsr.. then target guru2 ni nak bagi budak2 yg dah ditarget lulus tu lulus la.. murid2 yg dah out of list tu akan dipinggirkan n saya slalu dgr guru2 kls peperiksaan ni ckp, murid2 ni dah takda harapan nak di ajar.. no hope.. kalu boleh biarkan dorg ni xturun mase upsr n pmr nanti.. jd xjejas percent sekolah.. sy sgt la xsetuju..nmpak sgt dh mencemar matlamat sebenar pendidikan nak mghasilkan rakyat msia berilmu&bakhlak mulia.. kesian kat murid2 yg trpinggir ni dibiarkan turun ke sekolah tanpa matlamat.. xctly kat cni saya rasa la.. para guru tu sendiri yg dh kurg kesedaran n dah lari dr matlamat sebenar spt yg pernah dilafazkan dalam akujanji ms mula2 nak jadi cikgu dulu2 nk didik anak bangsa..

    satu g, slalu nya penilaian utk dapat anugrh cemerlang d klgn guru tu slalu dnilai bdasarkan pencapaian pelajar yg dh berjaya dhasilkan.. pada hal yg bertungkus lumus nak bagi murid2 ni reti baca guru2 tahap 1.. tp guru yg bagi cemerlang upsr ni juga yg disanjung2.. bukan la niat nak dipuji2 n mengungkit, sekadar melihat perkara tu sebagai ketidakadilan dalam penilaian tu jer n mengapa upsr n pmr tu perlu dimansuh..

  7. ann Avatar

    kalo nak pendekkan masa pembelajara, bimbang de budak yg terpinngir

    jd mesti cari solution utk mereka ni

    setahu saya sistem di barat, budak2 yang tak capai tahap untuk pg next level mesti repeat tahun tsebut…mybe boleh diguna pakai cara ni.

    sokong sangat waktu sekolah dipendekkan, supaya orang kita cepat masuk uni n bina kerjaya

  8. nursarah Avatar

    aku setuju dengan pemansuhan UPSR n PMR.. point aku setuju sebab banyak pelajar yang sedari kecik blaja sebab periksa sampai ke besar pun mindset nya macam itu. kat UM sendiri pun, banyak pelajar yang kaki buku je tanak bersosial atau amik port langsung dalam aktiviti kampus. pointer tiap2 sem mmg gempak, tapi bab kerjasama, organize sumthing ke, cam taktau apa2. tak seimbang. lagipun alam kerja kelak bukannya pakai teori je. semua benda nak kena tau…

  9. Khairul Avatar
    Khairul

    KERTAS KERJA RINGKAS : PEMANSUHAN UPSR DAN PMR (DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR)

    LATARBELAKANG

    Apabila TPM mengumumkan supaya UPSR dan PMR dimansuhkan, ramai yang melenting seolah-olah kerajaan terlalu zalim kepada rakyatnya khususnya kepada golongan pendidik dan pelajar. Sebenarnya ramai yang salah faham maksud sebenar di sebalik pemansuhan itu.

    Tuan-tuan dan Puan-puan, beri peluang untuk saya jelaskan satu persatu. TPM sebenarnya ingin mencari punca kepada kepincangan atau kelemahan dalam sistem pendidikan negara; dan untuk itu wajar di ‘bedah siasat’ sebelum ia menjadi barah yang merosakkan bangsa kita pada masa akan datang. Janganlah kita mendabik dada seolah-olah sistem pendidikan kita adalah sempurna sehingga tidak ada cacat celanya.

    Kepincangan ini perlu dibaiki atau dimansuhkan dalam tempoh tertentu agar semua pelajar mendapat pendidikan yang saksama, di mana tiada pelajar yang akan dipinggirkan sama ada pelajar cemerlang atau pelajar lemah. Semua orang wajar diberi peluang yang sama kerana fokus kita ialah melahirkan produk yang cemerlang bukan sahaja dari segi intelek, malahan juga dari segi modal insan.

