
Minggu ni saya cuti panjang. Cuti sempena hari Malaysia dan sambung terus sampai Jumaat. Mungkin ini cuti panjang saya yang terakhir sebelum cuti panjang untuk kahwin hujung tahun nanti.
Saya akan menyertai program Harley Davidson Asia Harley Days di bawah tajaan Petronas. Saya akan mengikuti convoy motosikal Harley Davidson dari KL ke Sutera Beach Resort, Terengganu, kemudian ke Hard Rock Hotel, Penang dan kembali semula ke KL pada hari Jumaat.
Selain convoy, peserta akan menyertai program kemasyarakatan di beberapa hentian terpilih.
Jadi sekarang tengah brainstorm dalam kepala apa yang nak bawa/buat. Antara yang berada dalam checklist saya:
- Gadget. MacBook Air, iPhone dan iPad. Too bad takde camera point-n-shoot. Kena beli satu sebab memang guna untuk event blog. pffft
- Power bank. Buat masa ni ada satu je yang kecil. Esok plan nak beli lagi satu
- Selipar untuk dipakai masa teman Pie usha awek kat pantai. Otai hartanah Pie2020 ni follow sekali. Nak ajak AE tak boleh sebab dia takde lesen
- Short untuk mandi kalau terasa nak mandi kolam kat hotel nanti
- Jeans dua helai je
- Tshirt untuk ride provided by sponsor. Jadi 2-3 helai cukup lah untuk pakai petang/malam
- Riding jacket. Alangkah indahnya kalau diorang kasi jaket kulit Harley Davidson..
- Riding gloves. Nampaknya macam kena beli jugak
- Contact lens
- Sunglasses
- Minyak rambut
- Stokin
- Toiletries

Sejauh 1,363 km akan ditempuhi sepanjang konvoi ni dan ini adalah konvoi pertama saya. Excited nih.
Berbaloi la jugak haritu amik lesen B. Dari haritu lagi dah rancang memang akan sampai masanya akan ada job untuk blog yang memerlukan lesen B ni. Dapat job bawa Harley Davidson terus tu.. Alhamdulillah.
So tunggulah update saya nanti di Facebook, Instagram dan blog. Harap larat lagilah nak update lepas ride.


Comments
22 responses to “Persediaan Sebelum Konvoi Asia Harley Days 2013”
kenangan beb dkt r&r titiwangsa tu selalu singgah masa kerja dkt era tu dulu..duk ngorat awek siam dkt kdai tu
Apesal aku nampak banyak bangla je sekarang yang jaga kedai? Awek sorang pun takde
Nampaknya… memang bro dah kena beli la camera point n shoot… tak pun boleh masuk untuk barang hantaran nanti… hehehehe
Untuk bonceng memang takde ke bro? Hehe
leh kejang bontot macam ni wehh..
Baru sebentar tadi motor harley lalu depan kg Batu Burok… laju masing2 bawak, polis trafik berdesup speed. Memang laju kalau tak takan polis trafik dah kosong siap2 jalan. Yang mana satu motor bro?
Haha. Adalah antara ramai2 tu. Ni baru separuh convoy, dari Penang ke KL nanti 300 motor
pergg bestnya.. itulah untungnya ada lesen B ni. heheeh
Update la nanti lepas baik… Macam syok nak tahu mcm mana perjalanan :) Nak harley x dapat la…
Semoga selamat dan enjoy aktiviti yang dianjurkan. Memang mengharap dapat peluang sebegini.
semoga selamat dalam perjalanan
Ceh!! Takat bonceng je. Lagi mau sembang..
peluang terbaik dengan jenama besar Malaysia dan yg join ni pun semua mesti power-power memang terbaik @Ariffshah join. Kepada yg tak ambik peluang memang tersangat rugi sebab viral impak memang besar utk penjenamaan blog
memang penatlah nak ride kejap lagi, jauh tuh. 1300KM tuhhh
waaah. nak kena ambik lesen B jugak ni nampak gayanya
Takde lesen b full.. achaner.. terpaksa letgo.. huhuhu
dapat event ni tapi x leh join sebab x der lesen B Full…hehehe
Ramai yang terpaksa reject sebab tu
Tak ajaktak ajak pun
Ada lesen ke? Tapi kalau ada pun last minute dah. Haritu mmg diorang cari
Huhuhuhu,kalau cuti saya banyak lagi, bolehla join trip ni sekali..terpaksa lepaskan…..
ada lesen B ke??