Pengalaman Melihat AirAsia Terhempas

Reading Time: 3 minutes

Penafian: AirAsia yang dimaksudkan dalam entri ini adalah kaunter saham AirAsia. Tidak ada kaitan dengan mana-mana pesawat kepunyaan AirAsia ataupun sekutunya.

Bulan lepas, agensi kewangan antarabangsa Fitch Ratings memberi amaran kepada Malaysia akan menurunkan rating negara sekiranya hutang negara tidak dikurangkan. Minggu lepas, agensi Standard & Poors pula mengeluarkan amaran yang sama. Antara cadangan mereka untuk mengelakkan ini berlaku adalah mengurangkan hutang negara adalah dengan memperkenalkan Goods & Service tax (GST) dan mengurangkan subsidi.

Dua amaran ini telah menyebabkan keyakinan pelabur asing dan tempatan terhadap keadaan ekonomi negara kita jatuh. Dicampur pula dengan ketidaktentuan dalam economy climate negara kita disebabkan oleh Bajet 2013 yang akan diumumkan hujung bulan ini dan pilihanraya yang akan dijalankan tak lama lagi, kebanyakan kaunter saham di papan utama jatuh disebabkan sentimen yang negatif ini, termasuklah AirAsia.

13 September 2012 – Malindo Airways diumumkan. Malindo dikatakan mampu memberi ancaman kepada dominasi AirAsia dalam sektor penerbangan tambang murah.

Berita ini telah menjadi alasan yang cukup baik untuk saham AirAsia jatuh terhempas. Apa yang berlaku pada belah pagi ialah pelabur dalam dan luar negara terpaksa menjual semua saham dalam pegangan mereka disebabkan berita buruk ini. Untuk sesi pagi sahaja, lebih daripada 60 juta saham AirAsia (benilai lebih kurang RM180 juta) telah diniagakan. Harga saham AirAsia jatuh 4.4% daripada harga pembukaan pada sesi pagi urusniaga.

Perkara macam ni jarang berlaku. Kalau hari biasa, paling tinggi pun jumlah saham yang diniagakan adalah 10 juta unit. Kali ini tidak. Baru tengah hari dah 5 kali ganda jumlah biasa dalam sehari. Memang gila pada hari tu. Pelabur semua panik. Boleh nampak pergerakan yang sangat ekstrim dari segi jualan saham seolah-olah saham AirAsia pada masa tu dah takde nilai.

Pada masa inilah sebenarnya peluang untuk pelabur yang bijak buat duit. Satu konsep yang anda kena faham, sampah kalau jatuh dari tingkat tinggi pun akan melantun bila dah mencecah lantai. Ini pulak saham syarikat gergasi seperti AirAsia yang bernilai billion ringgit. Pasti pada satu tahap, harganya akan melantun semula sebab kalau harga saham terlalu murah, itu tidak mencerminkan nilai sebenar sebuah syarikat dan aset-asetnya.

Kesilapan saya yang pertama ialah panik. Saya dah beli pada harga 2.92. Bila nampak jatuh 1%, terus gelabah dan jual semula. Lepas tu terus takut nak beli pada harga 2.84. Takde keyakinan dan lupa dengan teori yang diajar. Saya letakkan target seterusnya pada harga 2.75 kalau nak beli semula, tapi tak pernah sampai pada harga tersebut.

Di penghujung hari, saham AirAsia ditutup lebih tinggi berbanding harga pembuakaan iaitu 2.95. Kalau tak jual semula tadi pun dah dapat untung 1%. Pada keesokan harinya, harga dibuka lebih tinggi kerana semua orang dah mula sedar bahawa harga saham tersebut dah mencecah lantai dan kini masa untuk ia melambung semula. Harga pada hari itu ditutup pada 3.10 atau 6% daripada harga 2.92 saya tadi. Rakan saya yang berjaya membeli pada harga 2.84 dapat untung 9% pada hari tu. Geram je tengok..

Satu pengalaman yang sangat berharga untuk saya. Pengalaman macam ni penting untuk mereka yang betul-betul serius untuk menjana pendapatan daripada pasaran saham. Lepas ni kalau perkara macam ni berlaku, I’ll make sure I profit from it. Minggu ni rezeki 9% je (daripada kaunter lain), harap minggu depan adalah lagi pulangan macam ni.

Majlis santapan seafood di Klang bersama taikor, sifu dan kaki saham yang lain untuk meraikan kejayaan minggu ini

Posted

in

by

Comments

22 responses to “Pengalaman Melihat AirAsia Terhempas”

  1. Zarul Umbrella Avatar

    sedang mengintai peluang kerjaya di Malindo Airways

  2. Hafizul Avatar

    Respect arr dekat ariff shah ni…hehe…emmm..

