
Cerita malam tadi. Saya siap main Skype masa tengok movie
Sesiapa yang mengenali saya dengan rapat tahu bahawa saya langsung tidak menonton filem Melayu. Mat saleh much? Tak semestinya. Mungkin sebab genre yang dibawakan dalam semua filem Melayu adalah:
- Cakupan idea daripada filem antarabangsa yang lain
- Terlalu simple
Saya juga berpendapat kebanyakan/hampir semua filem Melayu mementingkan cerita dan gelagat dalam setiap babak berbanding filem daripada Hollywood yang lebih mementingkan jalan cerita keseluruhan filem mereka. Senang cerita, saya suka filem yang membuat saya berfikir dan ada twist tersendiri.
Dari segi pelakon yang saya nampak dalam kebanyakan filem Melayu, mesti ada pelakon perempuan yang gedik dan berlakon gedik. Faham tak? Benda ni boleh dilihat dalam hampir semua filem Melayu.
Kegedikan atau dalam bahasa sopannya, manja yang berlebih-lebih ni rasanya takdelah kita nampak dalam kehidupan seharian, tapi kenapa bila dalam filem, faktor ni melebih-lebih pula?
Ada orang memang tak boleh menerima hiburan yang berasaskan Melayu ni. Saya adalah salah seorang daripadanya. Ini bukan kutukan, hinaan atau apa-apa yang sewaktu dengannya tetapi hanyalah pilihan peribadi saya. Sama juga macam blog, ada blog yang anda boleh baca, ada blog yang anda tak minat langsung nak baca. Harap tiada peminat filem Melayu yang panas dengan entri ini.
P/s: Ini bukan review filem yang saya tonton malam tadi.
43 Comments
Ekspresi Ruang
15 May, 2012 at 10:37 amdah lama tak nonton filem.
rsnya dh dkt 2 tahun.
lps dpt anak ni mmg lg la ssh nk tgk filem.
Zida
13 May, 2012 at 2:14 pmTak hantu, cerita cinta. Tak cerita cinta, hantu plak. Serius agak bosan cerita melayu sekarang. Susah nak cari yang best.
Dan sekarang, kalau tetiba feel nak tengok cerita melayu, download je (yela kat Cairo ni mana ada cinema cite melayu en) kalau tak best, delete la. tak membazir duit. kan kan kannnn~
bubblegumprincess
12 May, 2012 at 6:40 pmkadang2 cerita melayu kita boleh agak mcm mana endingnya..kan?
Fazreen
12 May, 2012 at 12:04 pmkalau nk tengok filem yang ada twist dan perlu berfikir tengok Bunohan. itu dah taraf antarabangsa tu. dah menang macam-macam anugerah.
JAI
12 May, 2012 at 2:25 amKenapa Filem Melayu tak Setanding dengan Filem Hollywood? Berdasarkan penjelasan dari salah seorang penerbit filem yang kalau disebut disini pasti semua kenal.
1. Kerjasama dari beberapa pihak agak mengecewakan.
2. Filem Melayu hanya untuk local Market. Tiada pihak yang berani untuk backup pihak penerbit sekiranya berlaku kerugian. Risiko atas penerbit semata-mata. Nakkan cerita setanding Hollywood tapi cakap jer cari Market taknak. Kalau nak Level Cerita Hollywood budget pun kena mcm Hollywood, masalahnya sapa nak support?
3. Tiada badan seperti RESEARCH untuk memantau dan membantu pengiat seni.
4. Sesetengah Kepimpinan didlm persatuan tidak memainkan peranan dengan betul.
Banyak lagi sebenarnya apa yang diluahkan oleh beliau. Gua pun berfikiran macam lu dulu bro tetapi setelah mendengar penjelasan dari beliau ada juga kebenarannya. Tiada siapa yang mahu rugi temasuk tokey panggung. Apa yang nyata its All About Busines bukan hanya sekadar berkarya. Really tabik dengan Vision beliau.
Trend review di Malaysia lebih kepada menghentam sesuatu cerita bukan membetulkan keadaan dan memberi pandangan yang membina untuk sesuatu filem terutama daripada kalangan Media (terdapat unsur politik disini).
Peruntukan yang diagihkan kepada Penerbit Filem tidak dirancangkan dengan baik oleh pihak tertentu. Do you know Last Year Industri Perfileman untung RM100juta dan 6 Buah Filem Melayu menduduki Carta TOP 10 bersama dengan Filem Luar Negara.
LilyNrman
9 May, 2012 at 8:43 pmMak aku kalau dapat citer melayu kat TV 1, Prima ker, memang kitaorang keluarga tu ‘sengsara’. Hehe. Tak boleh nak tukar citer lain dah. Bila tengok citer orang putih yang fantasy2 cam Alice in Wonderland (contoh ‘terbaik’), ngomel, ‘citer ni tak berpijak di bumi yang nyata la adek…’
Sebenarnya, kita ada banyak penulis2 skrip yang berkualiti untuk difilemkan/ditayangkan di kaca tv. Cumanya, apa yang membuatkan kumpulan ini berundur untuk tidak tampil dengan ideanya ialah, upah yang diterimanya sedikit! Filem RM5000, Drama siri RM3000.
