
Belum habis lagi dengan Proton Suprima S, kali ini saya buat perbandingan antara kereta ini dengan model lain yang setaraf dengannya. Perbandingan ini adalah untuk diri saya sebab saya pun sedang mencari kereta untuk dibeli.
Untuk pengetahuan, Proton Suprima S tergolong dalam segmen C (mid-size family car) hatchback. Jadi perbandingan yang setara dengannya dalam segmen ini ialah Peugeot 308 Turbo, Mazda 3 Turbo dan Ford Focus Sport+.
Dari segi harga jualannya di Malaysia, Proton Suprima S adalah yang paling murah. No doubt since ini adalah kereta keluaran tempatan, jadi harganya memang sepatutnya lebih murah berbanding kereta jenama luar.
Kalau tengok dari segi prestasi enjin, enjin CFE Turbo Proton Suprima S boleh dikatakan setanding dengan dengan enjin kereta jenama lain. Saya pernah test-drive Preve dengan enjin CFE Turbo ini, memang kuat pick-up dia, cuma ada something yang tak kena masa test-drive Preve dulu. Seolah-olah kereta tu melayang dan tak solid masa nak memecut.
Dari segi keluasan dalaman, Proton Suprima S mempunyai ruang dalaman yang paling luas. Untuk mereka yang nak berkeluarga, aspek ruang dalaman kenderaan perlu diambil perhatian secara serius.
Dari segi safety features dan safety rating, Proton Suprima S boleh dikatakan mempunyai hampir kesemua (atau lebih) safety features yang ada dalam kereta lain. Ini adalah kereta paling selama yang pernah dihasilkan oleh Proton.
Cuma satu je isu yang hangat diperkatakan dalam forum sekarang, kereta ini mempunyai fuel consumption yang tinggi (9.6L/100km). Kalau drive dalam bandar memang cepat habis minyak. Tapi kalau ianya dah berpuluh ribu lebih murah berbanding kereta lain, apa nak dikecohkan, betul tak?
Proton Suprima S memang nampak bagus on paper malah boleh dikatakan pilihan terbaik berbanding kereta lain dalam kelasnya. Memang tak boleh disangkal lagi. Proton Preve pun hampir sama dulu kalau nak dibandingkan dengan kereta lain dalam segmennya, tapi kita masih lihat jenama lain yang masih menjadi pilihan orang ramai.
Problem dengan Proton ni satu je, branding mereka terjejas teruk sebelum ni. Memang mereka boleh hasilkan kereta bagus yang value for money, tapi kalau orang tak confident nak guna Proton, orang takkan beli.

Lagi satu tentang Proton Suprima S ni, boleh diharapkan ke? Maksud saya adakah ianya akan didatangkan dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh kereta keluaran Proton generasi terdahulu? Untuk menjawab persoalan ini, hanya masa yang akan menentukannya.
Bagaimana pula dengan after service? Sedangkan jenama terkenal dunia seperti Volkswagen pun ada masalah besar dengan after service mereka di Malaysia ni (boleh rujuk laman FB Volkswagen Malaysia, banyak komplen daripada pelanggan di situ), inikan pula Proton. Saya pasti ramai yang pernah mendengar 1001 macam ragam berkaitan Proton punya after service.
Sehingga semua persoalan ini belum terjawab, saya sendiri tak berani nak beli Proton Suprima S.
On paper, kereta ni memang bagus. Tapi mampukah mereka menjadikan kereta ini sebagai kereta pilihan no.1 rakyat Malaysia? Improve on your branding dan after service. Keluar duit lebih sikit pada kedua-dua bahagian ini dan saya pasti, kereta ini akan terjual seperti pisang goreng panas.
Kalau korang, rasanya nak beli tak?

Comments
39 responses to “Perbandingan Proton Suprima S Dengan Model Lain Yang Setaraf Dengannya”
rasanya ok kot suprima ni,harap takde masaalah macam preve masa mula2 keluar dulu,.firts impression jer dah macam2 hal..support proton
masih bukan kereta yang terbaik pada harga yg ditawarkan.. kecewa.. dah pi tgk kat showroom..
InsyaAllah, lepas 5 – 6 bulan kerja mampu beli.
hahah! :)
Sedang mencari Kelisa atau KE70. Berkenan dengan Suprima S. Tapi tak mampu. By the way, siapa ada kaki untuk aku dapat kelisa 1.0 auto full loan. email please…muhamadkhamsi@gmail.com. Peace ye! Assalamu’alaikum :D
Saya suka ayat ni “On paper, kereta ni memang bagus.”
