Penyewa Untuk Condo Shah Alam

Reading Time: 2 minutes

ariff-shah-condo

Kita takkan selalu dapat apa yang dirancang. Kadang-kadang berlebih, kadang-kadang berkurang. Kena fleksibel dan pilih jalan yang terbaik.

Condo Shah Alam yang memang dibeli untuk kediaman sendiri last-last terpaksa disewakan. Plans have changed. Seminggu ni busy nak uruskan cari penyewa, dan disebabkan ada University Al-Madinah kat seksyen 9 tu, maka pilihan penyewa yang ada datang dalam pelbagai format dan warna.

Ada yang dah kahwin, ada yang bujang, ada yang warna putih dan ada yang hitam. Of course, semua ada ragam masing-masing. Saya kongsikan pengalaman seminggu lebih mencari penyewa ni.

Pak arab suka unit yang ada aircon. Walaupun begitu, mereka ni very price sensitive. Unit saya ni takde aircon dan setelah berapa round nego dengan bakal penyewa, memang rasa unit ni perlu ada aircon. Disebabkan nak pindah ke rumah lain, takdelah bajet nak pasang aircon kat setiap bilik & ruang tamu.

Pak arab ni punya suka aircon sampai mereka sanggup pasang sendiri aircon ni. Asalkan dapat sewa murah. Saya offer naikkan sewa RM200 untuk tambah 2 aircon pun diorang tak nak. Lagi sanggup keluar duit sendiri untuk pasang aircon. Orang rumah pulak tak nak bagi diorang pasang sendiri sebab sayang rumah, takut nanti buat entah apa2.

Ada lagi satu pak arab. Same story. Student UM katanya. Bila tengok orangnya, saya macam tak berapa minat nak bagi sewa kat dia. Tak tau kenapa.

Kemudian, tiga budak hitam pulak datang tengok unit. Yang budak bertiga ni tinggal kat townhouse seberang jalan depan condo ni je. Katanya nak pindah ke sini sebab tak tahan housemate lain bawa masuk orang lain dalam rumah. Saya…. agak ragu-ragu dengan alasan mereka..

Yang budak bertiga ni nak sewa unit saya berempat. Seorang lagi tak datang. Dari segi fizikal, sorang kurus tinggi macam tiang, sorang nampak macam budak first year degree dan sorang lagi besar dan tinggi sikit. Bukan jenis yang tinggi besar la, tiga orang ni security kat condo tu pun boleh handle.

Budak-budak ni lain ceritanya. Dari segi bayaran, mereka boleh bayar lebih. Problem is… korang pun taulah kan. Kalau family, mungkin saya boleh pertimbangkan lagi. Ni bujang macam ni, tengok cara pakaian pun macam jenis student yang nak tak nak belajar je.

Pening, time consuming dan leceh nak cari penyewa untuk rumah yang kita beli untuk tinggal sendiri. Serius. Saya lebih suka cari penyewa untuk rumah yang saya beli dan renovate untuk investment. Senang kerja. Asalkan boleh bayar, nampak ok, jalan.

Nampak tak property ni bukan semua sama. Memang beli sekarang harga akan naik kalau property kat tengah bandar, tapi belum tentu ROI tinggi kalau disewakan. Kat sini pentingnya holding power.

Holding power. Kalau income tak cukup, tambah income. Kalau ada kapasiti, cari property lain dengan ROI tinggi supaya dapat back up property yang ROI tak berapa tinggi. Kalau tak pun, naikkan sewa property lain yang sedia ada.

hahaha.. Mesti ada orang komen saya kapitalis lepas ni. Well nak buat macam mana kan. Sistem ekonomi satu dunia kapitalis. Tak nak hidup kapitalis pergi duduk kat dalam hutan.


Posted

in

by

Comments

14 responses to “Penyewa Untuk Condo Shah Alam”

  1. kempiskanperutbuncit Avatar

    semoga dipermudahkan urusan en ariff.. hati2 dengan pak arab, bukan semua bayar cantik, ada yg belajar pakai duit biasiswa juga. tapi rumah macam ni kalau sewakan, macam sayang je tgk kan. cantik!

  2. siti hazreen Avatar

    Kalau nak disewakan pada orang asing memang kena extra siasatan hehe…bukan apa, ada yang kononnya nak belajar tapi kerja atau buat yang bukan-bukan dalam negara kita

  3. Aida Avatar

    “pilihan penyewa yang ada datang dalam pelbagai format dan warna.”

    LOL!

    p/s
    kenapa tak jadi duduk rumah ni?

    1. Zalikha Avatar
      Zalikha

      Baby nak duduk dekat dengan nenek dia :)

      1. zulhusni Avatar
        zulhusni

        assalamualaikum, eh ariff shah nih husband you ker zalikha. what a small world. i pembaca setia blog nih..pe2 hal tahniah atas kelahiran anak sulung korang.

        p/s: kalau my wife keje shah alam teringin gk nk mnyewa umah korang. :)

  4. aqmalfaiz Avatar

    dah buat lawa-lawa kena sewa pulak ye….lebih kurang sama cerita macam aku ni…dah kene scout penyewa la jugak nampaknya kalu leceh gini prosesnye

  5. Aizuddin Avatar

    Maaf bertanya,

    Saya dah lama ikut perkembangan rumah ni, kenapa berpindah ye? Sambung belajar ke?

    Anyway, all the best cari penyewa. Kawasan padang golf memang menarik

    1. Ariff Avatar

      Takdelah. Pindah ke rumah yang dekat sikit dengan in-laws. Shah Alam jauh sangat

  6. ryz Avatar
    ryz

    doa byk2 dipermudahkan…
    sya dulu 1st yr sewakan umah mmg x untung pastu dpt penyewa pun hampeh…tpi sib baik xde bil tertunggak la, semua byr ok cuma umah teruk sket sbb org tu pemalas n selekeh..

    pastu cari penyewa lain…alhamdulillah skang sgt2 ok…sewa naik, byr cepat & umah terjaga..

    gd luck yo!

  7. rahimah Avatar

    Nak cari penyewa dan di kalangan orang luar ni memang kadang buat pening. Kena tapis betul-betul kalau tak silap-silap rumah tak jadi rumah atau aktiviti lain pulak jadinya. Orang kita pun sama jugak terutama yang belum kahwin.

  8. akubiomed Avatar

    Payah nak cari penyewa bukan hantu. Paling sadis penyewa culas bayar sewa dan lari malam .Paling tak best tinggal bil air dan elektrik tertunggak. Belum lagi rumah rosak dikerjakan. Serik…

  9. Razi Avatar
    Razi

    boleh consider beli air cooler yg portable instead of permanent air cond. air cooler pun sejuk juga and affordable. Kadang2 di giant atau hypermarket pun jual air cooler dgn discount.

  10. eyriqazz Avatar

    Nasib baik gua dulu tapis betul2 penyewa..Alhamdulillah, dapat penyewa yang berkenan dan sejuk mata memandang..

    Buat homestay la camtu bro..Shah Alam kan quite hot utk buat homestay..Suruh AE je jaga…dia bukan buat apa pun skang..Hahahaha

    1. Ariff Avatar

      Homestay agak risky sket sekarang. Kalau kosong terlebih lama, teruk nak cover balik.

      Takpe. Setahun ni biarlah top up sikit, next year nak renew contract boleh revise strategi