Pengalaman Bekerja

Selalu cerita betapa hebatnya cabaran belajar kat Moscow, sekarang cerita pasal satu kekurangan yang paling besar sekali bila belajar kat sana untuk bidang engineering iaitu pengalaman bekerja.

Kat Russia, mereka gunakan sistem dwi-semester. Cuti paling panjang adalah pada cuti musim panas yang bermula dari bulan Jun sampai September. Bergantung kepada kepantasan pelajar menghabiskan peperiksaan mereka (jadual yang fleksibel – bergantung kepada pensyarah masing-masing) pelajar boleh habiskan semester mereka seawal hujung bulan Mei.

Untuk pelajar yang masuk kelas orang Russia, jangan mimpilah nak habis awal. Memang hujung bulan Jun baru segalanya habis.

Bagi pelajar Russia, mereka takde masalah sangat untuk mencari peluang internship. Biasanya sepanjang semester ada yang dah mula internship di kilang Sukhoi dan sebagainya. Malang buat pelajar luar kerana mereka memang tak dapatlah peluang nak masuk kilang Sukhoi atas sebab rahsia kerajaan.

Jadi biasanya pelajar engineering Malaysia ni akan pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas atau pergi melancong. Selain daripada itu, takde dah. Tak pernah lagi saya dengar ada pelajar engineering dari Russia yang buat internship di mana-mana syarikat semasa cuti musim panas. Memang merugikan.

Berbanding dengan pelajar di tempat lain, mereka berpeluang menjalani program internship dengan syarikat yang ada di sana. Lagi best, ada yang dibayar dengan lumayan  (setelah pertukaran kadar matawang) sepanjang program internship mereka.

engineering

Pelajar dari Russia yang pulang tadi pula memang sah tak akan mencari peluang internship. Sebab utama adalah kekangan masa; balik awal Julai, 1 September dah start semester baru, memang confirm tiada syarikat yang sanggup nak ambil untuk internship.

Selama 3 tahun berturut-turut saya berusaha untuk mendapatkan internship dari Airbus, tetapi gagal. Preference diberikan kepada pelajar dari European Union. Good luck trying.

Bila dah graduate dan tiada working experience dalam bidang berkaitan, memang susah untuk anda cari kerja.

Sekadar perkongsian sebab kadangkala saya mendapat panggilan daripada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka menuntut di Russia dalam bidang engineering. Mereka adalahibu bapa yang sanggup ambil loan atau menggunakan wang simpanan mereka untuk hantar anak belajar.

Pada saya, it’s not worth their money kalau hantar anak belajar di sana bila dipertimbangkan aspek susah untuk mendapatkan pengalaman bekerja ni.

Penaja saya dulu ada buat apa-apa ke sebelum hantar pelajar ke sana? Tak tahu. Saya rasa, tiada persiapan rapi yang mereka buat.

Semoga berjaya diucapkan kepada junior yang baru graduate. Ada sekumpulan graduan dari Moscow Aviation Institute akan pulang tak lama lagi. Nak tengok ke mana perginya mereka nanti. Harap tak terkeluar daripada bidang engineering.

23 Comments

  • Liza

    13 February, 2013 at 5:01 pm

    Salam…saya baru terbaca entri ni. Sebenarnya mmg betul apa yg saudara katakan. pelajar grad dari russia lagi tension keja kat company saya sebab high expectation dari majikan-company buat maintenance Su-30MKM.kesian saya tengok adik2 junior tu…harap2 dorg x patah semangat dan lari dari bidang keja ni. selalunya kita x bagi student2 pegang aircraft bukan pasal apa…pasal safety n tiadanya compentency.apa2 hal jadi,susah nak menjawab.itu yg ajar teori je…

  • Ekspresi Ruang

    10 February, 2013 at 11:01 pm

    kalau yg btol2 pergi belajar luar tu ada fokus dan minat mendalam dlm bidang yg dia buat, mmg rugi kalau xleh buat intern kt sana sekali.
    kalau takleh buat intern pon, rsnya student kita kt sana kena encourage utk buat part time job. mmbr aku kerja kt kilang susun tin2 makanan dlm kotak je, tp leh kumpul ribu2 euro. at least bila balik msia dan xde kerja or minat ke arah bisnes plak, leh la pakai duit yg dikumpul tu sbg modal. kalau yg dpt kerja yg diminati ikut course yg diambil, lg best pakai duit buat part time tu utk buat investment dlm properties. xyg pening2 nk buat loan sampai 90% kat bank.

  • Aya

    31 January, 2013 at 2:34 pm

    itu kalo dari segi engineering. dari perubatan pula.. ramai-ramai kawan Aya yang belajar perubatan di Rusia kurang pengalaman dari segi praktikal. Kenapa? dikatakan terlalu banyak kes medicolegal di sana sehinggakan pelajar perubatan kurang menyentuh pesakit.. dan hanya belajar melalui pemerhatian sahaja. tapi dari segi pengetahuan, lebih kurang sama je dengan pelajar yang belajar di Malaysia.