    RASIONAL

    Lihatlah di sekeliling kita, remaja-remaja yang merempit, mengamalkan seks bebas, lari dari rumah, dan pelbagai gejala sosial yang lain. Lihatlah juga kepada pelajar-pelajar yang cemerlang, yang telah diberi biasiswa dan peluang melanjutkan pengajian di luar negara. Berapa ramai yang tahu mengenang budi atau ‘sudi’ untuk menyumbangkan tenaga kepada negara selepas menamatkan pengajian ? Kenapa ramai wanita di universiti dan sektor perkhidmatan awam ? Bagaimana pula dengan kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan graduan ?

    Semua ini berkait rapat dengan sistem pendidikan negara, kerana mereka ‘dihasilkan’ dari sistem yang sama. Terdapat banyak kepincangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara. Input-input dari masyarat diperlukan agar kepincangan ini segera ‘dibuang’ sebelum negara menjadi hancur.

    Namun, pemansuhan ini sebenarnya dijalankan secara beransur-ansur, berperingkat-peringkat agar pelajar dan guru tidak terkejut dan boleh menyesuaikan diri dengan sistem baru kelak. Apakah komponen atau item yang akan dimansuhkan ? Saya akan perincikan dengan lebih lanjut berikutnya.

    PEMANSUHAN DALAM ERTI KATA YANG SEBENAR

    [1] Pemansuhan soalan objektif / OMR

    Di sini berlaku ketidakadilan kerana bagi pelajar yang mempunyai daya ingatan yang tingg, biasanyai tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan berbentuk objektif. Oleh itu, seringkali kedengaran, ramai pelajar lebih suka ‘study last minute’ sebab dalam tempoh 24 jam sebelum peperiksaan, otak biasanya mampu menyimpan maklumat sebagai ‘ingatan sementara’. Sebaik sahaja, selepas peperiksaan, ingatan tersebut biasanya akan terus terpadam.

    [2] Pemansuhan soalan yang berkaitan dengan hafalan atau ingatan

    Pelajar-pelajar sekolah telah dipaksa untuk menghafal sejak di sekolah rendah lagi. Sebagai contoh, dalam subjek Matematik, murid-murid sekolah diwajibkan menghafal sifir 1 hingga sifir 12. Apabila mereka memasuki alam menengah, mereka terpaksa menghafal formula-formula Matematik. Apakah Malaysia ingin melahirkan warganegara yang tahu menghafal sahaja, tetapi tidak tahu konsep dan penggunaannya dalam kehidupan seharian ?.

    [3] Pemansuhan silibus / buku teks

    Tahukah anda, guru-guru sentiasa tertekan untuk menghabiskan silibus (walaupun ketika itu ramai pelajar yang masih belum faham). Silibus perlu dihabiskan dalam tempoh yang singkat (sama ada pelajar faham atau tidak faham). Guru-guru terlalu terikat pada silibus dan tidak boleh ‘melencong’ daripada apa yang ada dalam buku teks. Ini akan menjadikan otak pelajar sama seperti buku teks (tidak berkembang).

    [4] Pemansuhan penilaian secara atas kertas semata-mata

    Ramai pelajar yang aktif di padang, dalam unit beruniform, berdebat, berpantun dan lain-lain aktiviti luar kelas, tetapi semua itu seolah-olah tidak berguna kerana langsung tidak dinilai dalam peperiksaan. Seorang rakan saya pernah menghadiri satu sesi temuduga untuk satu jawatan. Si penemuduga tersebut berkata kepada rakan saya,”Saya tak mahu lihat ijazah awak, sebab semua itu hanya penilaian di atas kertas semata-mata. Saya tidak tahu sejauh mana potensi awak jika saya hanya menilai awak hanya dengan sekeping kertas sahaja. Saya cuma ingin tahu sama ada awak ada potensi atau tidak”.

