Pengaruh blogger di berbeza di setiap peringkat
Dalam perjalanan hidup seorang blogger, ada peringkat-peringkat yang mereka akan/telah lalui. Aku nak kongsi sikit tentang peringkat-peringkat ni serta pandangan peribadi aku. Kita start dari bawah ke peringkat yang paling tinggi ok!
Sebab Nak Ada Blog
Aku rasa semua orang start berblogging sebab terikut dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja kat internet ni. Pada awalnya, kadang-kadang kita fikir yang mempunyai blog ni semacam ada cool factor di situ. Seolah-olah kita ada property kat internet ni dan kalau kawan-kawan online boleh cakap kat diorang, “jemputlah ke blog aku”. Lepas tu bila diorang puji layout blog cantik, mesti rasa bangga kejap.
Tapi blog tu jarang update, kalau update pun mungkin sebab hari tu kita tak puas hati dengan seseorang atau sesuatu, maka kat bloglah perasaan atau kejadian itu diluahkan dan diceritakan. Lepas tu blog senyap balik. Biasanya blog macam ni akan selalu ‘hilang’ setelah setahun dua berlalu sebab pemilik dia terasa malu dengan penulisan mereka yang kurang matang pada peringkat awal ni.
Ada juga yang buat blog atas sebab sesuatu isu atau perjuangan tertentu seperti politik. Biasanya blog macam ni aktif pada masa tertentu je. Bila matlamat telah dicapai dan perjuangan telah selesai, blog tu akan mati dan dibiarkan begitu sahaja.
Kepuasan Diri Sendiri
Masa awal-awal tulis blog tu, kadang-kadang kita dapat komen yang membina daripada rakan-rakan. Rasa semangat sikit. Jadi dari situ berkembang sikit minat dia terhadap berblogging ni. Di peringkat ini, biasanya blogger akan tau apa nak tulis dalam blog dia. Kali ini mereka lebih bersedia dan lebih kritikal terhadap sesuatu isu. Blogger yang blog atas kepuasan diri sendiri ni biasanya akan ada pembaca tetap dan bergantung kepada penulisan mereka, bilangan pembaca ni boleh bertambah.
Kebanyakan blogger macam ni tak kisah pun samada mereka buat duit atau tidak dengan berblogging. Pada mereka, asalkan penulisan mereka memuaskan hati, dapat berkongsi apa yang terbuku di hati atau mungkin hanya sebab blog mereka cantik dah memadai. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja dengan blog mereka tanpa perlu memikirkan tentang faktor-faktor lain.
brought to you by
Buat Duit Sambil Menulis Blog
Bila penulisan kita dah beri impak pada orang lain dan bilangan pembaca semakin bertambah, mulalah fikir, kalau aku letak iklan kat blog ni mesti dah banyak buat duit. Dari situ, blogger mula nampak blog dia sebagai sebuah business atau perniagaan, kadang-kadang macam lombong emas pun ada. Pada peringkat ini, blogger akan mula pandang dari segi terknikal tentang blog pula, perkara macam SEO, Alexa ranking dan PageRank menjadi tumpuan.
Mereka mula mencuba pelbagai syarikat pengiklanan. Bermula daripada Google Adsense, sehinggalah ke Nuffnang, Advertlets, Innity dan Mangga Ads. Namun begitu, blogger ni masih lagi mengekalkan kualiti penulisan blognya, cuma fokus asal tu dah berubah sedikit. Kalau ada rezeki lebih sikit disebabkan kreativiti penulisan mereka, akan ada syarikat atau orang perseorangan yang menawarkan peluang untuk melakukan review berbayar berkenaan produk dan website mereka.
Buat Blog Sebab Nak Buat Duit
Blogger yang buat blog sebab nak buat duit ni biasanya memang berpengalaman dalam bidang blogging ni. Mereka tahu selok-belok blogging dan tahu blog macam mana yang orang suka baca. Ada diantara mereka sudahpun terkenal disebabkan blog mereka yang asal. Biasanya blog yang mereka buat adalah niche blog, maksudnya blog yang fokus pada satu lingkungan topik sahaja. Blog macam ni boleh tahan lama kalau sentiasa ada bahan berkaitan topik yang blogger tu cover. Kalau tak, lama-lama orang akan merasa bosan gak.
Blogger Yang Popular
Ni peringkat atas sekali dalam piramid blogger. Tak ramai blogger yang popular, tetapi bilangannya masih signifikan. Blogger popular ni biasanya dah ada pengikut tetap dia sendiri. Mereka ada pengaruh. Kalaupun bergaduh dan berselisih faham dengan blogger atau individu lain, mereka masih mempunyai pengikut setia yang percaya kepada mereka. Blogger popular ni biasanya tak perlu buat entri yang hebat-hebat, mereka menulis berdasarkan pendapat peribadi mereka dan orang akan suka. Mereka juga tak perlu nak kejar benda-benda teknikal dalam blogging sebab nama mereka sudah gah dan terkenal.
