Pilihanraya Kecil (PRK) Sibu Belum Start Lagi tapi Undian Sudah Bermula

Reading Time: < 1 minute

Salam sejahtera,

Pilihanraya kecil Sibu akan berlangsung pada 16 Mei ni, penamaan calon pula pada 6 Mei tapi sekarang ni orang dah mula rancak mengundi. Ya, entri ni takde kaitan sangat dengan pilihanraya kecil yang akan berlangsung sebab aku tau pembaca aku semua kurang berminat dengan politik. Oleh itu lagi baik kita fokus pada hal berkaitan blogger.. betul tak?

Pertama sekali nak bagitau undian untuk entri popular pertandingan Tulis & Menang dah start. Jadi wahai peserta-peserta yang tersayang, pergi jemput semua yang korang kenal tak kira walau di mana mereka ada untuk mengundi entri korang. Pemenang entri paling popular akan mendapat imbuhan sebanyak RM20. [Klik sini untuk mengundi]

Selain daripada itu, aku memerlukan vote korang gak untuk pertandingan ‘BOH’ 1Ummph 1Smile 1Malaysia. Senang je pertandingan ni sebenarnya, korang cuma perlu upload gambar senyuman korang yang paling menawan. Kira kasi gambar yang memang kalau hakim tu tengok sekali je dah suka. Aku tak reti la nak posing2 depan kamera ni tapi hari tu member ada tangkap gambar baikk punya dan aku rasa gambar tu ok kot nak masuk bertanding. Boleh la kan.. aku rasa gambar lain lagi power2. Jadi korang tolong vote ok! Boleh vote tiap2 hari. Tolong tau! .. dan terima kasih banyak-banyak.

P/s: Untuk competition BOH tu semua orang boleh vote, takde hal punya asalkan orang tu ada akaun Facebook. Jadi pengundi hantu tak wujud la kat sini. hehe.. semua pengundi yang sah.


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Pilihanraya Kecil (PRK) Sibu Belum Start Lagi tapi Undian Sudah Bermula”

  1. Azizuan Avatar

    good luck la BOH tuh..member aku da gak join..pompuan
    .-= Cerita terbaru Azizuan.. Aku Benci Pop-Up Ads, Menyemakkan Monitor! =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Hm.. Macam mustahil je menang. Lepas tu kalau menang tikiet semua kena tanggung sendiri. Tak mampu gue.. Kalau dapat grand prize tu lain la..

  2. mokteh Avatar
    mokteh

    adeh..banyak nya entri aku terlepas setelah beberapa hari tak online

    erk…aku contest2 yang kena upload gambar ni memang payah sket la nak join
    segan kot
    hahaha
    .-= Cerita terbaru mokteh.. Finally at Home: Home Sweet Home! =-.

  3. JAI Avatar

    Laa..ni undi Piliharaya Kecil untuk DUN kawasan cameroon highland kerr..hehehe…apa2 1 vote dari gua..gud luck
    .-= Cerita terbaru JAI.. ALEXA AKU AKHIRNYA… =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thanks a lot Jai!

  4. Wan Perlis Avatar
    Wan Perlis

    tulis dan menang ariffshah vote for wan perlis. hehe
    .-= Cerita terbaru Wan Perlis.. Soaljawab bersama Wan Perlis =-.

  5. alik166 Avatar

    UMCO untuk 1 Malaysia
    .-= Cerita terbaru alik166.. BN lebih berliku selepas Hulu Selangor =-.

  6. fatimah samsuddin Avatar
    fatimah samsuddin

    haha.. title tu mmg mcm nk provoke org..
    .-= Cerita terbaru fatimah samsuddin.. Sentuh Babi dan Anjing.. Haramkah??? =-.

  7. Syafrizal Avatar

    Wah.. senyum lebar. Confirm dapat undian punya hehe.
    .-= Cerita terbaru Syafrizal.. Promosi blog anda di Facebook dengan NetworkedBlogs =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Harap2 camtu la

  8. Zaki Helmi Avatar
    Zaki Helmi

    Mula2 tu memang aku ingat ko betul2 tulis pasal politik. ceh. Aku kalau nak masuk pertandingan senyum BOH tu mmg tak dapat la, mmg susah nk senyum tambah2 dalam gambar.

    Ko memang bijak meraih undi peminat2 perempuan yg baca blog ko. Tambah2 kalau golongan stalker tegar. Bak kata orang2 tua, pandai jugak ko “berpolitik”.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Apa ko fikir aku senang ke nak senyum2 depan kamera ni? Tu pun nasib baik je..

      Hehe.. Kadang2 kena pandai berpolitik walaupun tak minat politik negara

  9. Lord Zara Avatar

    hehehe.
    Ariff masuk senyuman menawan tu ke?
    insyaALLAH nanti aku vote. =)
    dan ya, aku juga malas nak menulis tentang kancah politik disebabkan aku pegawai awam kerajaan (baca : guru) dan menulis tentang politik tak sesuai dgn aku~

    banyak sangat muslihat~
    .-= Cerita terbaru Lord Zara.. Langit Percikan Warna Jiwa : Adakah Kau Memandang Langit Yang Sama Dengan Aku? =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Thank you sebab sudi vote ^^
      Tapi macam susah je nak menang.. tapi vote gak la..

  10. MyFunDarkSide Avatar

    Bukan tak minat politik la, trade, business, inflation, vacation timing, education, semua pun guna indicator dari kestabilan politik gak. Tapi kes politik yang tak releven eg: kes tuduh-menuduh, minum arak, berfoya-foya. Tu semua bukan politik, tu kes keruntuhan akhlak orang dewasa.
    .-= Cerita terbaru MyFunDarkSide.. Fever by Bullet For My Valentine Band =-.

    1. ariff Avatar
      ariff

      Betul2. Tu yang buat aku tak minat ngan politik kita ni. Diorang sume nak main personal mistakes je.. susah. Padahal benda besar2 macam rasuah tu semua sapu bawah karpet je.