    [5] Pemansuhan sistem penggal

    Ramai yang mencadangkan agar sistem semester dilaksanakan. Ini kerana tempoh ‘honeymoon’ pelajar dapat disingkatkan. Selain itu, sekiranya berlaku kegagalan kepada murid-murid Tahun 6, kegagalan tersebut pasti akan dirasai oleh semua guru. Jika sebelum ini, setiap kegagalan, yang dituding biasanya guru-guru Tahun 6 sahaja. Namun, apabila sistem mata timbunan (CGPA) dilaksanakan semua guru-guru terlibat, kerana murid-murid tersebut telah dinilai sejak Tahun 1 lagi.

    PENUTUP

    Oleh itu, sewajarnya kita semua berganding bahu, membantu Kementerian Pelajaran untuk membantu anak-anak kita berjaya pada masa hadapan. Mana-mana sistem baru pun mesti ada kelemahannya, namun, daripada tiada langsung pembaharuan, kita harus sokong kalau transformasi itu untuk generasi kita yang akan datang.

  10. ariff Avatar
    ariff

    xbleh ckap mcm 2… sistem slma 11 tahun ni la yg byak bwa org kita berjaya.. trmasuk diri kta sndiri… mgkin perbuhan pemansuhan pmr dan upsr akn mmbwa kpda plbagai perubahan pemikiran terutama kpda glgon kanak2 masa kini yg bakal mgunakan sistem ini….

  11. Orang Biasa Avatar
    Orang Biasa

    Skrg dh tiba masanya penilaian berorientasikan kebolehan individu dan bukannya sekadar peperiksaan yg guna borang OMR semata-mata. Lihatlah sekeliling kita, ramai bebudak yang tiada hala tuju kerana fokus hanya pada akademik sahaja. Sekiranya, pelajar tersebut gagal, pelajar tersebut akan hilang fokus sehinggakan seolah-olah tiada masa depan untuknya.

    Selalunya pelajar lelakilah yang perlu diberi perhatian dalam dunia pendidikan masa kini kerana merekalah yang bakal menjadi pemimpin negara. Namun begitu, sekarang ini yang ramai menuntut di universiti kebanyakannya ialah wanita. Mengapa ini berlaku ? Kerana, pelajar lelaki tidak sukakan suasana pembelajaran biasa termasuk perlu menghafal dan mengadap buku semata-mata.

    Pelajar lelaki perlu diberi peluang untuk mengemukakan idea atau pendapat yang tiada dalam buku teks kerana mereka sukakan praktikal dan tidak sukakan teori. Sistem Penilaian yang lebih adil kepada pelajar lelaki adalah perlu supaya mereka tidak terpinggir. Contohnya, berikan mereka markah sekiranya mereka berjaya menyelesaikan masalah tertentu melalui kemahiran yang telah mereka kuasai.

    Kebanyakan dari kita ramai yang mengeluh kerana sistem pendidikan kita melahirkan pelajar-pelajar yang pasif dan tiada kemahiran dalam penyelesaian masalah. Hasilnya kita akan menjana pelajar-pelajar yang tidak mampu berdikari dan tidak boleh bertindak sendirian. Apabila pelajar-pelajar menceburi bidang pekerjaan, mereka hanya tahu memberi arahan semata-mata kerana tidak tahu untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Selain itu, mereka juga dilihat tidak pandai bergaul dan hanya suka berada dalam kelompok yang sekepala sahaja dengan mereka.

    Kesimpulannya, kedua-dua peperiksaan tersebut perlu dimansuhkan segera kerana tidak membantu langsung dalam membina modal insan cemerlang.

  12. Penyanjung Ilmu Avatar
    Penyanjung Ilmu

    saya setuju dengan en. ariff.. Tgk lah sendiri student punye view ni.. dia pon terlalu berorientasikan exam.. belajar sebab nak ambik PMR.. what’s the point?
    u nak ingat formula for what? kenapa nak bazirkan ur brain capacity for remembering sumthing yang actually u can rujuk everywhere? Even waktu keje pon, everything ada manual.. kalau u kerje bidaang kritikal, most of the knowledge comes during uni time.. apa u blaja masa SPM ke PMR ke mostly akan repeat balik during Uni and with a different approach which is much better.. becoz it is not totally exam oriented.. banyak assignment u kene buat yang mostly bukan based pada buku teks. u kene wat research trhu’ internet and jurnal which will give you broader view.. kalau dari waktu persekolahan lagi kita dah dedahkan murid dengan approach macam ni, their critical thinking will developed much better..barulah value murid lebih bagus.. apa point dapat 10 A’s kalau u cume boleh jawab soklan berkaitan dengan pelajaran je tanpa boleh mengaitkan keadaan semasa?

