10 Perkara Annoying Di Hostel

err.. abaikan ekspresi muka tu.

Daripada zaman sekolah sampailah kat Moscow ni aku tinggal dalam hostel. Hidup kena tahan sabar sikit kat hostel ni sebab ianya bukan hotel dan sebab kena kongsi dengan orang lain. Kadang-kadang orang lain nilah yang membuatkan kita nak makikan aje, tapi sabarlah jelah kan.. Tak elok gaduh-gaduh ni. Ni antara 10 perkara annoying kehidupan di hostel/asrama setakat yang aku ingat.

  1. Orang bising. Suara garau, lantang tak best langsung tapi suka menyanyi kuat-kuat. Orang-orang macam ni samada tak tahu malu, tak bertimbang rasa atau tak faham bahasa. Tahu tak nyanyian korang tu mengganggu orang lain, bukan menghiburkan mereka?
  2. Peminjam tegar. Pinjam sudu, garfu, cawan, mangkuk, periuk belanga dan segala jenis apa yang boleh dipinjam tapi tak reti nak pulangkan balik. Lagi best bila dia declare barang tu jadi barang sendiri terus simpan dalam bilik. Bila kita melilau mencari tengok barang tu dalam bilik entah siapa-siapa, tak berbasuh.
  3. Barang hilang. Kat sekolah, paling senang hilang adalah pakaian. Kat IPT up sikit, mungkin duit, laptop, smartphone dan sebagainya. Tapi kat sini oklah, sesama warganegara takde kes kecurian. Itu tandanya duit scholar semua orang cukup, ataupun pelajar yang dihantar ke luar negara ni lebih banyak kesedaran sivik.
  4. Tengah tidur, sekali tengah malam adalan ‘jin’ mana masuk buka lampu. Oh.. rasa macam nak terajang je orang tu.
  5. Bising sampai pagi. Ada jenis manusia ni, mereka tak boleh tidur awal. Jadi apa mereka buat, lepak ramai-ramai dalam satu kelompok dan buatlah apa-apa sampailah diorang mengantuk. Yang kesian adalah orang yang ada sekali dalam bilik tu yang memang nak tidur. Memang kesian.
  6. Bayar duit hostel. Memang annoying sebab duit banyak habis sekelip mata.
  7. Rokok. Ada orang yang tak merokok tak kisah dengan asap rokok, ada yang allergic habis. Memang kesian la golongan yang allergic habis ni kalau dapat rakan sebilik yang memang perokok dan tak nak hisap rokok kat tempat lain.
  8. Warden dan mereka yang berkuasa di hostel tersebut. No doubt, mereka memang annoying.
  9. Kongsi toilet. Bila ada orang lain nak guna dan tak perasan ada orang lain dalam toilet tu dan pintu toilet tu pula tak boleh dikunci dengan betul, maka terjadilah kes ‘diganggu’ ketika menunaikan hajat.
  10. Kurang privasi. Nak cakap dengan awek atau family bincang perkara-perkara yang agak peribadi kadang-kadang susah. Kena cakap slow-slow tak nak orang dengar. Nak pergi tempat lain tak boleh sebab guna skype kat laptop. Akhirnya, terpaksalah cari tunggu waktu keemasan bila semua orang dalam bilik keluar baru boleh bercakap dengan orang tersayang tanpa sebarang gangguan.

Biasalah, mana-mana pun ada je orang yang tak bertimbang rasa dan kurang budi bahasa macam dalam entri ni, jadi perkara macam ni tak boleh dielakkan. Memang kena sabar. Tapi banyak lagi yang aku tak cakap kan? Kalau ada yang nak tambah tinggalkan dalam ruangan komen.

