Persembahan Bertenaga Malaysian Philharmonic Orchestra – Energy & Exhuberance

Reading Time: 2 minutes

ariff-mpo

Kali kedua memenuhi jemputan daripada Malaysian Philharmonic Orchestra untuk menyaksikan persembahan Energy & Exuberance dengan lagu pilihan iaitu simfoni ke-4 dan ke-7 daripada komposer lagenda Beethoven.

Beethoven atau nama penuhnya Ludwig Van Beethoven dilahirkan di Jerman. Sepanjang karier beliau sebagai komposer, beliau telah berjaya menghasilkan 9 simfoni, 5 konserto piano, 32 sonata piano, dan 16 string kuartet.

Simfoni, konserto, sonata dan kuartet boleh dikatakan sinonim dengan maksud perkataan lagu di mana perkataan berbeza digunakan untuk alat muzik yang berbeza.

energy-and-exuberance

Simfoni ke-7 Beethoven ini boleh dikatakan antara yang paling popular antara sembilan simfoni yang dihasilkannya dan banyak digunakan dalam filem. Sebenarnya banyak lagu daripada komposer terkenal dipetik dalam filem Hollywood terutamanya filem yang berasaskan muzikal.

Kepada yang bertanya dalam entri lepas, tiket untuk menonton persembahan orkestra di Dewan Filharmonik Petronas berharga di antara RM30 hingga RM160 dan bergantung kepada persembahan.

Recommendation saya adalah tiket yang paling murah kerana dewan filharmonik dibina supaya mempunyai efek akustik yang terbaik. Senang cerita duduk kat ceruk mana pun dalam dewan philharmonik ni, kualiti bunyi yang anda dengar adalah sama dengan orang yang duduk paling depan.

mpo

Dewan canggih ini mempunyai dinding atas yang boleh bergerak untuk mengubah isipadu akustik di dalam dewan. Untuk orkestra dengan bilangan pemain yang lebih ramai, isipadu dewan yang lebih besar diperlukan untuk mengekalkan efek akustik terbaik di dalam dewan tersebut.

Dewan yang berteknologi tinggi ini memberikan efek bunyi terbaik untuk para penonton menikmati persembahan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Malaysian Philharmonic Orchestra atas jemputan ke persembahan yang hebat ini. Lain kali, mungkin saya akan dapatkan tiket musim untuk menonton persembahan di sini setiap minggu.


Posted

in

by

Comments

4 responses to “Persembahan Bertenaga Malaysian Philharmonic Orchestra – Energy & Exhuberance”

  1. Abang Ensem Berketak Avatar

    Apalah gunanya Symphony 7 mahu pun Symphony 9 kalau takde awek yang follow.. huhuhu.

  2. azrijohan Avatar

    wah bertuah betul, dia bagi tiket untuk berapa orang ni bro?

  3. akubiomed Avatar

    Dulu setiap kali persediaan peperiksaan akan mendengar lagu klasikal.

  4. Anarm Avatar

    Aku suka layan music orchestra.. 7th symphony antara yg aku minat..