    If we were to compare our education sistem with USA’s, student banyak diberi projek dan assignment and di asses by that.. I bet kalau budak malaysia ngan budak US or british berborak.. we can see the difference level of their intelligent. It’ll be very obvious..

    Our education system are too exam oriented.. it is time to change and En. Ariff, i am totally agree with all your points.

    To the above student, think about this issue in a broader perspective.. tunjukkan cara pemikiran yang lebih bijak, education is not evolve around exam.. Good result doesn’t means that u are educated.. think about that, dear!!!!!

    1. ariff Avatar
      ariff

      Glad to see somebody who shares the same view as mine. Yup, it is all about the brain development. Our examination system is too stale already. We need something new that might work and one of the ways is to adept what have been done in other countries.

      Thank you for your comment.

  13. from budak sekolah Avatar
    from budak sekolah

    emm. saya sbnrnyer kureng setuju…
    coz, ikutkan… kalo nk pendekkan thn belajar dri f1 tu.. mesti x dpt pick up subjek2 yg susah mcm math n science… da ting2 msih samar2 formula yg ting1 lps.. then 4 pelajar yg lemah lak, cmne? kami bkn robot yg dpt pickup sume..

    saya rasa buat masa ni… jgn mansuhkan dulu.. nk mnsuh pn slow2.. mungkin 5-10 thn lg? sbb yg f3 thn ni da confurm2 marah.. n.. kami f2 yg semangat nk buat pmr thn dpn kecewa lakk.. huhu.. anyway… think about us.. [pelajar sekolah]
    majoriti x setuju..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks for your comment.

      Entri ni bertujuan nak mintak respon daripada semua pihak, guru, ibu bapa, pelajar sekolah etc. Semua orang mempunyai pandangan berbeza terhadap isu ni, yelah kedudukan dan situasi mereka semua lain-lain. Apa-apa pun input yang diberikan ini sangat bernilai. Terima kasih.

  14. Anwar Osman Avatar
    Anwar Osman

    Saya sebenarnya sokong jugak xdak UPSR. PMR patut lupus lama dah. Tapi bagi murid sekolah rendah, sepatutnya perlu ada juga ujian, kalaupun x sepenting UPSR, ujian perlu dibuat bg mengukur kefahaman dr masa ke semasa.

    Dan saya rasa, perlu jugak pendekkan masa belajar, dan kompress subjek supaya lebih padat dan sumbat dlm kepala budak2 nie. Jenuhla anak2 aku nak blajaq nanti.

  15. boyachilles30 Avatar

    salam ariff,

    saya pun setuju dgn pemansuhan ni…patut dari dulu buat mcm ni

  16. Shahrulsite Avatar
    Shahrulsite

    PMR mungkin ok jgk kalau mansuh, tapi kalau boleh UPSR kekalkan.

  17. orics Avatar
    orics

    aku setuju ngan ko.
    ye ke bile PMR dimansuhkan pelajar akan tiada matlamat.Salah tu..Matlamat pelajar bukan ditentukan melalui peperiksaan.Peperiksaan juz sekadar nak cukup syarat je.Memang pelajar bile mase-mase begini matlamat diorang tak nampak sangat.kabur-kabur je.Tapi guru-guru kat sekolah kan ade.Kaunseling kan ade.Aku cadangkan sistem sedia ade ditukarkan dengan sistem yang macam kat universiti..So potensi pelajar tak ditentukan sepenuhnya oleh peperiksaan..Adat pelajar la kan diorang akan study bile nak dekat exam je.So pelajar-pelajar ni akan study bile exam da dekat je..Bile da abes exam sume tu diorang da tak peduli da.Melalui sistem ni potensi pelajar yang sebenarnya dapat diketahui oleh guru…

  18. muhammad fakhruddin Avatar

    Keputusan ini bukan muktamad,cuma sekadar mengumpul pandangan rakyat.