  3. Rem Avatar

    Airasia dah dapat satu lagi pesaing dari Malaysia. Harap mereka dapat bertahan dan terus mencipta keuntungan.

  4. akubiomed Avatar

    Orang tua saya dahulu main saham komoditi. Setiap petang akan mendengar radio kedudukan saham. :-)

  5. Juan Avatar

    best kan bila ada ilmu saham ni, bila la nak belajar nih

  6. adillaharun Avatar

    Saham!!!. Teringat di saat kegemilangan dunia saham sebelum ini. Sekarang ni saya tak pasti macam mana. Rasanya ada lain sikit. Tahun lepas grad diploma dulu-dulu, tahun-tahun syiookk! Bukan jer orang yang main saham, yang kerja dengan firm pun senyum jer. Bonus dahsat juga. Selepas beberapa incident macam hal currency tu dan selanjutnya….Market macam la ni. Masih boleh buat. Tapi kena ada prinsip. Pandai timing in and out dan betul, jangan biar ketamakan menguasai. Day trader yang biasa boleh untung mudah. Kena tengok juga kaunter…Syariah@non-syariah :-)

  7. Tho Ha Avatar

    Itulah yang dimaklumkan semasa Saham Abrar menunjukkan trend harga yg menurun. Saya beli Saham Abrar secara tunai di cawangannya di Medan Istana dan diminta untuk mendapatkan sijil saham sekian-sekian haribulan. Apabila tiba tarikhnya saya pergi ke cawangan tersebut dan didapati Cawangan Abrar Medan Istana telah tutup. Saya pun menulis surat kepada Ibu Pejabat Abrar. Tidak berapa lama kemudian saya mendapat surat daripada Abrar lebih kurang begini : “Pihak kami telah membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut”.

    Aik ?? Saya atau dia yang patut buat laporan polis ??

    Kakak saya selamatlah sebab beli saham Abrar dengan membuat pinjaman Maybank. Pihak Maybank simpan sijil saham sehingga hutang langsai. Saya yang beli cash ni …… HANCUS !!!!

  8. fazrol Avatar

    Bagus laa entry nie…
    Bro… boleh bagi personal coach kat aku lagi tak? he eh he…
    aku bayar…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Aku belum layak nak coach lagi. Sekarang cuma follow sifu. Kalau nak aku boleh bagi contact dia

      1. fazrol Avatar

        Boleh email kat aku tak bro..
        Nak belajar juga…

  9. azriMy Avatar

    okay, entri kali ni agak berat… tapi takpe, berbaloi jugak belajar sikit2 ni daripada orang yang lebih ariff macam ariff shah

  10. abangensem Avatar

    Pengajaran berguna buat lu. Ingat prinsip bila main saham “Don’t Let FEAR & GREED” mempengaruhi keputusan setiap pembelian atau penjualan saham2 lu.

  11. samdaddycool Avatar

    tips dan trick yang menarik tentang saham.. Memang saya tak pernah belajar dan takde sifu.. Bunyi menarik , tapi kalau jalan sorang-sorang memang boleh ke laut.

  12. hatiputera Avatar

    satu contoh yang cukup bernas iaitu sampah kalau jatuh dari tempat tinggi akan melantun semula bila mencecah bumi.memang simple tapi bernas.

  13. Ekspresi Ruang Avatar

    selagi Malindo tak btol2 beroperasi, selagi tu AirAsia akan buat duit. Tony pon senyap je, tak menggelabah pon. huhu

  14. nurmisnan Avatar

    Well… all d best.. Jangan terleka ya bila saham naik mendadak.. hik3

  15. Nawza Avatar

    menarik, penerangan yang mudah difahami bagi sesiapa yang tak berapa faham pasal saham-saham ni…. kalau ada entry mcm ni lagi mengenai pembelian kereta pula mesti ramai boleh paham tak mudah tertipu..

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Nasib baik ada orang faham. Hehe.. Pembelian kereta ye? Tengoklah nani kalau ada bahan saya akan tulis

  16. Shahrul Avatar

    bes jugak main saham ni

  17. anastasyea Avatar

    Belajar benda yang baru hari ni .. thanks ariff shah .. ^__^

  18. Naziman Blogger Malaysia Avatar

    haha. mula2 ingatkan pengalaman tengok pesawat terhempas. tips yang baik untuk bermain pasaran saham.

  19. Adib Avatar

    tips yang bagus tuk belajar saham ini..terima kasih berkongsi