Telah menjadi norma masyarakat seperti mak saya dan penonton setia rancangan stesen tempatan dengan arus filem elemen gaduh2, gedik2, korporat, cinta. Saya pun hanya menunggu masa bila kita nak berubah semua ini dan sama naik dengan taraf perfileman Hong Kong dan Holly dan Bollywood!
Saya berpendapat kumpulan penulis skrip mesti ada persatuan untuk suarakan masalah penggajian ini. Terlalu sedikit upahnya, karya? Macam tu jelah. Bosan!
Izzuddin Fauzi
9 May, 2012 at 8:03 pmMMMmmm… Filem Melayu… Kuantiti menang… Kualiti… Erkkk…
riffzam
9 May, 2012 at 3:28 pmfilem Melayu skrg, nak cari yg berkualiti sgt susah, botol kicap lah, tu lah ni lah yg disaratkan dgn elemen yg beri hiburan tanpa moralnya. akhirnya, tak beri kesan pada penonton. sbb penonton tak belajar apa-apa moral drpd filem itu. yg ada, hanya gelak sakan. tu je. tapi bagi saya, antara karya filem yg jujur, yg menarik drpd Mamat Khalid, Afdlin Shauki, Arwah Yasmin Ahmad, Khabir Bhatia. dan semestinya, P.Ramlee. itu antara yg saya minat ! :D
hazman aka species1980
9 May, 2012 at 2:58 pmFilem melayu nie ikut trend… ada masa SERAM… ada masa KOMEDI… lambakan tertalu banyak yang sama genre nie pastinya kualiti citer jadi kureng…. filem melayu lebih kepada hiburan ringan jeee
arrizz
9 May, 2012 at 11:38 amcount me in..cerita melayu aku buat stok download jer..nak tengok kat panggung memang haramlah..
ieda
9 May, 2012 at 10:27 amsaya mmg bkn kaki wayang, jadi alang2 nk tgk wayang tu, haruslah pilih cerita yg nmpk menarik je…setakat cerita Melayu yg tipikal tu mmg xtgk la, xberbaloi dgn duit yg dikeluarkan…baik tggu tayang kt TV je tp tu pun belum tentu tgk…tapi diakui lah, kalau penerbit/pengarah kt Malaysia ni buat cerita yang plotnya pelik2 (mcm the Avatar konon2nya) mesti ramai org kutuk…yelah sbb kita ada adab, pegangan dan agama sendiri, jadi cerita2 fiksyen terlampau ni mmg xsesuai dgn norma hidup org Melayu…kita tgk citer omputih yg mcm tu xpelah sbb diorg xterbatas cm kita…tapi sgt2 xsuka bila ada penerbit ckp yg org Melayu yg suka cerita2 sampah gitu jadi diorg cuma memenuhi pasaran aja….pttnya filem la yg mdidik/ mjana selera penonton…ni asyik kitar semula resepi sama je….bagi lah sesuatu yg baru, baru minda penonton tbuka sikit…
Anarm
9 May, 2012 at 10:25 amkadang2 aku rasa sesetengah filem melayu tu langsung tak layak ditayang kat pawagam.. pendapat aku je ni.. hehe..
noorsyamsul
9 May, 2012 at 9:00 ambukan tak suka tengok cerita melayu, tetapi rasa tak berbaloi keluar duit tengok wayang. tunggu jelah keluar TV. Kalau bukan cerita melayu pun saya pilih juga yang rasa berbaloi untuk keluar duit…
sadiq
9 May, 2012 at 7:01 ambetul tu..kebanyakan filem melayu x membuatkan kita menggunakan otak..kurang daya berfikir ketika menonton..xmacam filem2 mat saleh atau hong kong=)
KNizam
9 May, 2012 at 2:47 amfilem2 mamat khalid ok apa. hehe :) teringat lagi HKLBR. hehe :)
sarina
9 May, 2012 at 9:47 ammamat khalid..nampak bodo2 je filem dia..
tapi sinis dia sangat deep
tak semua orang yang paham
mrazydy
9 May, 2012 at 12:15 amwah..ariff ni mesti kawin ngan minah mat saleh..baru boleh tengok filem omputih sama2..
cEro
9 May, 2012 at 12:14 ambila disebut persoalan ini kpd pembikin filem, mereka akan balas,
“Dah itu market filem malaysia, kami hanya buat filem.”
a
9 May, 2012 at 12:06 amSaya rasa setuju dengan pandangan di atas. Saya juga akui lebih suka filem luar(harap tak keterlaluan juga). Mungkin ‘mereka’ lebih mahir dari pelbagai sudut dalam menghasilkan sesebuah filem. Namun tak dinafikan kini dah terdapat ‘improvement’ dari segi mutu ‘cinematography’ bagi sesetengah filem Malaysia. Cuma itulah…banyak lagi terlihat jalan cerita tak kuat, pelakon kurang mantap. Buat filem ikut kuantiti bukan kualiti. Mungkin kuat anggapan perfileman adalah perniagaan dan tidak berniat mewakilkan apa-apa nilai seni untuk generasi yang menonton.