    Saya tak terkejut dengan pengumuman ini kerana memang perkara ini telah digariskan dalam Rancangan Pendidikan 2010-(dah lupa) yang saya terbaca dalam buku PTK milik ibu saya.

    Sebenarnya yang dimansuhkan ialah peperiksaan berpusat untuk PMR dan UPSR yang bakal digantikan dengan school-based assesment.Tidak timbul isu tiada langsung mekanisme penilaian untuk sekolah rendah dan menengah rendah. Kemasukan ke SBP dan MRSM seperti yang kita maklum mempunyai mekanisme tapisan tersendiri

  19. […] dan budak-budak sekolah dulu tak sebijak sekarang. Aku tertarik nak buat artikel ni bila baca blog Ariffshah yang menyentuh pasal pemansuhan UPSR dan PMR, tapi itu pandangan dia, pandangan aku lain, sebab dia […]

  20. rashid Avatar

    Hoho…keputusan pemansuhan ni bukan perkara sia-sia, perlu nasihat dari pakar-pakar kita. Mungkin boleh dimansuhkan jika peratusan pelajar cemerlang melebihi pelajar kurang cemerlang, atau mansuhkan PMR dan gantikan terus kepada SPM, dengan ini tingkatan 1, 2 dan 3 menjadi titik penting dalam hidup student. Mungkin tingkatan 1 belajar asas fizik, kimia, bio tingkatan 2 dan tiga adalah tingkatan 4 dan 5 sekarang…memang susah nak decide..

  21. hanisaleeya Avatar

    Ya! Bernas!

    UPSR sekarang makin ramai pelajar tidak ambil kisah pun. Yang kisah kakak-abang dan ibu ayah.

    SBP? Sekarang makin banyak definisi sekolah. Sekolah Kluster, Sekolah Bestari dsb.. Semua orang nak naik taraf sekolah. Siap ISO 9001:2000 lagi.

    PMR? Kalau di sekolah2 tahfiz, pelajar ambil PMR masa ting.1. SPM masa ting.3. STAM masa ting 4. STPM masa ting 5. Dalam masa singkat boleh lulus sampai 4 sijil.

    Apa yang terbaik?

    Upgrade sekolah2 luar bandar dahulu kalau nak mansuhkan UPSR dan PMR. Sekolah nis dulu cuma 2 orang yang dapat 5A masa batch nis, 5 orang dapat 4A. [ 4 daripada 7 masuk SAINSRI. nis, kawan yg dpt 5A sorang lagi dgn budak kembar bestfriend nis. ]

    50% kelulusan adalah rekod tertinggi untuk sekolah tu setakat 5 tahun pertama tu. Tahun sebelum nis peratus kelulusan cuma 20%. Mungkin ada orang kata “sekolah baru, adatlah,”. Tapi itu tak cukup baik untuk dijadikan alasan.

    Lepas 3 tahun, [masa form 3] nis keluar dari SBP, masuk sekolah yang dibuka sama tahun dgn sekolah rendah nis [tak cukup bajet nak daftar SMSM. Mahal doe.. Duit TH mampu bertahan 2 tahun je. Mungkin masih RM50 dalam tu tak bergerak..]. Tak jauh beza. Taraf pendidikan masih di takuk lama. Berbeza sangat dengan SAINSRI [Macam manalah dia nak lawan SBP, kan?].

    Pertengahan tingkatan 3 nis pindah Perak. “Ponteng” sebulan [belum dapat kelulusan sekolah]. Kemudian nis masuk satu sekolah. Yang ini lagi teruk. Pelajar2 memang teruk. Disiplin sangat kurang. Tahap pendidikan? Abaikan rekod mereka. Nis dapat 6A ciput [dengan satu T – Bahasa Arab] pun dah dikira pelajar paling pandai. Aduhai! [T_T.. Result teruk! Teruk!]

