Dah dua kali ada pesta durian kat ofis. Kali pertama ada ofismate belanja, kali kedua.. entah. Ada orang bagi. Tau-tau diorang panggil ke bawah suruh makan durian. Siap bagi bawak balik lagi tapi sebab naik Duke, memang mustahil la nak bawa durian tu atas motor kan..
Rugi la orang yang tak reti makan durian ni. Orang cakap, kurang satu nikmat dunia.
Sekarang popular dengan bendalah ‘durian crepe’ ni. Ape benda entah tu.. Tak pernah try lagi. Sebut pun tak reti. Macam mana nak sebut crepe tu? Adakah bunyinya ‘krip’ atau ‘krepe’? Buat apa kasi nama susah-susah?
Masih berpendapat makan durian dalam bentuknya yang original adalah yang terbaik. Kalau dah diproses ke dalam bentuk lain, memang saya takkan sentuh.


Comments
34 responses to “Pesta Durian”
best mkn durian yg original. nk2 durian ‘kucing tido’. Haha.
sudah lama saya tidak makan durian….
Rindu Malaysia!
wah .. ingin ke malaysia makan durian
Wahh penuh satu bonet kereta?memang berpesta makan durian ni..haha
bru mgu lpas klab kteowg wt pesta durian kt klej… meriah sgt coz mkn smbil m’derma ntok plstin….
Alhamdulillah. Usaha yang sangat murni
makan durian crepe sama jer rasa cam mkn durian betul bro. sbb isinya pun durian. kesedapan crepe juga bergantung kpd kesedapan durian. kalau inti crepe adalah durian D24 or musang king maka secara otomatik durian crepe akan menjadi sedap. hehehe
Nanti kena try sendiri baru tau macam mana
banyaknya durian belakang bonet kereta.. harap ada durian di kampung krismas nanti
Tidak bimbang sangat buah durian kerana pokok yang saya tanam dan siram bersama arwah bapa saya sudah membuahkan hasil. Hanya perlu tunggu gugur sahaja, kopek dan makan.:-)
gua lebih suka original. lebih nikmat sambil menjilat jari sendiri. haha..
Baru beberapa minggu lepas berpesta durian di teambuilding..memang bestt…Durian crepe pun for me,met my expectation…..
Durian…my fav. buah.
15-16 nih ada pesta durian kat restoran jejantas sg. buloh (arah utara). Start pukul 11.00 pagi. Hanya RM12.00…mkn sampai puas ☺☺
kalau free, lazat nya berganda ganda. haha
huh musim skrg ni lagi2 durian crepe…mana2 org dok cari
Pergh..murah rezeki tu….
Salam Ariff…
Semalam ada ofismate Sis bawa lempok durian… First time dengar and Sis tak sentuh pun sebab lebih suka durian yang original… Even keropok durian pun Sis tak pernah makan… Hehe! (^_____^)V
Pengat durian yumssss!!! Cicah roti. Ok fine. dah teringin.-___-“
Mengidam nampak cik Julia. Dah berisi? HAHAHA
Haha.. memang cepat tu kalau dah
Mujurlah di Maghribi ni tiada durian, kalau tak, memang tiap-tiap hari la bau durian. Saya antara peminat tegar durian. :)
Yang ori lagi best…klu dah proses tak sama mcm ori..
betul tu bro, saya sendiri suka gila makan buah durian ni tapi bila part tempoyak memang takkan sentuh.. euwww
Boleh pening makan durian….
oh maiii
feveret!
crepe durian? mcm lempeng la dlm tu depa isi durian original. my friend jual 6pcs /rm10. every 1pc sama besar mcm size i-phone la.. kalau saya, tak larat dah nak makan durian, dr kecik.la ni klu musim durian tgk aje ayah &anak nye makan.ma tukang beli..but yess…sgt kesian klu ada org tak suka durian smpi muntah2…hehehh
kena dengan pulut+ santan+gula pulak…peh nikmat
jom layan durian buffet kt PJ nak?
wah. nak open table ke? Boleh ajak AE sekali
Makan durian ke mamat tu.. hehehe
makan durian memang satu nikmat yang tiada tolok bandingnya..rugi siapa yang cakap durian tu busuk..hehehe
…sama! Pnh nk bt durian crepe tp kan durian yg dbeli tu x pnh ada balance hihi camne nk buat huhu
Dah try durian crepe.. rasanya..hmmphh durian ori lagi sedap.
Durian sedap dimakan begitu sahaja.
Yes! Ori la terbaik!