Masih belum teruja untuk upgrade ke kereta proton..Wait n see dulu…..
tak konfiden..he after rreading..he
Perkongsian yang berguna bro…terima kasih, dulu dah biasa guna kereta Malaysia ( proton )..biasala dari segi kualiti ,ada je masalah..sehinggakan saya bertukar ke kereta import pula..dah serik dah…
Belum mampu untuk ini. Hanya sekadar membaca sekadar informasi.
setakat ni, gua setia lagi dengan saga gua. haha..
Pecutan Proton Suprima S dari 0 ke 100 km/j sebenarnya mengambil masa 9.9 saat, bukannya 9.6 saat. Lebih perlahan berbanding Preve CFE sebab Suprima S lebih berat. Selain itu, penggunaan petrol sebanyak 9.6 liter untuk perjalanan sejauh 100 km/j agak tidak boleh diterima buat masa sekarang. Proton patut mencari jalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan enjin Campro mereka, apa gunanya berkuasa kalau tidak cekap penggunaan minyaknya. Saya percaya kalau enjin Campro mampu mencatatkan penggunaan petrol yang menjimatkan setanding model-model lain, pasti Suprima S tidak akan menghadapi masalah untuk mencatatkan jualan yang tinggi pada setiap bulan.
9.6l/100km bukanlah satu yang boleh dibanggakan. Tapi tidak tersasar dari kereta yang sama kelasnya. Dan ini ialah combined FC, bukan FC stabil 90km/h yang boleh dicapai preve 6.6l/100km.
Kebanyakkan enjin 2.0l mempunyai FC yang lebih kurang 8-10l/100km. Jadi sasaranya tidak jauh. Kalau kata lebih baik beli mazda 3 baru, itu harganya 130k. Beza amat tinggi, dan penjimatan minyak pun tidak ketara berbanding penjimatan 40k kalau beli Suprima S.
Penggunaan minyak seperti terdapat pada brochures Suprima adalah untuk pemanduan bandar+highway = 9.1L/100km manakala utk Preve adalah 8.7L/100km. Untuk pemanduan highway (90km/h constant speed) Suprima = 6.9L/100km Preve = 6.7L/100km
Terima kasih atas perkongsian
Proton Suprima S memang bagus dari segi teknikal berbanding model-model keluaran syarikat lain, malangnya jenama Proton sudah sinonim dengan kekecewaan pelanggan-pelanggan yang pernah membeli kenderaan mereka. Tapi berbanding sebelum ini, kualiti kenderaan Proton sememangnya sudah banyak menunjukkan peningkatan, cuma cabarannya ialah Proton perlu berusaha lebih gigih untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat Malaysia terhadap produk keluaran mereka.
Bila sebut pusat servis, saya sendiri sebenarnya fobia untuk membeli kereta baru tak kira apa jenama sekalipun. Dulu, saya pernah beberapa kali membeli kereta, semuanya kereta terpakai sebab tak berani hendak menghadapi karenah di pusat servis sebab terlalu banyak sangat mendengar cerita-cerita yang kurang baik. Apa pun awal tahun lepas saya dah beli kereta baru, nasib baik khidmat yang diberikan oleh pusat servis berada pada tahap memuaskan. Nak kata terbaik tu taklah, tipikal kerja orang kita yang sekadar boleh tahan saja.
aku tak minat kereta, tapi kalau aku tak baca blog ni, tak tengok perbandingan, mungkin dah beli terus suprima ni…
Kalau proton keluarkan design macam yang theopilus chin render, mungkin akan lebih ramai akan beli.
Design asal P3-21A, P3-22A dan P2-30A semua cantik2 dan hebat. Lebih hebat dari theoplius chin.
Masalahny bukan design, tapi untuk mencapai equlibrium pada stage homologation, kekangang engineering dan faktor target price yang menjadi kekangan. Namun Proton semakin hampir mencapai tahap equlibrium, mungkin tidak pada model ini tapi model2 akan datang.
Dah pergi tgk kat showroom, sekali pandang dan belek macam berkenan je. Tapi tak yakin :D
ade turbo tu,pasti mkin byk kerlipan aes di hi-way pasnie..
ahaha
“Minat” betol Ariffshah dengan Suprima S ni..hehe
Kalau tanya aku, aku tak confident dengan turbo campro..sebab enjin campro NA sendiri pun masih manja..pernah dengar isu crankshaft campro patah? Turbo dengan erti kata lain untuk paksa enjin supaya bekerja lebih kuat..so faham2 je lah. Hehe
Pembangunan campro CFE bukan semata-mata bolt on turbo yang memaksa enjin bekerja keras dari yang sepatutnya. Banyak benda yang diubah suai untuk memberi lebih ketahanan jangka masa panjang pada campro asas. Itu sebabnya projek yang diberi nama ‘Pheonix’ ini memakan masa setahun lebih untuk memastikan enjin ini betul-betul reliable.