    -Catatan pelajar sekolah pedalaman-

  22. ann Avatar
    ann

    Tak semestinya masuk U akan mematangkan mereka mereka itu..

    Aku rasa lah kan, let the children enjoy their student life la dulu. Tak semua ada level IQ yang sama, kang kena yang slow mlow cam aku.. Huaaaaa mana dapat catch up. Tak pasal pasal makin banyak drop school.

    Sebelum diapplykan, baik fikir dulu. Kang tak pasal2 berulang lagi kes BI in math tu. Naya kat budak budak ni. Kejap on kejap off. On lagi. Off lagi. Ishh. Tak ke bazir da banyak sangat habis masa dan wang rakyat untuk itu.

    Afterall, dorang still kids jugak. Apa kata fikir lak camne nak buat 11 tahun yang panjang tu an exciting n memorable stage in life.. KIta pun selalu rindu zaman sekolah bukan? Well, at least for me Yes.

  23. adamfaiz Avatar

    mansuh upsr not pmr. pendekkan 1 tahun, buat semula penilaian darjah 5, syllabus review balik..esp sekolah menengah

  24. SyimaSyaz Avatar
    SyimaSyaz

    for me, upsr ok lah nak mansuh, tp bukan pmr n spm

  25. PoJiePooH Avatar

    Erm, now I can see..
    Betul gak :)

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  26. Lord Zara Avatar

    aku dulu belajar 10 tahun je~
    ^^

    sebab aku dah skip darjah 4 kan?
    hehehe~

    aku tak suka exam banyak2 sangat~ bila manusia2 yg dilahirkan adalah manusia2 exam-oriented, nak lahirkan budak2 yg mampu berfikiran kreatif & kritis sangat payah jika terlalu terikat dgn fakta.

  27. keretapi Avatar

    er. pada aku yang baru 16 tahun, tah camne aku tak setuju dengan pemansuhan PMR dan UPSR ni. memanglah kau kate sekarang budak makin pandai, IQ tinggi. tapi surprisingly, or not, tak sume camtu. kalau PMR pun masih ting tong, camne dorang nak teruskan ke SPM? nak pendekkan tempoh belajar?

    11 tahun memang lama gila, aku pun boring. tapi ada orang perlukan waktu yang lama tu utk improve. kte takleh expect smorg punye kepandaian sama, nak rush je tup tup dah masuk U. sebab ada orang yang ambik masa untuk sedar dan berubah.

    kalau tak diberi peluang, alamatnya mereka tak berkesempatanlah nak maju, kan? sort of tak adil.

    hanye 5 sen aku. ceh.

  28. Mr.Bintang Avatar

    totally agree.. hehehe… bila terkenangkan balik zaman sekolah kita dulu terasa agak memboringkan.. kalau nak dibandingkan ngan sistem pendidikan luar negara.. jauh beza.. kat luar negara misalnya.. muda² lagi dah super advanced.. tp kita? dah 20-an baru lah nak merangkak mcm diorg.. adess.. :(

    1. ampuan awang Avatar

      … aku memang tak setuju dengan cadangan itu. tersangat-sangat tak setuju. selalunya perasaan supaya ia dimansuhkan datang dari orang yang berada di bandar besar. bagaimana pula dengan orang luar bandar? yang baik, orang bandarlah yang dapat dulu; yang kurang baik; orang luar bandar meraba sampai anak cucu

  29. EV Avatar

    Pendapat masing2 lain2.Ibu aku seorang cikgu.Kebanyakan cikgu cukup tak setuju dengan pemansuhan exam sebab yang aku curik2 dengar,sebab utama tanak dimansuhkan ialah takut pelajar takde matlamat utama nak belajar.Nanti belajar memain je.
    Tuh pendapat kebayakan cikgu.Bagi aku kalau UPSR dimansuhkan aku setuju.Takde la bagi tekanan sangat untuk pelajar sekolah rendah.

