Entri Tutorial Pertama di Mata Dunia

Kali pertama tutorial saya diterbitkan secara rasmi di WP Tuts. Laman WP Tuts ni adalah cabang rangkaian Tutsplus yang menyediakan tutorial serta berita berkaitan WordPress.

Di bawah rangkaian Tutsplus juga terdapat pelbagai lagi laman tutorial seperti Psd Tuts (Photoshop), Net Tuts dan macam-macam lagi. Rangkaian ini dimiliki oleh syarikat Envato yang merupakan pemilik Envato Marketplace.

Di Envato Marketplace, independent theme developer boleh merekabentuk theme dan menjualnya di situ. Impian saya adalah untuk menghasilkan produk yang boleh dipasarkan di situ suatu hari nanti. Earning dalam USD beb..

Link

Mula-mula dulu agak ragu-ragu dengan kebolehan diri sendiri, tapi idea yang original (walaupun ‘inspired’) diterima oleh editor di WP Tuts. Tutorial perlulah ditulis lengkap terlebih dahulu dan dihantar untuk review. Kemudian editor mereka akan memberi jawapan samada diterima atau tidak.

Takut jugak sebenarnya. Yelah, ni first time saya, entri berbayar dan akan dibaca oleh crowd yang lebih besar. Kalau menulis dalam blog sendiri boleh la, kita adalah jaguh kampung dan big boss tapi bila masuk kampung orang, memang gentarlah jugak. Alhamdulillah, semuanya ok!

Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dengan +1/RT/Like di entri tersebut. Lega sikit. Ingatkan orang tak suka.. Sebenarnya ada lagi satu, format yang lain daripada yang lain. Harap mereka terima. Doakan supaya entri kedua saya juga diterima, ok?

Seperti yang saya janjikan, tutorial “Mashable-Inspired” Sidebar Social Widget untuk Blogger/Blogspot akan diterbitkan dalam Bahasa Malaysia di blog Denaihati tak lama lagi. Agak sibuk sekarang tapi saya cuba.

Minggu ni ada beberapa entri contest akan naik. Juga lain daripada yang lain sebab saya memang target nak menang. Harap dapatlah.

Juga… akibat daripada kesilapan teknikal, blog terpaksa di backup kepada versi 11 November. Jadi ada entri, komen dan reply saya yang dah hilang :( Kesulitan amat dikesali. Dont worry, saya dah baca semua komen dan ada yang dah dibalas (sebelum restore).

Semoga minggu ni berjalan lancar.


Posted

in

by

Comments

41 responses to “Entri Tutorial Pertama di Mata Dunia”

  1. Anarm Avatar

    perghh!! hebat siot.. bang.. ajar CSS bang.. nak belajar ni.. hehe.. good job bro.. hasil tulisan masuk tutsplus tu.. bukan calang2 orang nih.. semoga tercapai impian nak menghasilkan produk yang boleh dipasarkan di situ suatu hari nanti.. earning dalam USD… memang masyuukkkk~

  2. Izwan Avatar

    dah plan2 nak tanya kat twitter camane nak buat social box tu.. tiba2 nampak post WPTuts kat page Fokus Blogger.. thanks for that bro..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bagis2. Harap menjadi la..

  3. syahrilhafiz Avatar

    wah wah, aku pun tak try lagi tutor ko tu. btw congratz ye ariff
    memang tut yang paling mudah nak fahami..

  4. Pacifista Avatar

    berapa diorang bayar bro? hehe… :D
    aku ada cuba tutorial lain tapi susah pulak nak faham.balik nanti kang aku terjah tutorial ko nanti :D

  5. liputanmadura Avatar

    kalau dah kaya, jangan lupa berbagi :-) salam dari blogger Madura Island Indonesia

  6. namaakulynn Avatar

    big congratz ariffshah! selamat maju jaya and yes,semoga jenama ariffshah semakin suksess! :)

  7. Ekspresi Ruang Avatar

    tahniah. tumpang bangga anak melayu terpilih dalam network global :)

  8. zuls Avatar

    power ni. Tahniah.

  9. Sya Isya Avatar

    Semakin melangkah maju ke hadapan. Tahniah, Ariff. Keep it up, InsyaAllah, yang kedua pun akan approve dengan mudahnya :D

  10. muhammad fakhruddin Avatar

    Tahniah bro. Orang kita kata ‘worth trying’. Cuma tumpang tanya, kalau nak tambah kod untuk Google Friend’s Connect atau email subscription 3rd pary yg lain bagaimana ya?