Juan
8 May, 2012 at 11:56 pmbagi saya pula, setiap cerita ada best dan x bestnya, kita org melayu, memang coraknya begitulah ceritanya iaitu komedi, seram dan kekeluargaan. Rasanya nak beralih kepada cerita melayu yg berbentuk CSI, fiction, action atau apa apa rasanya kurang mampu lagi kita untuk ke arah itu
Lawrence Vision
8 May, 2012 at 11:23 pmikut citarasa masing2. Kalau macam Prison Break mau tak tengok hehe.tapi saya ke panggung juga tonton filem Melayu walaupun saya bukanlah Melayu hehe.
Shahrul
8 May, 2012 at 7:40 pmkalau cerita lawak2 layankan je, genre lain mmg tak layan
halif
8 May, 2012 at 4:50 pmHmm..terpulang kepada selera masing-masing. Kadang-kadang layan jugak. Lawak bodoh je. Hahaha
azmanisma
8 May, 2012 at 4:48 pmSaya tengok juga filem melayu..bergantung pada cerita tersebut..kalau ada review yg baik saya pergi.
hackerkini
8 May, 2012 at 4:09 pmYa, setuju sangat..filem Hollywood kita punya fikiran jalan time tgk movie tu..tu yang best tu….apalagi kalau cerita tu ceta yang misteri + csi…hehehe..best (y)
Zarul Umbrella
8 May, 2012 at 3:08 pmfilem melayu saya tgk kat Astro 1st jer..filem Bunohan,..Dalam Botol antara filem terbaik,Khurafat,KL Gangster pun boleh tahan
akubiomed
8 May, 2012 at 2:44 pmBosan yer Ariff? Kesian. Kita tidak bosan menonton filem arahan Tan Sri P.Ramlee siap ketawa terbahak-bahak lagi. :-)
hatiputera
8 May, 2012 at 2:36 pmada yang saya suka tengok,,dan ada yang saya tak suka tengok,,,tapi keseluruhannya banyak berkisar tentang perasaan hasad dengki,,,maaf kalau salah
takky
8 May, 2012 at 1:47 pmadakah blog saya termasuk dalam list yang bro selalu baca?
halif
8 May, 2012 at 4:48 pmFikir baik je bro, dia ada baca blog ko cuma tak tinggalkan jejak je.
Yus
8 May, 2012 at 1:42 pmBaru tengok filem Hollywood bertajuk Cabin In The Wood, cerita seram yang tak masuk akal, tetapi diselamatkan oleh kesan khas CGI.. Filem Melayu, hanya Bunohan yang mampu membawa saya ke panggung wayang, sebab lakonan Faizal Hussein sebagai pembunuh upahan memang menjadi..
Nurul
8 May, 2012 at 12:57 pmHairan betul.. napa komen nurul x keluar.. Ariff tolong nurul.. :(
Ariff
8 May, 2012 at 2:15 pmkeluar la. Kena tunggu lama sikit
Nurul
8 May, 2012 at 12:56 pmTgk Arif semalam pun cam bosan jer.. Hehehe.. x per at least kita ade pengalaman.. ;)
Ariff
8 May, 2012 at 2:15 pmhahahah. semalam kena migraine masa tengok movie tu
eyriqazz
8 May, 2012 at 12:08 pmMovie melayu yang pernah saya tonton di wayang yang saya rasakan agak ok dan tidak mengecewakan adalah Talentime dan Ombak Rindu…. the rest,rasanya better tunggu vcd keluar je kot….
PCL
8 May, 2012 at 11:21 amkalau cedok dari filem yg seakan2 penah tgk sblm ni memang rugi bayar tiket..tak berbaloi !…biarlah berbaloi2 menonton..kalau tak main lah apa2 yg bole main…keh2…if free x kesahla kan.
Tho Ha
8 May, 2012 at 11:18 amSy pula byk dipengaruhi oleh Pelakon. Kalau pelakon tu sy minat, sy follow walaupun ceritanya mcm hampeh !!!
Ariff
8 May, 2012 at 11:20 amSaya pun lebih kurang je. Pelakon yang saya ikuti adalah Jason Statham
hazman aka species1980
9 May, 2012 at 2:51 pmJason Statham punye citer terbaru – SAFE… dah tengok ke bro… menarik gak…as usual aksi lawan2x memang best
Ariff
9 May, 2012 at 3:13 pmbelum sempat lagi tengok. memang tunggu masa je.
Sya Isya
8 May, 2012 at 11:15 amMak sya sangat minat tengok filem Melayu. ada yang rasa berbaloi juga tengok kat wayang, ada juga yang tak. Depends pada cerita tu la.
Ariff
8 May, 2012 at 11:20 amCerita pasal mak, Sha pulak macam mana? Minat?