  30. hudadida Avatar

    erm..tak3..bukan sume pelajar pandai..contohnye mcm adik spupu aku..skrg da darjah 6..tp buat karangan tahap darjah 3 punye..math tambah tolak pon tak lepas lagi..untuk kurangkn tempoh pembelajaran..kite bukan tgk yg paling pandai..tapi yg average..dan mgkin jugak yg lemah..aku setuju dgn ieqa..bukan la tempoh pembelajaran yg penting..itu bergantung pd pelajar tu sendiri dan cara pendekatan pembelajaran oleh cikgu..rata2 yg keluar newspaper tu pelajar cemerlang..cuba tgk pelajar yg lemah..kalo nk di ikutkan..skrg ni lebih ramai pelajar yg lemah berbanding pelajar yg pandai..=]

    1. keretapi Avatar

      setuju! takyah kate adik sepupu, kengkawan batch aku pun tak tentu (sorry kalau aku tu kasar ;D).

      ade yang masa sekolah rendah main2, tapi bila PMR wow gempak. ada yang masa PMR fail, tapi ada masa SPM masuk paper lagi. memang, sekarang rasenye banyak gila yang taktau baca, walaupun sekolah menengah. terutama kat ceruk2 kampung. aku tak rasa dorg patut dibiarkan, terkapai2 nak ikut sistem pendidikan yang laju. macam berat sebelah, yang pandai memanglah dapat kelebihan, tapi yang tak? terus ke institut kemahiran? kasi peluang dulu.

      kalau dah 11 tahun camtu gak, nasib badanlah. hoho.

  31. ieQa sWetLuv Avatar

    maaf ika x setuju dengan pendapat ariff dlm entry ini.. mungkin ada baiknya jika hendak dimansuhkan, dipendekkan masa pembelajaran, tetapi kita x boleh lihat sebelah pihak sahaja, sedangkan kita tahu kadar IQ semua pelajar di seluruh Malaysia tidak sama sebenarnya, bandar dan luar bandar, pendalaman. Tak semua murid macam Ariff.

    Jika dilihat fokus pendidikan kita pada hari ini bukan sekadar tertumpu pada IQ, tetapi juga EQ dan sahsiah (boleh rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Tetapi pembelajaran jadi membosankan apabila apa yang dipelajari hanya sekadar untuk exam semata-mata bukan untuk pengamalan dan penghayatan..Contoh macam subjek sejarah, mungkin sebahagian besar boleh dapat A1 tapi berapa ramai yang memahami sejarah negara kita hari ini?

    bagi pendapat ika, panjang pendek masa pembelajaran, atau peperiksaan dimansuhkan tidak sepatutnya dipersoalkan tetapi kualiti perlaksanaan sistem pembelajaran negara kita ini perlu berubah. Sistem peperiksaan perlulah di’upgrade’, dinamik dan disesuaikan mengikut perkembangan semasa secara holistik dan berperingkat kepada semua murid bukan secara bidan terjun sepertimana yang telah berlaku dalam PPSMI. Negara kita banyak sangat plan tapi perlaksanaannya.. entahlah.

    (ooppss terpenjang lak komen kat sini )

  32. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Bagi aku, yg penting adalah lepas habis sekolah umur 17 tahun, dah boleh masuk universiti pada umur 18 tahun. Kalau boleh pendekkan 1,2 tahun, lagi bagus. Proses pembelajaran di universiti adalah paling penting. Lepas itu, dah boleh memulakan kerjaya masing-masing.

    Kita patut diberi peluang memulakan kerjaya pada umur yg lebih muda. Alam pekerjaan nanti berbeza dengan alam pembelajaran di sekolah. Rugi je masa muda dihabiskan bertahun-tahun belajar teori tanpa praktikal. Mansuhkan exam oriented education system.

  33. Hazzy Avatar

    Assalammualaikum,

    memendekkan sistem pembelajaran di sekolah ada relevannya. kalau ikutkan, pelajar sekarang dah setanding dengan guru. malah kerajaan sedang mengkaji cadangan mewajibkan subjek Bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.