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      yang tu kena deeply edit balik semua tu. Untuk Friend connect dah try, agak rumit sebab tak banyak resource pasal nak edit maklumat google friend connect tu.

      Subscriiption third party mungkin boleh. Tukarkan aje link kat feedburner dengan link yang bagi fungsi sama.

      1. muhammad fakhruddin Avatar

        Takper bro, baru baca blog Amanz.my Google nak tutup Friend Connect

  11. afiqaiman Avatar

    berapa yang diorg bayar tu hehe. boleh cuba di hongkiat pulak. mantap jugak tu. mana tau mudah la sebab sama2 Malaysian hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bayar berapa? Rahsia… Hong Kiat not bad gak. Nanti try

  12. b3njy Avatar

    Wow ! cayalah Broo … menghasilkan satu produk penulisan lepas tu diterima memang satu kepuasan cam menulis blog. Tetapi kalau dah tahap global dan bayaran USD itu jauh dari bagus dari jaguh kampung. B3njy tertarik juga benda ni dan b3njy pun ada cita2 cam Brooo juga satu hari nanti (b3njy, kalau cita2 je tapi tak buat baik tak payah) .. harap tuan ariffshah dapat memberi tip di masa akan datang. terima kasih.

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Kalau ada tips, memang akan dikongsikan =)

  13. Lizz Avatar

    hebat kau Ariff!! tahniah ar, aku nak join pun tak boleh sebab tak ada bakat dalam tu.wahahaha!! aku reti menulis je

    1. b3njy Avatar

      Samalah kita … kini nak menentut bakat tuan ariff ni … hehehe

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      Thanks Lizz. Mungkin ko boleh tulis buku nanti =)

  14. azrijohan Avatar

    Tahniah ariff, ingatkan blog kamu aritu..hehehe

    btw,tutorial tu memang banyak membantu
    boleh tengok blog saya…dah ada dah widget tu..hehe

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Bagus2. Aku takut orang buat tak jadi je.. Kalau ramai buat dan menjadi, lega la jugak

  15. Sobri Mansor Avatar

    Pernah baca entri Arifshah kat sana. Masa tu saya buta lagi pasal blog nih…. Memang betul-betul membantu entri tersebut. TQ

    1. b3njy Avatar

      Betul ke Broo … rasa nak terjah juga ke sana nanti …

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      You’re welcome

  16. NIK Avatar
    NIK

    tahniah ariffshah!semoga lebih maju ke depan lepas ni!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      thanks Nik!

  17. zulkbo Avatar

    salam..
    ermm..mantop tu Bro
    TAHNIAH..semakin maju
    ke hadapan

    1. b3njy Avatar

      B3njy pun ucap tahniah pada ariff juga …

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      THanks zul!

  18. Shahrul Avatar

    peh…bes dapat keluar kat WP Tuts, tahniah

    1. b3njy Avatar

      Betul tu … b3njy pun sedar ariff tu sabar dan berusaha 101% tu kerana ariff percaya bukan senag nak senang bukan susah nak susah … susah lagi nak mengorat Dato’ Siti tu …

  19. ejam Avatar

    wow semakin hebat ariff ni, kini dh masuk ke arena tutorial pula..
    semoga jenama ariffshah ini akan terus berkembang lagi dan memberikan pulangan yg lumayan.

    1. b3njy Avatar

      nanti bolehlah ariff bantu2 blogger lain yer dok ?

    2. Ariff Avatar
      Ariff

      hehe.. jenama eh. Ada kot sikit2. Kalau dapat kerja depan laptop je sedap gak.

  20. CMRatu Avatar

    Tahniah, ariffshah memang hebat..

    1. b3njy Avatar

      Mungkin kita boleh meniru skillnya sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit …

  21. cikgu naman Avatar

    terbaik..tahniah ariff!

    tumpang bangga..mana tahu lama² nanti jadi kebanggaaan negara ‘;)

    1. b3njy Avatar

      Yer betul tu mula2 jadi kebangaan Blogger lepas tu jadi kebangaan Negara pula.

  22. Lord Zara Avatar

    Tahniah Ariff.
    Consider ini sebagai satu kejayaan yang menarik ni.
    =)

    1. b3njy Avatar

      Betul tu ia akan menjadi pendorong kepada blogger yang lain untuk terus maju juga.