59 Comments

  • fara

    23 March, 2011 at 6:29 am

    hehe.. seronoknya bila baca pasal ni.. teringat masa zaman duk hostel dulu..fara start duk hostel dari form 4, then time matrix satu bilik 4 orang, pastu bila masuk uitm duk umah sewa plak.. macam2 bende annoying yang fara jumpa, biasala, kita ni out of nowhere tiba2 kene duduk sekali kan, thats why ada bnde yang annoying bg kita tapi biasa je bg orang lain…
    Kalau fara la bende yang paling fara rasa annoying kalau time tido orang borak kuat2, tak pun on the phone malam2 buta.. haih, tak kisah pun kalau dorg nak calling2, tp kalau every single thing yg die ckp kite dgr, mcm mn nk tdo… huuuuuuuuuuuu

  • saiful

    19 March, 2011 at 7:33 pm

    masa f5 dulu aku adew stay kt hostel sbb malas nak ulang alik pergi klas tambahan sebelah malam..mmg xdinafikan banyak bnda yg best n xbest bila duduk asrama..yg xbest paling banyak kot.

    antaranya:
    1) tpaksa duduk skali ngan budak2 jahat..mata ni sakit dok tgok budak2 junior kna buli..adew yg kna tidur ngan pemadam api..mmg kelakar la..budak tu mmg tido mati..siap peluk2 lagi pemadam api tu
    2) then, adew senior yg kejutkan junior tu pukul 3 pagi..suh solat subuh..ngan selamba budak tu ambik baldi kecik dia ngan kain tuala p mandi..last2 budak tu tahu yg dia kna kencing..hahahha
    3) adew senior ni kna balas dendam dekat junior..junior tu letak ubat gigi atas bibir abang tu..keesokan paginya, mulut abng tu macam hangus terbakar..yelah kesan ubat gigi..sampai skunk kesan tu adew lagi
    4) kalo malam hujung minggu yg kna stay kt hostel lagi meriah..ada satu malam tu, budak2 junior dok main hantu2..siap ambik selimut tabur bedak wangi sebijik cam pocong..then diorang adew kaco abg senior ni yg dok bergayut kt hepon..masa budak junior tu jerkah abg tu, dengan terkejut beruknya abang tu laung “Allahuakhbar!!!” then terajang budak tu..kitorang apa lagi gelak satu blok..hahhah
    5) yg ni kna dekat aku sendiri..slalu sangat aku kna..slipar aku hilang..aku beli baru. esoknya hilang..mmg pnat dah aku dok sumpah seranah siapa yg curi slipar aku tu..ak dh naik fedup..last2 aku jumpa selipar lain2 warna p secocok..aku jumpa selipar warna hijau sebelah kanan tepi surau asrama yg satu lagi aku jumpa selipar warna merah sebelah kanan tepi longkang kafetaria..ingatkan kekal la kan..last2 adew jugak org berjiwa esotik curi slipar kacuk aku ni..nak marah pom adew nak gelak pom ada..hahhahah

    • ariff

      20 March, 2011 at 3:42 pm

      hahaha.. best ah cerita ko. Aku dulu skema sikit, kalau budak bising2, memang aku sound. Tak kiralah sorang ke, 20 orang ke.. Aku sound je.. Jadi diorang blah dari bilik tu. Lepak tempat lain.

      Yang bab ubat gigi tu, tak pernah lak aku tau efek dia kuat giler macam tu.. perrghh.. bahaya gak.

      Bab selipar hilang, memang aku sorok selipar aku kat belakang bilik atau bawah katil. Memang menyampah kalau hilang. Sengkek sangat budak-budak ni. Kalau kat surau, aku letak asing-asing. Tak letak sama-sama. Settle masalah.

  • titan

    16 March, 2011 at 6:17 pm

    teringat masa dok asrama, panjat bumbung asrama. Pastu lepak atas bumbung. Naik ikut tandas..haha.

    tapi bab-bab perkara annoying tu, memang betul. Banyak dah berlaku..

  • hamba Allah

    15 March, 2011 at 6:35 am

    sepanjang duduk kat asrama ni, barang yg selalu hilang ialah stoking dgn selipar surau. stoking hilang sbb org yg keluarkan ia dari mesin basuh tak check betul2. yg curik selipar kat surau tu mmg tak bertamadun, penat BADA nak carik duit utk beli selipar..haha

  • Atirah

    13 March, 2011 at 6:20 pm

    A’ah, kadang kita nak makan sorang2 pun rasa tak elok tak ajak orang tu..bila ajak, makanan kita tak cukup pulak..dia tanya, kita jawab “eh cukup je lah”, ni suma pasal nak jaga hati..

