Perkara Tentang Menjadi Seorang Penulis Blog

Bagaimana rasanya menjadi seorang penulis blog? Banyak lagi point yang boleh ditambah betul tak?

Sorry I dont read your blog

Aku tak berapa berkenan sangat kalau sampai orang nak minta maaf kalau tak baca blog aku sebab aku pun in real world taklah cakap “meh la masuk blog aku .. ” dan seumpama dengaannya. Aku pun tak kisah kalau family atau kawan rapat tak baca blog aku. Jadi kadang-kadang reaksi sorry I don’t read your blog ni pada aku agak keterlaluan walaupun pada asalnya hanyalah untuk menjaga hati. Menampakkan seolah-olah ada kewajipan/obligation untuk membaca blog kita walhal takde langsung.

Takpe.. aku faham. Nak baca, baca. Kalau tak baca, act normal. No harm done.

Silap fakta

Orang kata, get your facts right. Memang betul. Benda ni penting dalam penulisan blog, terutamanya bila hal tu berkaitan isu semasa. Memang sedap nak update pasal isu semasa sebab ramai orang nak baca, tapi kalau silap fakta memang boleh buat malu. Tapi apakan daya, perfectionist pun tak semestinya perfect sepanjang masa. Mistakes done. Bila dah silap fakta nilah kena cepat-cepat tarik balik entri sebelum lagi ramai orang baca. Kita boleh benci membuat kesilapan, tapi tak pernah bebas daripada melakukannya.

 

Duit, Duit & Duit

Tak semua blogger jadi kaya dengan blog dia dan tak semua yang buat blog untuk duit. Agak susah bila orang mula melihat ‘net worth’ kita berdasarkan bilangan fans, follower dan sebagainya. Semua ingat cashout bulan-bulan masyuk je walaupun pada hakikatnya taklah banyak mana pun. Bila orang pandang macam tu, mulalah ada yang berdengki dan busuk hati.

Kadang-kadang kita seronok lakukan sesuatu kat blog dan mendapat perhatian ramai pembaca serta blogger lain. Tapi orang lain pulak pandang dari segi monetizing atau keuntungan yang bakal kita dapat walaupun pada hakikatnya langsung tak terfikir pun ke arah itu. Contohnya, kes guna duit dapat trafik cara yang hina. Bila hati dah busuk sangat, hilang pertimbangan diri dalam melihat sesuatu dari sudut yang logik sehingga mengeluarkan statement yang tak masuk akal. Takkanlah dengan pendapatan blogger boleh keluarkan modal ribuan ringgit untuk buat contest. Entiti besar seperti Oh! Media pun tak pernah lagi buat contest skala besar macam di blog Denaihati.

Jangan cerita dalam blog

Kadang-kadang bila lepak dengan kenalan rapat atau keluarga (yang bukan blogger) mesti keluar statement, “ko jangan tulis kat dalam blog ko pulak” .. er.. perlu ke? Takkan la nak cerita apa benda buruk, perangai buruk atau rahsia orang dalam blog pulak. Memang takde etikalah kalau cerita pasal orang lain semua nak canang dalam blog. Orang macam tu patut dijauhi.

 


Posted

in

by

Comments

39 responses to “Perkara Tentang Menjadi Seorang Penulis Blog”

  1. reezluv Avatar
    reezluv

    ehem,ternampak plak banner lubukdropship najib kat blog ni..hehehe..buat bisnes Ebay ke skang bro? :D

    1. ariff Avatar

      saje letak banner tu. tengok jalan ke tak.

  2. Rina As Avatar

    Saya menemui banyak blogger yang memasang seabrek iklan di blognya sampai penuh. Mungkin yang ada dalam benak mereka adalah duit duit dan duit bukannya saling berbagi bersama..
    Terlalu matre menurut saya..

  3. Mohd Isa Avatar

    bab duit tu aku suka, byk blogger skg ni pandang duit je semata-mata…yg paling meluat bila ada yg duk tya cam mana nak wat duit dengan blog…ades…bukan xnak ajar…tp klu dah motif camtu…memang agak payah la nak jadi blogger camtu…xsuka…:P

  4. Nurul Hanif Avatar
    Nurul Hanif

    Assalamualaikum. Blh tanya soalan tak? Mcm mana nak buat laman web ini?

    1. ariff Avatar

      blog ni guna wordpress. Boleh try secara percuma di WordPress.com

  5. Pacifista Avatar

    benda ni berlaku jugak kat blog aku.ada satu komen kat blog aku (dah deleted dah) yang tak sudi nak join contest kat blog aku.ayat dia “…review2 ni bukan kerja aku.aku pun bukan selalu datang sini…”.amacam bro?kalau baca ko bengkek tak?aku tak ajak pun dia join.huhu…apapun aku malas nak panjangkan hal ni.redha je la dengan semua ni…

    1. ariff Avatar

      itulah. Kadang2 diorang ni tak taulah macam mana punya kronik penyakit busuk hati dia.

