Pinjaman Mikro Mudah Dengan Doctor Ringgit

Reading Time: 3 minutes

Ada kalanya dalam hidup ni kita berhadapan dengan situasi di mana kita memerlukan wang tunai dengan cepat, Tak kisahlah samada ianya untuk kecemasan atau untuk mengejar peluang keemasan dalam pelaburan.

Kadang-kadang kita bukan tak ada duit, tapi mungkin wang tunai tersangkut di mana-mana. Contoh macam saya yang sedang dalam proses penjualan rumah pertama saya. Dah 6 bulan proses urusan pindahmilik ni berlaku dan saya masih lagi belum dapat wang tunai hasil keuntungan daripada jualan rumah tersebut.

Dalam keadaan begini, kemudahan pinjaman mikro daripada Doctor Ringgit sangat membantu saya untuk mengejar apa-apa peluang pelaburan lain sekiranya ada kalau saya tak cukup dana untuk tujuan tersebut.

Ok. Doctor Ringgit ni macam mana?

doctor-ringgit

Doctor Ringgit ni adalah syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang menyediakan kemudahan pinjaman mikro kepada pelanggannya. Jangan harap nak dapatkan pinjaman yang tinggi sampai berpuluh-puluh ribu dengan Doctor Ringgit. Pinjaman mudah ini hanya untuk sesiapa yang nak selesaikan bayaran tunggakan bil-bil, yuran tuisyen, “emergency payment” untuk membaiki motor/kereta dan apa-apa saja keperluan yang lain…

Apa yang dimaksudkan dengan pinjaman mikro adalah jumlah pinjaman yang kecil sahaja, iaitu sehingga RM5,000. Tempoh pinjaman maksima hanya 30 hari, tetapi, jika kadang-kadang dompet kita “tight”, boleh request pemanjangan pinjaman, seperti bayaran “minimum payment” untuk kad kredit. Dengan membayar bayaran minima setiap bulan, dalam masa 12 bulan, pinjaman anda akan habis dibayar.

Kadar keuntungan adalah 1.5% sebulan manakala caj-caj lain yang dikenakan untuk melaksanakan back-ground check, pemprosesan dan menyediakan “legal documents”.

Apa yang saya suka tentang Doctor Ringgit ini adalah betapa mudahnya urusan untuk dapatkan pinjaman tersebut. Langkah-langkahnya lebih kurang macam ni:

1. Log in ke laman web DoctorRinggit.my. Masukkan maklumat anda dan berapa pinjaman diperlukan dan tempoh pinjaman.

doctor-ringgit-1

2. Anda akan dihubungi untuk tujuan pengesahan maklumat dan penjelasan lanjut tentang pinjaman yang dibuat. Kalau tak faham apa-apa kat sini, mesti tanya.

3. Maklumat anda akan disahkan oleh syarikat. Of course, mereka akan buat background check. Kata Doctor Ringgit, kalau ada masalah PTPTN, CCRIS atau BLACKLIST pun boleh lepas, tapi rekod tu, janganlah teruk sangat la.

4. Sekiranya lulus, pihak Doctor Ringgit akan menghubungi anda untuk menandatangani surat perjanjian pinjaman.

5. Selepas surat perjanjian ditandatangani, pinjaman akan dimasukkan ke dalam akaun anda dalam tempoh 24 jam. Kalau guna akaun Maybank, lagi pantas pinjaman akan berada di tangan anda.

6. Anda bayar mengikut jadual dan terma yang telah ditetapkan.

Sebab perkhidmatan ni online, anda boleh apply bila-bila masa sahaja. Open 24/7. Sangat mudah berbanding kalau pergi bank. Tak payah beratur, tak payah isi borang panjang-panjang. First time saya jumpa perkhidmatan macam ni untuk pasaran Malaysia.

Pada pendapat saya, perkhidmatan seperti ini bagus untuk mereka yang memerlukan dan mempunyai kapasiti untuk membayar balik. Jadi jangan gatal-gatal buat pinjaman dengan Doctor Ringgit atau daripada sesiapa sahaja kalau anda rasa anda tak mampu untuk membayar kembali pinjaman tersebut.

Terdapat banyak kemudahan kewangan yang ada dalam pasaran. Nothing wrong using it as long as we follow the rules kan. Doctor Ringgit do infact provide loans to customers with PTPTN, CCRIS and BLACKLIST problems. Where else can they find loans for emergency? It’s better to loan from Doctor Ringgit or any reputable licensed moneylender than going to the “Ah Longs”…

Kepada yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut, boleh lawat laman web Doctor Ringgit sekarang. Boleh consider gunakan perkhidmatan mereka sekiranya diperlukan bila-bila nanti.


Posted

in

by

Comments

7 responses to “Pinjaman Mikro Mudah Dengan Doctor Ringgit”

  1. Ilham Avatar

    makin mudah saja ya untuk mendapatkan pinjaman

  2. sitifaezamn Avatar
    sitifaezamn

    Baik buruk bergantung pada orang yang menggunakannya. Perkhidmatan disediakan, terpulang jika nak memilih. Jangan gali lubang tutup lubang je. Plan hidup betul-betul.

  3. ewan Avatar

    makin mudah nak berhutang nampaknya.

    1. Ariff Avatar

      Berhutang tak salah kalau mampu bayar penuh on-time

  4. Ummar Farouk Avatar

    Nak bayar balik pun perlu target untuk dapat secara ‘up’ untung dlm pelaburan, baru cukup untuk bayar balik. Kalau tak cukup, duit gaji pun tak mampu nak cover untuk bayar hutang kalau pilih option bayar mengikut hari.

  5. siti hazreen Avatar

    baguslah dia buat pinjaman rm5k kena bayar 30 hari…ok bagi yang ada kemampuan byr balik dengan cepat

    1. wan hafiz Avatar

      jenuh jugak nak bayar ni. dunia online, ada byk cara nak buat duit. asal ada paypal account, dh boleh dh.