Rujuk majalah lotus bagaimana engineer proton dan lotus membangunkan campro CFE.
http://lotusproactive.wordpress.com/2012/01/13/proton-campro-1-6-cfe/
Any produk, aku pilih utk hold dulu bbrp bulan. Tgk feedback dari pengguna lain. On paper, mmg preve dan suprime mempunyai kelebihan dari segenap aspek. Tp kalau dah 9.6L fuel consumption tu….hurmmm
1. Perlu ke sampai 7 gear? Ini bukan kete lumba… Nanti cepat pulak kena tukar clutch plate… Clutch plate ni bukannya murah.
2. Fuel Consumption dah hampir sama macam Land Cruiser… Baik consider Mazda yang jauh lebih jimat minyak dengan teknologi barunya SkyActiv.
clutch plate apanya kalau CVT
7 gear hanyalah virtual gear. CVT tidak ada actual gear.
Ada org beli kereta ikut kemampuan a.ka. bajet, ada org beli kereta ikut jenama a.k.a track record company tu…pilihla bdsarkan track record :)
seperti kebiasanya..kalau model kereta tempatan baru keluar tak kira dari proton atau perodua pasti akan ada sedikit masalahnya.. sebab masa buat ujian dekat kilang tak sama masa orang dah drive kereta tu sepanjang masa.. so masa untuk buktikan kereta ni ok atau tidak adalah pembeli awal untuk model ni.. orang orang inilah yang akan jadi testimoni buat model baru ni.. kalau ada problem orang yang beli nilah akan complaint dan pihak pembuat akan buat penambah baikkan.. so bagi pandangan peribadi saya.. tunggu setahun dulu.. lepas orang lain dah beli dan bawak tengok maklum balas dari dia orang.. kalau kurang masalah boleh beli.. kalau banyak masalah ter pulang untuk anda untuk beli atau tidak.. dari segi harga memang boleh dikatakan murah jika dibandingan dengan kelas yang sebaris dengannya..
Setiap kereta Proton akan menjalani ujian 100,000km sebelum boleh dijual. Itu yang selalu kena spyshot. Itu cuma one of the purpose. Setiap kereta yang diuji ada target atau benchmark untuk sesi uji pandu.
Soal penjagaan sistem turbonya mungkin boleh di rujuk kepada sales person yang menjualnya,ramai orang kata kata penjagaan enjin turbo ni rumit sikit tapi tak tau lah betol ke tak,tapi kalau kalau takde turbo,tak syok la pulok hi..hi..apa2 hal pun this is the car from proton
Penulisan sebegini lebih baik dari penulisan sebelum ini tentang Proton. Ada masukkanf fakta dan perbandingan yang betul. Thumbs up!
saya pun sama, dalam proses menggantikan kereta yang lebih luas berbanding myvi yang digunakan sekarang. untuk kegunaan keluarga. tindakannya adalah tunggu dan lihat dulu. biasanya lepas setahun kita dah boleh dapat feedback dari pengguna. terpaksalah bersempit-sempit dulu. tengok vios pun menarik juga walaupun performance lebih rendah dari suprima s. – vios 2013
org kata, proton baru ni kalau first batch tunggu dulu.. tengok org pakai dan mcm mana.. juz wait & see, selalu first batch banyak masalah, second batch akan improve sikit…
setuju dengan saudara
Ni kereta untuk performance. So janganlah fikir nak fuel consumption.Dah nama pun kereta turbo charge. Nak jimat minyak belila myvi manual ke viva ke saga ke.Tak payah la beli kereta mahal.Hello,dulu dok ngata kereta ni liabiliti,fresh grad ni suka beli kereta mahal2 berbanding rumah.Sekarang ni takkan dah survey kereta harga 70 ke atas kot? Tak nak naik motor dah?Hehehe.Abang ensem yang banyak rumah tu pun beli Saga je yang harga 40K++.Tanya dia kereta dia ok ke tak.
Kalau dah murah dari jenama lain yang seangkatan dengannya,,,boleh jer beli cuma aku tak confident pasal sistem turbonya.
Dari segi perbandingan harga jauh lebih murah dan prestasi hampir setanding dengan kereta berjenama. Cuma ingin tahu kos penyelenggaraan enjin turbo dan pengunaan minyak. Bagaimana agaknya?
kurang dari rm200 setiap kali servis 5K