    • hamba Allah

      15 March, 2011 at 6:40 am

      betul3, haha. banyak kali kes camni berlaku especially time makan maggi dlm dorm after light off. masak sebungkus tapi terpaksa kongsi dgn satu dorm :DD

  • nev

    12 March, 2011 at 12:44 pm

    pergh..rindu zaman2 muda remaja di hostel..zaman kanak2 ribena. kalau bawa makanan balik dari umah tu adalah time paling best. sbb bole ajak rakan2 satu dorm, dorm sebelah kanan, kiri, depan, kt atas, bawah dan di blok selang satu blok. pakat ramai2 makan kedarah satu kontena nasi ayam..walaupun hanya sesuap tp ini melambangkan we’re brothers

  • gadis kayangan

    11 March, 2011 at 5:32 pm

    actually pengalaman dduk asrama especially SBP memang kenangan. even dulu senior suka memekak kol 3 4 pagi sebab buat perjumpaan dengan adik2. tau sebab apa? sebab ‘ checking’. klo skul sy kalau snior jrit ada checking, smua junior gelabah. chcking tu check loker brsih ke x, baldi ada sbun ke x, ada brus ggi ke x, bju bsuh ke x.. niat mmng bgus tp cra xkena.. marah2.. smpai 3 4 pagi mrah2.

  • Lynaatika

    11 March, 2011 at 1:12 pm

    erm..knape la junior ssh nk tego org..bile nk mintak tolong taw pulak cari…ni kalau kat oztel…kalau kat umah sewa rmai2 mcmne?? erm…lg trok agk nyer kn…

  • Mr Acai

    11 March, 2011 at 12:23 pm

    aku dulu tak duk asrama tak penuh.. bnyk gak la benda yg annoying . ada jugak la senarai kt atas tu.

    yg aku paling tak best rasa kena sebat masa kt perhimpunan malam.. kantoi isap rokok.. huhu

  • Lord Zara

    11 March, 2011 at 11:24 am

    Dulu duduk asrama, matrik adalah asrama pertama aku. lepas tu UTM. hahaha. paling benci junior2 yang berlagak dan memekak. bila kita minta senyap, dia hempas pintu kat muka. Bila dia kena buat assignment English yang kena buat survey, pandai plak nak ketuk bilik minta kita tolong~
    Pfft~

    Punyalah baik. Tolong juga. Bila dah siap tolong, haram tak bertegur sapa dengan kita semula. sungguhlah haram perangai.

    paling gila sekali adalah masa final year, masa buat thesis, pukul 3 pagi, ada dengar orang cuci baju sambil menyanyi. bila jengah dalam bilik air, nampak orang tengah cuci baju rambut panjang. nampak ada kaki, terus datang maki junior yang rambut panjang melepasi punggung. damn!

    menakutkan.
    sampai sekarang ingat lagi dia akan mengerbangkan rambut dia sambil jalan2 pakai baju kelawar sepanjang koridor. gila! >.<"

  • Izwan

    11 March, 2011 at 9:20 am

    aku dulu skolah biasa je.. takde sgt kes annoying ni..tapi masuk ipt la,kes barang hilang.. bengang giler..potong tangan agaknya baru takut..

  • hidayah sapidih

    10 March, 2011 at 5:06 pm

    biasalah hidup dengan orang lain..kadang2 tak leh nak ngam.tegur sket cakap bajet bagus tapi kalau tak tegur perangai makin menjadi-jadi. Macam saya ni duk uma sewa sampai 10 orang macam-macam ragam. Ada yang paling annoying ada roomate ni suka masak tapi lepas tu masak tak reti nak kemas balik. Lepas tu orang lain nak guna dapur terpaksa la basuh kuali periuk die guna tu.

