brought to you by
Hari ni aku takde exam, jadi sempatlah pergi ke pusat bandar Moscow sebab nak kena amik patent kat pusat pengumpulan paten Russia. Tempat ni macam sebuah perpustakaan besar, cuma kat sini paten jelah ada. Bukan setakat paten negara Russia je ada, satu dunia punya paten diorang kumpul sini. Agensi pengumpulan paten Russia ni ada lebih daripada 30 cawangan kat seluruh dunia. Tapi kat Malaysia takdelah. Mungkin sebab Malaysia tak banyak patenkan harta intelek sendiri kot..
Paten ni aku akan gunakan untuk final year project nanti. Aku nak tanya la, macam mana budak engineering kat Malaysia punya final year project ye? Apa yang korang kena buat? Aku sampai sekarang tak pernah tau pun macam mana budak engineering kat Malaysia belajar. Dulu sampaikan aku pernah terfikir untuk collaborate dengan universiti kat Malaysia supaya aku boleh join sekali kuliah, tutorial etc. semata-mata nak tengok proses pembelajaran kat Malaysia. Tapi harapan la sebab cuti summer aku pun sekejap je. Baik aku enjoy. haha~
Paten yang aku amik tadi
Exam aku dah boleh kira habis sebab paper last ni, ekonomi macam tak penting sangat. Tunggu cuaca cantik sket nak gi tangkap gambar ah. Takpun pergi main basikal kat taman. Banyak awek bersukan petang-petang. haha~

Comments
9 responses to “Pergi Cari Paten”
Zaman dulu2 tak pernah terfikir orang Malaysi akan study kat Rusia ni.
Aku amik mechanical major in material…cara kitorang buat final project macam ko jugak, geledah perpustakaan, cari patent, cari jurnal lama…palaing malas pun masuk sciencedirect…dekat UTM boleh masuk site tu tanpa daftar, sebab UTM dah daftar untuk student yang lain…sekian…
Hang ambik aviation kan arif… bahagian ape yerk…
aku maintenance… ko plak?
owh. Aku.. haish. nak cerita susah. Yang pasti bukan maintenance, banyak kepada mechanical engineering.
Lebih kurang camtu la..
macam tak percaya ada orang cakap paper ekonomi tak penting… Fuh! Punya habis2 studi nis dapat B je.
sebab ekonomi Russia. hehe.
penting sangat…kita kalau nak invent pun kena ada investment dari orang lain, kalau ekonomi tak mantap, siapa nak invest…so learning economy is important..
Yah! Itu dia! Haha… Serius. Learning economy is very important. nis pun baru discover kelebihan belajar Ekonomi ni. Paling tidak kita boleh predict pasaran kerja, pasaran barang dsb.
yeah…macam-macam lagi..kalau nak mintak kerja pun kena timing dah sekarang, silap langkah, jadi office boy kita…kehkhekhe