
Saya tahu sejak awal lagi sekiranya saya tidak mempunyai perancangan yang rapi, saya hanya akan menjadi seorang pelabur biasa. Saya mahu melangkah lebih jauh untuk menjadi seorang pelabur ultra pada suatu hari nanti, oleh itu saya perlu menggubal pelan pelaburan saya sebelum melakukan pembelian berikutnya. Saya senaraikan beberapa soalan asas yang perlu saya tanya pada diri sendiri sebelum menggubal pelan tersebut:
- Apakah objektif utama saya?
- Berapakah bilangan hartanah yang saya akan miliki?
- Pada umur berapakah saya akan mencapai objektif ini?
Dalam pencarian jawapan kepada persoalan di atas, saya menyenaraikan beberapa sebab kenapa saya melakukan pelaburan hartanah.
1. Pendapatan tambahan setiap bulan. Wang ini boleh digunakan untuk:
- Pembelian hartanah saya yang seterusnya
- Perniagaan saya
- Membeli barangan mewah
- Kebajikan
- Pelaburan dalam instrumen lain
- Melancong
2. Pendapatan selepas bersara – Saya amat menyukai sekiranya saya dapat mengutip sewa rumah daripada penyewa saya selepas bersara. Bayangkanlah percutian idaman yang ditaja oleh penyewa saya.
3. Pulangan yang lumayan berbanding amanah saham/ simpanan tetap. 20% setahun adalah lebih baik berbanding instrumen lain.
4. Dana untuk pendidikan anak saya (walaupun saya masih belum mempunyai anak lagi) pada masa hadapan kerana pendidikan yang bagus biasanya memerlukan kos yang tinggi.
5. Pilihan untuk bersara lebih awal. Dengan pendapatan yang lumayan daripada pelaburan hartanah, saya akan dapat merealisasikan impian untuk bersara pada bila-bila masa sahaja. Saya tak mahu bekerja sehingga jam 11 malam pada umur 40 tahun atau terpaksa bekerja pada umur yang lanjut hanya kerana ingin mengekalkan jawatan saya. Saya mahu mengawal masa depan saya.
Chapter 4 – The Three-Million Retirement Portfolio Plan,
page 71-72 WTF? 23 Properties by 30
*****
Rat race (perlumbaan tikus) adalah term yang digunakan untuk mereka yang bekerja 9-6 setiap hari. Samalah seperti tikus yang berlari dalam ‘rodanya’ yang kita selalu nampak dalam sangkar tu, kehidupan harian kita berulang samalah seperti roda tadi yang berpusing. Tak berpenghujung. Endless.

Saya tak bercadang untuk terus hidup dalam sistem ini sampai bila-bila. Saya mahu mengawal masa depan saya. Adalah penting untuk kita mengetahui sampai bila nak bekerja bawah telunjuk orang lain supaya bila sampai masanya, semuanya telah kita siapkan sejak dari awal lagi untuk keluar daripada rat race ini.
Ramai orang di luar sana menyertai rat race ini hanya sekadar untuk mengumpulkan modal. Modal yang dikumpulkan ini akan dilaburkan dalam bentuk hartanah, perniagaan atau pasaran saham. Sebenarnya tak kisah pun di mana kita start, asalkan pandai menyesuaikan diri dan hidup dalam kemampuan, modal tadi akan dapat dikumpulkan.
Lagi satu elemen penting untuk keluar daripada rat race ini adalah ilmu. Kalau ilmu untuk memajukan diri tak cukup, memang sampai bila-bila kita akan terperangkap dalam sistem ini.

Comments
35 responses to “Perlumbaan Tikus”
aku ingatkan bro nak join marathon TM akan datang nih.. hmmm.. bagus juga idea bernas bro ni.. mari keluar dari sistem ini. =)
Ada ke? Aku masuk KL Marathon je
Aku pun mahu begitu. Tapi sampai sekarang masih belum memiliki hartanah ke-2 untuk disewakan.
yup betul, ramai yang masuk lab race sebab nak kumpul modal semata..the bright side of this is banyaknya pengalaman yang kita dapat untuk digunakan for the next stage..plus, network yang kita bina semasa bekerja dengan orang lain juga merupakan added value to this..
Saya belum lagi masuk ke alam rat race. Tapi sekarang, saya dah siap rangka satu pelan bisnes yang baik untuk jangka masa yang panjang. Menceburi diri dalam niche yang orang jarang masuk. Saya harap pelan ini bukan sekadar pelan, harap ianya dapat direalisasikan pada umur 28. Lagi cepat lagi bagus. Tidak lupa juga saya untuk menyenaraikan kekangan yang bakal berlaku dalam pelan ini supaya sentiasa ada plan B.
Setuju dengan AE, wat masa la keje makan gaji dulu, bila berkat insyaAllah pasti boleh punya..
Semoga Tuan Arif terus mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Kekayaan itu boleh datang dari mana-mana dan pada bila-bila masa.
