Ini bukan pos azam baru atau pos yang berkaitan dengan tahun 2010. Pandang ke hadapan, ini adalah pos untuk dekad ini – Apa yang mungkin aku akan lalui sepanjang 2010 hingga 2020.
Dalam masa dua tahun lagi, aku akan menamatkan pengajian aku di Moscow Aviation Institute ini. Aku memang nak habis cepat-cepat kat sini. Hidup sememangnya tak indah di bumi Moscow ni. Selepas itu apa? Mana aku nak kerja? Setakat yang aku cari, belum dapat lagi aku jumpa industri yang berkaitan yang boleh aku ceburi di Malaysia. Sama ada aku cari di tempat yang salah, atau memang aku ni tak berpeluang, aku pun tak tahu. Yang penting aku akan tetap mencari.
Lepas ada kerja, ada rumah, ada harta kena fikir pasal kahwin pula. Ni berat sikit. Rasanya tak perlu aku cerita banyak detail sangat, benda personal, tapi aku rasa paling ideal aku kahwin around 2013-2015. Itu kalau aku kerja kat Malaysia dengan career advancement yang moderate. Kalau aku jadi hotshot engineer, kerja overseas atau jadi orang penting dalam sesuatu organisasi dalam dekad ni, mungkin lambat lagi la aku kahwin. Time tu memang aku akan enjoy hidup dulu, baru fikir nak kahwin. Kesusahan belajar kat sini sepatutnya aku balas dengan sesuatu yang hebat dalam hidup aku.
Kalau dah kahwin tu, dengan izin Allah dapat la anak nanti kan. Ya, dalam dekad ni mungkin aku akan bergelar ‘bapa’. Hah! Memang sesuatu yang agak overrated. Besar tanggungjawab tu. Sangat besar.
Jadi nilah highlight untuk hidup aku dalam dekad ni, tapi kita hanya mampu merancang kan? Mana tahu kalau esok pagi aku dah tak bangun lagi dari tidur. Kita merancang, Allah yang menentukan.
Dalam kesempatan itu, aku nak kongsi video terbitan Hadi Pahmi, rakan seangkatan aku di Moscow Aviation Institute ni. Tajuk video – Demi Masa, berlatar belakangkan penduduk-penduduk di bandar Moscow ni dalam kehidupan seharian mereka (memang terbaik la sebab apa yang aku bincangkan sekarang pun pasal masa). Enjoy!

Comments
24 responses to “Permulaan Dekad Baru”
kenaper suram jer life dorang??
pastu tgk kamere cam x pernah tgk kamere jer =.=
hahaaa..jgn lan langkah bendul ek ariff…mak risau!!
.-= wawaa´s last blog ..Top 10 Box Office Movies =-.
Hm. Harap tak lah. Tapi kalau alan langkah bendul tu sama ada aku busy kerja gaji besar sangat atau aku masa depan aku tak sebest yang aku harapkan.
boleh tak kalau lepas ni kerja kat UK ke US ke? kalau kat Malaysia kena kerja kat Airod kot. best salji di Moscow. cantik.
.-= bloginformasi´s last blog ..Promosi Jurugambar Perkahwinan =-.
Boleh ja kalau ada rezeki kat sana. Memang nak pun kerja kat oversea dulu. Timba banyak pengetahuan dan pengalaman, lepas tu baru balik Malaysia.
Lagi best dapat bawa balik Mini Cooper,Range Rover Sport atau BMW dari UK. Dapat status expat tak perlu bayar AP banyak. Jangan bawa balik Mem cukuplah. :)
Ooh. Kalau dah kerja sana memang akan bawa balik. Saya takkan beli kereta-kereta mewah ni kat Malaysia. Kasi kaya itu AP king sahaja.
walaupun macam lama lagi…rancangan tu mmg kena ada….baru nampak hala tuju kita ke mana nanti…walaupun tak semua rancangan akan berjaya…
aku rancang nak jadi ibu tahun depan..hehe…
Tahun depan? Wah. Cepat tu dilot. Kamu ni dah kawin ke? Tak tulis pun dalam blog.
:P
hehehe..
jauhnye nak fikir pasal kahwen…
x yah risau pasal kije la.. ade rezeki la nanti..~
Kena fikir, supaya kita bersedia.
Selamat datang ke blog.aeiff =)
Cam best jer kat Moscow tu.. anyway kita kena merancang dari seawal boleh … pandang ke depan untuk merancang dan toleh kebelakang untuk membaiki kesilapan….
selamat menjadi bapa…
eceh awal gile wish.huhu
Wei2. seram aku dengar. haha.
salam tahun baru 2010 untuk semua rakyat malaysia. hehe :)
Selamat selamat.
Selamat datang ke blog.ariff =)
happy new year! selamat berkaya, maksud aku berjaya! klau jumpa, krm salam Roman Paylyuchenko =D
.-= naz´s last blog ..Hello 2010 =-.
salam,
wahh perancangan besar 2 dlm idup anda..wish u gudluck..
Well, kena ada perancangan kan. Kalau tak lagi kelam kabut nanti.
gudlak!
the most important thing smoge kamu graduate dgn rsult yg best~ =D
Permulaan Dekad Baru | blog.ariff…
Ini bukan pos azam baru atau pos yang berkaitan dengan tahun 2010. Pandang ke hadapan, ini adalah pos untuk dekad ini – Apa yang mungkin aku akan lalui sepanjang 2010 hingga 2020….
Permulaan Dekad Baru | blog.ariff…
Ini bukan pos azam baru atau pos yang berkaitan dengan tahun 2010. Pandang ke hadapan, ini adalah pos untuk dekad ini – Apa yang mungkin aku akan lalui sepanjang 2010 hingga 2020….
azam yg tulus…jujur je…akak doakan adik berjaya la ek…adik? bleh la kan kategori adik…nti dah keje m’sia…buat la sumthing tuk negara kita ye…semoga berjaya selalu…
Umur dah masuk 23, kena mula fikir macam orang dewasa. Kurangkan main dan berubah kepada menjadi manusia yang lebih baik.
Terima kasih kerana sudi membaca. =)