Rasanya ramai yang tak perasan tentang pertandingan ini. Sempena bulan kemerdekaan (jangan ingat nak raya je..) kumpulan Utusan menganjurkan pertandingan menghias laman web/blog dengan Jalur Gemilang yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM7500.
Oleh itu aku ingin mengajak rakan blogger semua untuk menyertai pertandingan ini. Caranya sangat mudah. Hias je blog dengan Jalur Germilang, tak kisahlah banner besar/kecil dan hantarkan screenshot blog dan ini borang penyertaan di sini.
Blog yang dihantar untuk bertanding adalah bebas, bermaksud apa jenis blog dalam apa jua bahasa boleh diterima asalkan ia dimiliki oleh rakyat Malaysia (penduduk tetap tak boleh). Dari segi hosting pun bebas, tak kisah samada guna hosting dalam negara atau luar negara dan takde sekatan untuk blog yang menggunakan domain sendiri atau Blogspot.
Jadi join sekarang! Takde apa yang nak dimalukan dengan semangat patriotik dalam diri kita. Aku dalam proses untuk mencari designer buatkan banner untuk blog ni. hehe.. Nak buat sendiri memang tak jadi nanti. Kepada freelance designer di luar tu, time nilah nak contribute design banner kemerdekaan percuma untuk blog lain gunakan.
Hadiah untuk pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
- Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
- Hadiah ketiga: Wang tunai sebanyak RM1,000
- Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang
Sebarkan tentang pertandingan ni dan ajak rakan blogger lain join sekali.
Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

Comments
38 responses to “Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan”
merana juga kalau nak edit balik, tapi hadiah tu memang berbaloi
boleh juga join nih..
sangat menarik, tapi i’m kind of newbie..design2 ni mmg hampeh sket…hoh0ho
nampaknya kena godek CSS secemerlang mungkin..muahahaa..patut ar aku tengok ada yang letak bendera Malaysia..hehehe..sape yg pandai design theme tu best le..leh wat custom theme sendiri sempena merdeka..:D
saya dah join :) tengok meriah kan blog saya merah , biru , kuning , putih … tarikh tutup tk de lak
Best ni
wajib join
Assalam….terima kasih ariff…besh gak join nie…tapi tarikh tamatnya bile tuu?
tarikh tamat dia tak jumpa lak, tapi mungkin 16 sept nanti
naiss competition
Salam, maaf menganggu…. saya nak menjemput awak ke segmen sya iaitu Segmen : Promosi blog Secara Percuma…..Saya nak cari otai-otai blogger untuk blogger baru dan blogger yang boleh di katakan popular…..Kalau sudi, kunjung lah di
http://cayob.blogspot.com/2011/08/segmen-c-ayob-promosi-blog-secara.html
Insy Allah, sedikit sebanyak dengan ada blogger awak dapat mengeratkan antara blogger baru dan lama, dan tunjuk ajar dari blogger otai.
peh.. mase ni geng2 grafik designer konfem tonjol abes sume skill.
macam best je, try join huhu :)
blogger anti-utusan mesti nak cari poin nak hentam balik kempen ni…
aku cukup anti dgn org yg tak reti nak beza politik dgn semangat kenegaraan..
Kelakar. Wujud gak golongan macam ni. Kalau diorang cari poin nak hentam gak, tak taulah apa nak dikata..
blogger dah semakin dpt perhatian ar… cool..~~
Nak join :)
sila join. All the best!
Cun nih!..
Esok start make up banner 1 Malaysia =)
nak joinnnnn!
+ 1 yeay!
aku nak offer diri, tapi tak tau la kalau ko berminat ke tak. hehe
boikot utusan!
hehe..
Agak-agak blogger yang boikot Utusan Malaysia join tak?
ps: sekadar bertanya. hadiah lumayan tu. =)
haha.. no point boikot2 ni. Join atas semangat bulan kemerdekaan. Kalau tak, haram nak ada bendera dalam blog sendiri
ni yg rasa smgt nk kemaskan blog dan hias jalur gemilang byk2 ni. hehe
best…mesti join
Cukup menarik ni.. Blogger yg pandai design mesti suka ni.. :)
bookmark page ini utk rujukan buat entry join contest ini..
nak join… thanks ariff…
Satu cara terbaru disebabkan dunia blog dah macam trend bagi remaja jadi ini cara yang bagus untuk memupuk semangat patriotik mereka.
Menarikkkk + + + +
Best!Unik dan pertama kali dengar!
sila join. Kalau blog dah memang kemas, macam senang je nak menang.
haih.. ni yang rasa tercabar jugak ni. tapi tak tahu la ade masa ke tak. haha.
Untuk pro macam bro, kejap je boleh siap. You can nail this competition.
Tapi kan,ermmm,screenshot.Kalau grafik gerak2 cengggana?
wow… nak join!!! hahaha…