Blogger popular ni, produk dia bukan blognya tapi diri mereka sendiri. Biasanya mempunyai rupa paras fizikal yang cantik, kacak dan sebagainya. Pengiklan memang suka blogger popular.
***
Nasihat aku, be on the right track. Kalau macam baru je seminggu start blog tapi dah fikir berapa banyak duit dapat, memang susah la blog korang nak berjaya. Dalam dunia blogging ni, terutamanya penulis blog personal, tak boleh terlalu ghairah nak kejar duit sebab kalau kejar duit, entri yang ditulis akan hilang personal touch yang unik pada diri kita sendiri. Pembaca mula tidak kenal pada kita dan lama kelamaan akan melupai kita. Ini sebagai peringatan kepada semua blogger personal kat luar sana, termasuk diri aku sendiri.
Sekadar pendapat peribadi aku.. Mungkin ada yang tak setuju. Jadi dimanakah korang?

Comments
45 responses to “Peringkat-Peringkat Blogger Di Malaysia”
Saya merasakan diri saya berblog masih lagi tidak mencapai tahap apa-apa.. level bawahan jer. Banyak yang perlu saya belajar ni..
sangat hebat info ni ariff. suka :D
erkk..aku xtau nak campak kat level mane ni.
haha -_-“
salam …!
my blog is a personal blog.. sekadar tempat untuk meluah rasa hati; suka & duka.. =)
Sejak berblog plus minus separuh dekad, saya dah jumpa banyak jenis blog dari setiap level. Walaupun dah berpuluh juta blog saya pernah baca [ceh, puluh juta kononnya], saya rasa saya lebih enjoy baca blog kawan2 sendiri [kebanyakan mereka di level 4, saya pun]. Mungkin sebab adanya komunikasi dua hala kot. Jadi, bila baca blog yang orang yang suggest kan [mestilah blogger di level tinggi kan], saya macam terdetik – kenapa lah aku kena baca blog die ni, kenapa lah aku kena ambil tahu life die, die tak kenal aku pun haha. Gitu lah lebih kurang. Itu yang blog kepunyaan blogger saya tak kenal, saya follow tak lama. Kecuali, kalau blog die tu betul2 kena dengan jiwa saya, eceyyy=p
P/s-Saya ni pemalas komen sikit. Suka meronda, tapi jarang tinggal jejak. Tapi bila dah tinggal jejak, mula lah berjela hehe.
well i guess i put myself in ‘kepuasan diri sendiri’..hehe
tak tahu nak letak kat mana, tapi dulu buat blog sebab nak berkongsi ilmu cctv yang jarang kalangan kita tahu, pastu bila dah berblogging ni mula suka teknikal dan semakin suka dgn dunia blog berkaitan dgn teknikal
Aku kembali berblogging sebab mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan. Pernah aku melawat Google tapi tak tahu apa nak taip kat situ. Aku menemui jalan buntu walaupun hanya satu klik segala ilmu boleh timbul. So aku pk, blog akan membolehkan aku mendapat idea apa nak taip kat Google. Then..
Aku register domain tanpa idea niche apa aku nak blog kan. Last2 aku amik nama aku sendri buat domain..anwarosman.com. Member aku cakap aku nak jadi blogger gila glam.. aku x rasa mcm tu pun… just aku xtau apa aku nak pada mulanya. Bantai sjala kan.
JAdik benda dah daftar.. aku mula la tulis apa yg terlintas dulu… then aku baru dpt entri mcm mana aku suka tulis. So, infomasi komputer lah sebab aku suka search dan explore benda2 nie.. jadi apsalah aku kongsikan info dengan gaya aku sendiri.
Aku blogger kategori No 4.
salam.
setuju dengan apa yg ditulis. sekarang ni ramai blogger baru yang berblog untuk duit. tapi lepas earning sikit je dapat. terus putus asa. blogging ni niat kena betul la. kalau tak jadi hangat-hangat taik ayam je.
semangat dan niat kena betul, baru blog power!
majulah blog untuk negara~~ :P
Dah banyak blog yg aku baca, tapi blog yg mampu buat aku terus membaca sangat sikit. Blog ko termasuk kategori yg aku akan terus menerus membaca (kalau standard penulisan ko kekal la kan).
Aku rasa blog ko popular dulu dan kemudian datang sekali pakej blogger popular. Dah top dah sekarang. Aku ingat lagi dulu, orang nak komen dekat entri pun susah. Sekarang tak payah cakap la kan. Hehe.
waa..
jauh lagi kedudukan gua..
aku menulis sebab aku suka~
so, as long as aku dapat menulis, yes, aku akan menulis~
=)
popular?
takkan dapat masuk situ punya aku~
encik ariff dah~
hehehe~
bukan golongan blogger nak duit…level kat bwh lagi sbb msh baru dan kdg2 tu mls nk update, tp yg penting hati mesti mau puas hihi… ;)
Haha… Aku baru jer rangka draft pasal tahap blogger nie, sekali papp…. Ko dah siar… Huhu .. So padam la simpanan aku…
Haha…buat je…lain orang lain pandangan…kan???
hahahaa.. kebetulan yang tidak diduga di situ..
ermm, sikit2 ada setuju. biarlah menulis blog dgn identiti sendiri bukan ciplak. baru lah bleh tahan lama dan disayangi. ecehhhhh.
