Pictures in My Life (Part 2)

Reading Time: < 1 minute

Hari tu pergi klinik, demam rindu mengada saja nak ponteng kelas hari Jumaat. Climbing wall ni terpacak kat depan klinik. Hostel student Russia dekat area tu jer, so petang-petang adelah kot orang yang memanjat-manjat. Kena panjat terbalik kot. Mencabar habis. Bukan untuk amatur ni. Eny, ko boleh tak panjat nih?

fuh.. ni kad rekod kesihatan aku la. Dari second year guna kad ni (mana hilang kad yang masa first year.. ntah la). Tiap-tiap tahun kena buat medical check up dan xray. Kalau tengok kat atas penjuru belah kanan, ada tulis CCCP 04.10.80. Giler apa orang Russia nih. Dah tukar sistem politik pun masih lagi guna kad format Soviet Union. Tak taulah tahun bila diorang cetak kad nih, yang pasti mesti sebelum tahun 1991 (tahun Soviet Union dibubarkan). Orang Russia suka guna barang lama..

Oh.. aku suka. Langit biru camni biasanya musim bunga dan musim panas jer ada. Cantik. Tapikan walaupun tengok je cerah macam ni, ada cahaya matahari dan nampak tenang jer, sebenarnya dah 7 darjah Celcius kat sini. Sejuk giler kot. Menggigil beb..

Ni hari tu ada hari apa entah, kawan kaki DSLR ajak pegi tembak-tembak sebab hari tu sepatutnya boleh nampak bulan paling cerah kat kawasan Moscow. Fenomena ni berlaku 20 tahun sekali. Ni diorang cakap lah, aku ikut jer. Sampai kat padang, tak nampak bulan pun sebab hari tu awan banyak. Jadi tangkap gambar sunset jelah.

Gambar semak samun ni.. aku tak tau la kenapa aku semacam tertarik kat gambar nih. Letak je la..

2010/2011 Premium Sponsor


Posted

in

by

Comments

25 responses to “Pictures in My Life (Part 2)”

  1. denaihati Avatar

    Sebab tu aku suka mengembara di atas muka bumi melihat keindahan alam ni…memang best lah gambar2 ni..teringin pulak aku menjejaki Russia ni.

  2. esyam Avatar

    nice pic dude, kipidap!!…………

  3. mijie Avatar

    semua gambar tu cun

    maknanya birthday bro esok la yer, 04 oktober 1980, hehehe

  4. nur hidayah Avatar

    gamba sunset tu cun….

  5. eyra Avatar

    dua gambar terakhir. cantik

  6. L.Y.N.N Avatar

    all pics sgt cntik!
    emm..btol la kan..russia mmg appreciate brg2 lama nih..
    contohnya:::penggunaan papan hitam time lecture..=)

  7. Pejuang Kesenian Extreme Avatar

    Ariff.,ada persoalan didalam kepala ni pasal dari dulu lagi teringin nak tanye tapi x berkesempatan..

    Ariff paham ke tulisan kat kad kesihatan tu..

    1. ariff Avatar
      ariff

      faham ler. haha. study semua hadap benda tu tiap2 hari

  8. cahaya Avatar

    wahh..cantik..romantik je sunset tu…;p

  9. hafizkhazali Avatar

    gambar sunset tu cantik

  10. azurie_zue Avatar
    azurie_zue

    nice landscape pictures..

  11. landax suparman Avatar

    perrghh…pelik la tulisan russia tu..huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      Tulisan purba. Hahaha~

  12. emysahaja Avatar

    wahhhh,
    nice one bro!
    pndai tgkp gmbr eyk? ehe, gna nikon pe bro?

  13. idasm Avatar

    semuanya cantik2…

    demam rindu dah baik ke… hehehe..

  14. Lord Zara Avatar

    Depan klinik ada wall climbing?
    Woot!

    Satu2nya pusat kesihatan yg dekat dengan kayak, wall climbing, abseiling adalah Pusat Kesihatan UTM. Oho, teringat zaman belajar dahulu. Bahagia.. :)

    Kalau pergi Pusat Kesihatan, scan saja Kad Matrik. Wohoo~
    :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kawasan hostel budak Russia tu semuanya ada. Klinik, dewan, court basket.

      Kena tempat aku, semua ada gak tapi kena bayar la.

  15. arrizz Avatar
    arrizz

    waa nice2..dslr? still cant afford one..jeles tgk orang tembak2 nie,hehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      Kadang2 tengok orang menembak memang mengujakan tapi bila dah ada dslr sendiri, dah tak tau nak buat apa.

  16. abangensem Avatar

    Nice Shot Bro..

  17. afiq aiman Avatar
    afiq aiman

    wah pandai gak ko amik gambar ye ariff…nanti bolah la buat photoblog pulak…aku nak beli dslr tak mampu lg ni…kalau tak, selalu la p tembak menembak ni

    1. ariff Avatar
      ariff

      Takdelah hebat sangat sampai nak buat photoblog. Buat kena gelak jer..