    • ariff

      10 March, 2011 at 6:34 pm

      bab masak ni memang problem. Kalau orang yang tak reti masak/jarang masuk daput ni, lepas memasak mesti tak kemas balik. Faham sangat dah.

  • fashalolo

    11 March, 2011 at 5:43 am

    Kalau lelaki suara garau dan lantang perempuan pula suara nyaring. Yang peliknya mereka ni start buat bising, bercakap kuat dan gelak mengilai waktu tengah malam. Memang sebiji macam pontianak. Tapi during exam week tahu pula senyap.

    Berkongsi toilet takde masalah. Tapi kalau dah spesis pengotor ni…bahan buangan sendiri pun tak reti-reti nak dispose elok-elok. Sungguh tak faham. Padahal tong sampah besar ada betul-betul depan pintu toilet. Dalam bilik mandi pula, i selalu perasan ada tahi hidung dicalit-calit dekat tiles. Walau cleaner dah cuci sental bersih…esok lusa mesti ada balik. Geliii!!!

    Tutup pintu kuat-kuat paling annoying dekat floor i ni. Bilik orang tu selang 2 bilik je. Setiap kali dia tutup pintu, rasanya memang bergegar 1 blok ni. Bayangkan waktu tengah malam bila dah tido.

  • aliya

    11 March, 2011 at 4:36 am

    tym aku plak bile kes kena mandi dlm mse 15 minit je.tingktn 1 n 2 mandi dr pukul 6.oo-6.15.dan setiap 15 minit seterusnya tingkatan lain plak untuk mndi.ni semua sebab kes ada budak tak angkat baju kt ampaian semalammya..mmg semua kena denda la…mmg xpuas giler mandi…lagi satu basuh baju pon ada timing dy..erm..ble dah senior,mmg x pernah ikut jadual basuh baju…tym makan plak dapat bihun goreng dawai..keras…mmg kenangan..x nk kembali ke alam asrama….waaa

  • wani

    11 March, 2011 at 3:46 am

    bab tido pastu ada manusia bukak lampu tu memang annoying.dah la bukak lampu,memekak lagi.pastu kalau dapat roomate keje bercakap je.aku tengah study pun boleh nak ajak berborak,aku buat muka bosan pun tak paham2 lagi..pelik.

  • ekspresiruang

    11 March, 2011 at 3:23 am

    mmg la annoying tapi skg ni menda2 tu la yg plg kita igt. last2 akan jd kenangan manis gk. utk aku, dok hostel adalah part yg membentuk aku seperti skg. senakal mana pon dulu, tp smo tu membentuk kita dan tidak sekadar menjadi skema yang mengadap buku semata-mata time zaman sekolah.

    kebiasaan yg berjaya skg adalah produk2 nakal di sekolah, dan budak2 skema di skolah dulu2 kebiasaanya skg kerja makan gaji dan jd pak turut org je.

    pengakuan ikhlas dari budak yang selalu membuat annoying di asrama penuh. huhu

    • Farah

      15 March, 2011 at 5:32 pm

      Aku setuju dgn kamu Ekspresiruang..kenapa ya majoriti budak2 baik(skema) kat sekolah dulu hanya jadi pak turut bila mereka melangkah ke alam pekerjaan? Sedangkan aku rasa mereka mampu buat sesuatu yg lebih lagi dari tu…

  • qalby

    11 March, 2011 at 2:52 am

    adoi! mmg betol sgt lah tu..
    plg best bila part makanan ku makanan mu jua tapi makanan mu hanya untuk mu..demm~ tp aku pemurah..makan la makan la sampai lebam ~_~”

  • stormz

    11 March, 2011 at 2:17 am

    mmg annoying ddk hostel. senior yg sangke bagus sibuk nk raging org..pastu dgn warden yg hampeh. sibuk je nk interfere.

    org2 yg suka pinjam2 brg ni lg la xblh blah.