      1. Pacifista Avatar

        blog picisan je tu bro.kalau blog macam ko dengan denaihati logik lagi orang nak dengki.huhu…

  6. cyril Avatar
    cyril

    sabar2 :)

  7. puanbee Avatar

    kadang2 perangai buruk org tu satu pengalaman , tak salah share dlm blog tapi dengan syarat tulislah secara berhemah , tak kan nak letak nama , alamat no fon semua kan ..guna lah nama samaran aje ke .. contoh ..

  8. CMRatu Avatar

    peringatan dan penulisan yang hebat.. thanks atas perkongsian ini.. :)

  9. Zainal Avatar

    salam…

    first thing yang perlu ada untuk jadi blogger adalah minat untuk menulis…kena banyak sabar dan istiqamah…

    bab2 nak generate money from blogging tuh tak salah bagi saya…cuma kena rajin dan sabar lah…klu setakat 2 3 bulan blogging dah nak harapkan income dari blog… susah skit…klu 5 atau 6 thn tuh mungkin la juga…

    Besides..money from blogging tuh pun mungkin hanya boleh dijadikan side income untuk tampung2 pendapatan kita yang tak cukup tuh jer…nak jadi sampai tahap bilionaire dengan berblog tuh…tak tau ler boleh ker tak…:)

  10. muhian Avatar

    saya setuju tentang perkara2 dlm entry nih tentang menulis blog.

  11. hiro Avatar
    hiro

    lumrah hidup katakan

  12. fezal Avatar

    sokonggg suka entry ni .

  13. WildanAzan Avatar
    WildanAzan

    Macam-macam ragam orang ada..

  14. Juan Avatar
    Juan

    jadilah penulis yg beretika, hehe

  15. alia Avatar
    alia

    ilmu utk blogger baru mcm sy..

  16. Sya Isya Avatar

    haah..memang pernah pun adik cakap, jangan tulis kat dalam blog pula. haish! memang tak nak tulis pun

  17. megat Avatar

    masya allah, ada orang macam tu ka? ketuk hati tanya iman.

    alhamdulillah, teguran dari kebijaksanaan.

  18. eiela Avatar

    setuju jgk dgn entri ni, tak perlu mtk maaf kalau tak baca, masa setiap org berbeza. Lg 1 tak semua perlu ditulis kadang2 ada yg rajin buat dialog lg dlm blog. Dialog pcakapan dgn kawan.

  19. zainal Avatar
    zainal

    mmg hbat r…

  20. Izwan Avatar

    part last tu ramai gak cakap.. “nanti mesti kau cerita kat blog”..
    haha..
    takde semua nak ceritanya.. tapi kadang2 kisah orang tu boleh buat modal entri..cuma tak mention la siapa dan siapa…

  21. titan Avatar

    biasalah. manusia..banyak sangat fikirnya..

  22. namee Avatar

    sorry ariff, i do read your blog. keh keh

    yang paling best pasal blog ni bila kita tulis ada respond pembaca terutama dr kalangan bukan blogger. susah nak dapat pembaca yg setia tunggu entry dr blog kita. duit blog, kalau ada adalah kalau takde takde lah.

  23. eyriqazz Avatar

    Indeed..betul apa yang bro cakapkan itu…Umm, no wonder abangensem pun cukup kagum ngan bro….

  24. Bean Moreno Avatar

    Bagi aku,aku akan tulis apa yang aku tahu sahaja yang tak confirm aku akan tolak tepi walaupun aku tau ia akan bawak untukng riban2. Bagi aku as long as penulisan aku ‘clean’ dan aku dapat kepuasan itu sudah cukup.

  25. Adib Avatar

    Aku paling suka dan rasa betul dengan statement last..kadang2 dah naik menyampah bila kawan2 asyik kata jangan update dalam blog..seolah2 kita ni kerja nak komplen dan kutuk orang je.

  26. cik iman Avatar

    ayoo.. ada ke org cmtu??? jom jalan2 ke blog iman.. :)

  27. Cik Lily Putih Avatar

    k lily agree pasal duit tuh. eventho follower ramai and update blog ari2, belum tentu tiap2 ada duit utk cash out kan..

  28. aried Avatar

    huhu..aried byk bljar dari blog bro n ohmalaysia.. best sbb kita umur sebaya.. :)

  29. JuRi Avatar

    salam perkenalan,

    setuju sangat. hak penulis lah nak tulis apa, blog dia. asalkan ikut etika blogging sudah.

  30. Fakarepain Avatar

    Blog bg saya tempat untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa menarik.. kalau tang gosip ni kadang2 je leh letak.. hahah

    1. ekspresiruang Avatar

      diselitkan hiburan sekali sekala sebagai selingan tak salah. yg penting sumber perlu sahih :)

  31. ekspresiruang Avatar

    blog yang beretika ni kebiasaannya blog yg memberi ilmu kpd org.
    blog yg agak kurang beretika ni selalunya byk yg menyentuh psl dunia hiburan dan gosip.
    maaf cakap la ye..

    1. Pacifista Avatar

      betul jugak tu.banyak sangat nak komplen kerja orang lain.keje sendiri je yang betul…

  32. Fezal mohd Avatar
    Fezal mohd

    Sokong !