*pelik dgn org yg buat blog tuk ‘bikin kecoh’. cari salah silap blogger lain. ermm..lapang sungguh dia.
cukup sekadar msg dalam blog tu member2 yg ade dlm fb baca :|
Aku blogger hentam keromo je..!! Hahaha…
aku hanya blogger tahap marhaen je XD
ingatkan MLM tadi
hahahahaha… kelakar la ko
setuju2! ^_^ biarlah tak kejar duit,janji entri sedap nak bace.
Salam bro…kalau aku tengok kat piramid tu aku tak taula…tapi kalau dekat poin-poin tu, aku orang yang nak puaskan hati dan cari duit sikit-sikit…so buat masa ni happy dengan berblogging
ramai yang hilang personal touch kerana nak nak cepat naik tingkat piramidnya.
mungkin kurang pendedahan tentang perlunya kredibiliti dalam berblogkan??
saya berblog?
dari masa form 4 mencari 1 web yang saya blh tulis tentang SAYA (macam open dairy) dan boleh letak gambar dan bercerita tentang gambar…
pengaruh dari rakan2 MIRC #uitm..
lama kan….
tapi 2009 baru tahu wujudnya blogspot…
aku berblogging kerana ingin mencari sedkit duit saku utk hidup..hehe
Ber blog ni sama je seperti kehidupan. Blogger yg ada disiplin, ada daya tahan, suka nak tambah ILMU pasti boleh bertahan lama.
betul..kena back to the track….biar blog kita ada jiwa macam kata Kak Kujie….
tiba-tiba pula kak jie berjiwang ye..
hehehe..mmglah suka trafik yg ramai tapi rasa tak best kalau post entri pasal benda2 yg tak de dlm hidup – kadang2 buat juga..hahaha..isu popular tapi terus terang, langsung tak best!
self satisfaction
gyahahaahhahahah~
ehehehe..saye pon baru jerk blogging…sebulan lebih…best juga bila ramai yang singgah ke blog yang serba kekurangan nie dan komen…huhu…ini menyebabkan saya bersemangat nak teruskan menulis blog..huhu
aku buat blog aku macam diary. baru la rasa iklhlas berblogging. mula-mula tulis blog memang penulisan kantoi habis. malu plak nak baca balik entry lama. haha. tapi kalau ade orang puji blog kite best. rasa macam seronok ade orang appreciate blog kite :)
aku pun tak tahu aku dimana…tapi kata atas tue memang relaitinya…hurm, dalam pyramid…aku dibawah…asas pendukung si blogger popular :)
terbaik sungguh…..
kne gak buh satu benda.. blogger ada dtg pasti ada yang pergi…
hari nie gah.. esok lusa… entah kemana… terpaksa wat jejak kasihan….
p/s- base on pengalaman bro berblog sejak tahun 2006… berapa ramai blogger2 yang seangkatan dengan bro hilang satu persatu….
Takde kot sebab dulu-dulu blog dalam bahasa Inggeris. Tahap dulu memang blog atas kepuasan diri sendiri je, jadi tak kenal sangat blogger Malaysia yang lain. Ada pun kawan-kawan rapat je. Trafik semua masuk dari search engine sebab masa tu tak guna ping service dan sebagainya.
blog.ariff ni baru pertama kali dalam hidup buat dalam bahasa Malaysia =)
suke entry ni…senyum sorg2 lak baca..haha
da tengok komik pasal 5 stage berblog?
;)
Aku x tau level aku kat mana.. blogger pada aku same je kot.. mereka semua manusia biasa yg x lepas dari kesilapan.. bezanya adalah pengaruh di bawah mereka..hehee..
well written ariff. memang betul. aku punya prinsip senang je dalam dunia blogging ni:
kalau kita fokus pada duit, blog takkan berjaya. kalau kita fokus kepada pembaca dan mesej yang hendak disampaikan, duit akan datang sendirinya.
aku masih di lingkungan paling bawah rasanya. alamakkk. haha.
aku blog bermusim. :p
untuk kepuasan diri aku sendiri.. titik :)
blogku hanya personal .. kadang2 aja ada informasi
itu pon terpaksa bersaing dengan kak yanmie .. hahaha
a’ah ramai yang seminggu blogging dah mengharap earn yang berbukit2.. adess sekarang ni byk blog yang terbengkalai sebab mungkin niat diorang berblogging tu tak kesampaian..