  • hana

    10 March, 2011 at 6:45 pm

    sye dari form 1 sampai kt uitm nh duk hostel…naseb la bile sem3 duk umah sewe…
    agak kurang la masalh macam tu..
    hahaha
    tp bes la duk hostel..
    =D

  • Faziera

    10 March, 2011 at 6:19 pm

    memang sangat annoying..banyak dah dengar pasal ni..selamat so far takda gangguan macam ni..

    lagi satu, bab “nak meggi kau boley?nanti aku ganti balik” sampai sudah kot tak ganti balik..mintak lagi ada…

  • APi

    10 March, 2011 at 6:15 pm

    perkara perkara standard bila duduk hostel..
    bile nak upgrade tak tau..
    keh keh keh..

    ada lagi annoying makan megi bawah katil..
    what the tuutt..

  • piza

    10 March, 2011 at 5:00 pm

    ini bukan kes hostel sekolah la,,so far kat hostel ni,, alami masalah dak2 uma atas suke gelak mcm puntianak,, kadang2 sampai takut nak tido,, terpakse soh rumet tnggu sampai tido,, n mostly,, guard! bukan warden,, yg sgt annoying,, kalah warden,, serba serbi xkene kat mate guard tu,, tp kami pedulik hape sbb kami tau kami xsalah,, (so far la ;p)

  • akubiomed

    10 March, 2011 at 4:37 pm

    Asam ragam duduk hostel. Kalau yang clash dengan makwe sampai kawan sebilik pun hendak dibedal. Padahal bergaduh dengan awek apa pasal pula orang lain turut terbabit diri sendiri cari masalah.

    Apabila berpacaran kawan sebilik pun tidak diherankan apabila sudah kena dump baru kenal kawan :-)

  • syafiqah

    10 March, 2011 at 4:32 pm

    haha..samela ariff
    aku dri form 1 until now still dok hostel..
    ak rasa yg annoying lagi dok hostel ialah kena biler tunggu turn nak mandi especially pagi2..huh..

    pastu mkn kena ikot time..lmbat habes..tak psl2 kena diet aritu -,-

    • ariff

      10 March, 2011 at 6:46 pm

      Kalau problem mandi tu time sekolah dulu adalah. Kat sini setiap bilik ada bilik mandi sendiri and semua orang jadual lain2. So tak sesak sangat nak mandi.

  • fiffy syafiqa hazirah

    10 March, 2011 at 4:15 pm

    duduk hostel mmg annoying especially time skolah dulu sebab ikot sistem dorm, berbelas2 org 1 bilik. kes kawan baik khianat member bilik, muka nampak baik tp dia rupanya mencuri barang 1 bilik. macam jahanam.

    lepastu kes x sebulu ngn member sebilik, kes tandas berebut2 mandi then masalah air, mmg fuck gila la.

    peraturan sekolah yg strict nak mampus, warden garang, pengawas garang. T_T

    bila dah masuk kolej ok sikit la. matrik 4 org 1 bilik, just masalah air je. masuk uni, 1st year dlu masalah rumet terlampau skema, mmg tertekan sebab semua benda xleh. second year aku amik single room, masalah kes croboh n sexual harrasment lak. T_T. skrg ni ada rumet, ok la. alhamdulillah. haha

  • raiiiihan

    10 March, 2011 at 4:13 pm

    ada lagi satu! WARDEN PEREMPUAN. kalau ada emergency kena keluar outing, jgn la mintak sign warden perempuan. hmph! warden lelaki coooool je kot.

  • cahaya

    10 March, 2011 at 3:55 pm

    ada jugak yg mood dia ikut suka hati..tetibe hangi satu bdn..kita yg x bersalh ni pon kena..memang sakit hati aa jumpa org gini…dpt pulak yg mulut laser..perghhh…

  • Akid azami

    10 March, 2011 at 3:40 pm

    Haha.. Teringat masa study dulu. memang sebijik lah dengan apa kau listkan. Tapi ada lagi 1, bila ada salah faham, mulalah berpuak-puak.. tinggal 1 hostel tapi berpuak-puak.. Tak matang sungguh