Robert Kiyosaki berpesan, “Work to learn.” Apa yang tuan lakukan sekarang ini adalah satu daripada jalan kebebasan kewangan. Bekerja untuk belajar supaya dalam masa 5 tahun dari sekarang (atau kurang), tuan akan mempunyai mesin duit yang bekerja untuk tuan.
Saya sebagai sahabat maya, mendoakan kejayaan tuan. Insya Allah.
usaha tangga kejayaan..:-)
utk menjadi entrepreneur, sbnrnya xde ketetapan berapa umur yg sesuai. nk kata pengalaman pon, faktor usia dan tenaga muda pon penting jugak.
bak kata KS Pua daripada Phison, young people always envy the experience of the older, while the older person always envy the energy of the younger.
Assalamualaikum…org kg dulu kerja dgn kerajaan tapi keluar selepas 6th skrg buat bisnes sendiri…Alhamdulillah spt kata Denaihati kuat kerja dapat lebih & boleh buat apa yg kita suka. InsyaAllah mula berusaha menimba ilmu di sini utk tambah lagi income..
Alhamdulillah. Semoga bisnes terus kekal dan bertambah maju
Memang best kalau dapat keluar dari rat race ni..aduss lepas baca entri ni, baru aku sedar yang aku sekarang sedang berada dlm rat race…huhu
Better late than never
haha.. saya masih dalam trek perlumbaan tikus.. dalam masa yang sama ada trek lain… memang memenatkan.. tapi dlm usaha membina trek baru supaya tidak menjadi tikus lagi… :)
saya masih lagi makan gaji. sedang menimba ilmu untuk melakukan pelaburan dan perniagaan…
belum terjerumus lagi dlm rat race ni.
Aku target umur 40 dah ada bisnes sendiri- kena tunggu lagi 2 tahun.
yap. aku juga masih dalam rat race. hoho..
Memandangkan harga rumah yg semakin lama semakin tidak mampu dibeli, cash flow dr sewa selari dgn inflasi akan menguntungkan org yg mengumpulkan aset hartanah
saya pon bercita cita ke arah sana
kt mana eah nak dptkan buku ni..awesome!!
Cari di MPH
selepas dapat ijazah aku memang rancang bekerja dengan kerajaan kerana nak dapatkan pengalaman. Majoriti kawan2 yg gaji besar di swasta kerana pengalaman mereka bekerja dengan kerajaan. aku rancang nak kerja paling lama 10 tahun. Alhamdulillah 6 tahun aku dapat keluar dari kerajaan dan dapat bekerja di swasta dengan bayaran dua kali ganda dan berbagai fasiliti. bekerja dengan swasta pun untuk cari pengalaman dan membina network. alhamdulillah aku berjaya mengorek pengalaman dan membina network. setelah 5 tahun aku berhenti dapat pampasan juga. terjun dalam dunia bisnis sehingga sekarang. kuat kerja dapat lebih dan boleh buat apa yg kita suka. ingat sukses tak datang sekelip mata dan mesti usaha bersungguh-sungguh setiap kali ada peluang jangan harap kerja dipaksa oleh bos. peluang dalam hidup tidak datang banyak kali. kalau kita tak meyakinkan diri kita jangan harap orang lain akan yakin dengan kita.
Setuju dengan pendapat sifu DH. Tp ia masih terpulang kepada individu itu sendiri. Cuma apa yang paling penting adalah niat hidup untuk memenuhkan dan melengkapkan rukun-rukun utama dalam mengejar erti iman dan islam. Walaupun dalam rat race, jika matlamat ini menjadi hala tuju utama, kita masih tidak akan kecewa dengan diri sendiri, malah lebih bersyukur dan menginsafi diri.
berusahalah untuk keluar dari rat race ni secepat yang boleh..aku dah dekat nak terkeluar ni..nak pergi tandas jap.. hehehe
hahahahaah… kalau siapa dapat retire awal sebelum 30, memang respek la..
yupp..ilmu tu yg penting sgt tu..klu x sia2 je klu keluar dr race tu..pastu kojol =)
bahaya gak tu. Kena tau kalau dah keluar dari rat race, boleh sustain. Kalau tak, better ikut je aturan kehidupan
selain dari ada ilmu, perlu ada azam juga untuk keluar dari rat race. kadang2 ilmu ada, tapi tak nak praktikkan. atau tak cukup kesedaran untuk keluar dari rat race tu. dah merasa kerja 3 tahun. sangat tak best.
saya pun tak mahu keluar juga dari rat race!!!
betul tu.sampai bila nak kerja bawah orang je..
Sy pula kerja tengah-tengah. Kena kapit.
saya br 5 tahun bekerja tapi dah terasa nak bersara. bosan dengan keje. kalo buat pelaburan hartanah ni mmg untung dan berbaloi. sedang berkira2 dalam diam utk ke arah itu, insyaallah :)
harap2 dapat keluar dari rat race ini dalam usia 35-40 tahun..fuhh,masih banyak yang kena buat ,plan n buat….
Saya akui tergolong golongan Rat Race tetapi akan berusaha keluar daripada kumpulan tersebut dengan merancang pelaburan yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu. Hanya masa menentukan samada ia berjaya atau gagal.