
Sejak kebelakangan ni selalu sangat guna perkataan ‘pengalaman’ dalam blog ni kan? Oh well..
Jadi ceritanya macam ni la. Dua bulan lepas (sebenarnya tak ingat bila) saya telah dijemput oleh salah seorang editor majalah Maskulin untuk difeaturekan dalam isu bulan ini. Agak terkejut dengan tawaran tersebut dan terus terima.
Photoshoot dilakukan di HQ Karangkraf, Shah Alam. Besar giler office diorang ok! Nampak macam cyber cafe yang besar gile sebab semua orang ada pc sorang satu. Ofis style warehouse.
Masuk studio benda pertama yang saya nampak adalah patung bogel pada set mereka. Dalam hati dah terdetik “Apesal ada patung bogel kat situ? Nanti tangkap gambar dengan patung tu ke?” Apa-apa pun six pack pada patung tu tak terlawan six pack yang ada dalam baju kerja saya. Bukan nak cakap besar la kan..
Jadi photographer tu suruh la posing freestyle. Memang tak reti posing-posing ni. Duduk je kat set tu buat-buat macam posing. “Eh.. macam dah biasa je..” komen photographer tu. Bakat semulajadi barangkali..
Sekejap je photoshoot tu, orang pun nak balik untuk berbuka. Nasib baik habis cepat, kalau tak kesian pulak abang photographer terpaksa stay back. Lepas photoshoot sesi interview dengan akak editor (terima kasih banyak-banyak). Tak sempat baca lagi sebab tak jumpa-jumpa lagi isu terbaru kat Subang ni. hmm..

Jadi kepada yang nak tahu apa mereka tulis pasal saya, bolehlah dapatkan majalah Maskulin keluaran bulan Oktober. Terima kasih kepada pihak editorial Maskulin kerana mem-feature diri ini (dua muka surat lagiteww) dalam majalah anda =)

Comments
39 responses to “Pengalaman Photoshoot Dengan Patung Bogel”
Hehehe..wahhh ada kerjaya lain kat luar sana yer..memang menarik..mcm artis dah posing tu..hehe
tq puji ofis kami besar. saya yg cadangkan reporter tu amik ariff sbb saya follower setia. ingt dpt le jupe berkenalan skali ptg tu tp ada invitation pulak.takut ye patung bogel?kihkih…
mana satu model ni, patung @ org?
haha~ seni fotografi kdg2 wat kte fikir pnjang, motif gmbr..
tahniah2. satu lagi pencapaian yg membanggakan. mana2 tahu esok2 ada rezeki lebih lagi.. jd pengacara ke pelakon ke.. hehehe.. all the best for u.
dah beli awal2 lagi…
wah.. jejaka maskulin nih… boleh mintak sign… bileh sign onlune ke?…hehe…
Keren ni mas bro masuk majalah, btw tu patungnya terlalu syurlah..
Patut pakai spek mase photoshot tu, baru nak cam macho bro.he2. Papepun tahniah masuk majalah.Congrats.
waaa masuk magazine u,clas gitu..hehe congrate3,eh2. ada gambar aqasha kat cover majalah 2.ada jumpa dia ke?ngeee :D
Mana ada jumpa. Diorang buat photoshoot Aqasha tu sehari sebelum photoshoot saya kalau tak silap. Buat kat airport Subang
wahh masuk majalah..mula fikirkan muka nazim othman…maklumlah, masih dilanda demam drama “Kau Yang Terindah” hehee,, terbaik bro!
Wah masuk majalah la. Nak try beli majalah maskulin ni nanti la.
Saudara Arif ni berbakat dan mempunyai potensi yang bagus, boleh pergi jauh ni..
Bakat apa tu? Bertuah je dipilih oleh pihak editorial mereka
stai baq hang… patut shot ngan KeTaM hang… anyway tahniah…
Terima kasih :)
wah, naik taraf jadi retis dah :D
Mana ada taraf apa-apa. Blogger biasa je
x segan ker bergambar dgn patung bogel? hahahah
Takut jugak bila fikir balik
Hurmm…. nasib baik tak kena pose sambil peluk patung bogel tu kan….ekekekeke
cut and paste posing tu pastu masukkan dlm men’s health pon ok. hehe
wah tahniah masuk majalah.. selamat patung yg bogel..kalau org betul bogel.. susah juga tu.. hahaha
Wahhh!! Mantap… :)
Memang boleh jadi model dah ni :D
six pack apa nyer…buncit boy.
Tanniahlah kepada bro Ariff. Sudah macam artis siap pergi Photoshoot. Mantop.
Cuma kurang faham motis patung tidak berbaju disebelah bro. :-)
terbaik lah bro..
wah.. artis dah ni..
semalam nampak Za posted the photo….terkejut jugak tengok .apehal ada patung macam tak senonoh kat situ. at least pakai la jeans pun ok la kalau baju taknak pakai. hoh
mak za upset tgk patung tu…hahaha
Tahniah. Akan dapatkan majalah ini secepat mungkin sebagai pelaburan. ROI!
Caya la Bro. Sikit lagi mesti lu jadik cam Anis Jalikha. Jadik pelakon dan pengacara. Gua hanya mampu tengok je la. *mode : tak puas ati tahap gaban*
“Saya kosong, Ariff Shah la yang mencorakkan saya.”
Mungkin motif patung tersebut adalah Ariff adalah sorang yang penuh idea dan mampu memenuhkan apa yang kosong. Probably…
Masuk majalah je lagi.
Ada harapan boleh up advertorial nie
mesti beli Maskulin ni
Sy tak nmpak apa significantnya patung tu ….. Mungkin sy jurugambar lebih memahaminya.
Adoi..kenapa tak peluk patung tu..baru ada kontroversi sikit. =)
Terbaik bro… :D walaupun pertama kali tengok, macam pelik jer ada kewujudan patung bogel tu kat tepi tu, tapi takperlah kan, dah kalau itu memang rancangan photographer tu… dah jadi model majalah pula abang kita… :D
Lepas ni jadi model lah ni bang.