  • halif

    31 January, 2013 at 2:30 pm

    Pengalaman bekerja saya sewaktu cuti panjang adalah menjadi despacth kepada fakulti saya. Rm 150 sebulan. Lepas la minyak motor dan enjoy time tu

  • Hirleya

    31 January, 2013 at 12:07 am

    Saya baru saja tamat diploma dan sementara tunggu sambung degree, ada cuba cari kerja. Diploma memang susah nak cari kerja but I was lucky, sebab dapat intern dengan company dari India. Intern yang saya buat tak official (buat masa cuti semester dua kali berturut and tak dikira dalam mata kredit)

    Thing is, bila cuti semester, most student tak fikir nak gain experience. Bila cuti, nak bercuti tahap maximum. Nak cari experience for specific field sangat susah kalau TAK official tetapi trick yang dapat dibuat ialah internship as helper (general on job training), asalkan minta kebenaran fakulti. General OJT memang leceh tetapi bernilai bagi yang tiada pengalaman langsung (tak pernah bekerja). Harus ingat, buat General OJT pun ikutlah bidang and only for short term.

    Maksudnya, OJT dengan company construction (kalau bidang civil dan pembinaan) and minta enlisted anywhere walaupun sebagai clerk. Asal dapat communicate dengan construction team sebab gain knowledge orally pun cukup baik. Seperti apa yang bekas Project Manager (Mechanical Engineer) saya pernah kata, internship buat kerja filing (documentation) pun bagus, untuk kuatkan foundation. Dia sendiri pernah buat filing for months masa study and bonus, tambah knowledge dalam semua bidang (civil, E&E,..).

    Pandai-pandai bahagi masa dan ambil peluang. =) Sekadar berkongsi..

  • akak tulip

    30 January, 2013 at 12:19 pm

    Zaman la ni kelulusan tu cuma satu pengesahan tahap pendidikan. Bila mula kerja, tetap kena mula dr bawah. kena jadi gula2 mmg jens sabar byk2 la. Tapi sapa2 nak maju ke hadapan kena la pandai grab.peluabng dan.bina kepercayaan org pd kita.

  • Akuro San

    30 January, 2013 at 12:11 pm

    Bagi saya bidang pekerjaan nih bergantung pada rezeki masing-masing.
    Macam mana berkembangnya institusi-institusi yang menawarkan pengajian dalam bidang aviation nih, (macam cendawan tumbuh selepas hujan) menyebab graduate yang habis pengajian dalam bidang nih terpaksa menghadapi persaingan yang hebat.
    Memang, masa mula masuk pengajian dalam bidang nih, kita dijanjikan dengan jaminan peluang pekerjaan tinggi, sijil pengajian laku didalam dan diluar negara. Lebih menarik hati bila institusi yang kita masuki diwar-warkan kononnya mempunyai ‘joint venture’ dgn syarikat aviation yang popular.
    Tapi hakikatnya, tiada mana-mana institusi pun yang boleh memberikan kita menjamin pekerjaan. Tak kisahlah kita belajar dalam bidang apa sekali pun. Melainkan kalau kita dapat masuk belajar sebagai ‘training’ dalam syarikat tersebut. cth; METC/ Air Asia Acedemy, etc. Bagi pelajar dari institusi biasa, untuk peluang bekerja didalam negara, kita mempunyai saingan yang hebat bukan saja dari graduate institusi lain, malah saingan dari orang bekas Airforce yang lebih berpengalaman dan graduate yang memiliki LWTR lebih diutamakan. Untuk peluang bekerja diluar negara, minimum 3 tahun pengalaman kerja diperlukan.

    Dalam bab praktikal pula, itu bergantung dengan effort pelajar tuh sendiri. Kadang-kadang ada sesetengah pelajar yang waktu praktikal dia tak kisah sebab masih belum ada ‘rasa tanggungjawab’ terhadap tugas. Lebih-lebih lagi praktikal ditempat yang tiada elaun/gaji.

    Bagi pelajar yang graduate di institusi diluar negara, walaupun tiada pengalaman kerja, tetapi mereka tetap dipandang dengan ada kelebihan tersendiri. Rasanya kalau ada kenalan rapat atau saudara-mara yang bekerja ditempat berkaitan, mereka boleh jadi ‘tukang rekomen’ untuk mendapatkan kerja.

  • Nadira

    30 January, 2013 at 9:08 am

    Actually experience kerja ni ikut luck pun sama. Saya belajar electrical, tapi masa intern susah nk dpt comp electrical, instead sy dpt comp mechanical so 3 bulan belajar pasal valve.then bila dah kerja dpt comp yg adalah jugak sikit2 electrical, tp xbanyak gain knowledge, so 6 bulan dah membazir masa, now baru betul2 dapat bidang saya. So da macam fresh grad balik. Saya selalu imagine what if dari intern dulu sy da dpt comp yg sekarang ni, mesti da banyak benda sy blajar.
    banyak kawan2 yg bagus dlm kelas dulu, tp xde rezeki dpt kerja dlm electrical, semua dah lari bidang.

    tp tulah, masa mula2 baca blog ariff dulu pelik jugak, jarang dengar student mesia pg russia blaja engineering. slalu russia medic lah kan. tp pengalaman duduk negara orang bukan semua org dapat ariff, and that and only that, trumps everything else. sbb from what I’ve heard so far, oversea grads mmg xsusah cr kerja.=P

  • akubiomed

    30 January, 2013 at 12:16 am

    Bagi saya inteship ini penting tetapi bergantung kepada majikan yang menerima jika mereka mempunyai perancangan ada pelajar jadi kuli batak dan melangut pun ada. Paling kesian kalau mereka diberikan kerja-kerja perkeranian.

    Saya sendiri tiada pengalaman intership tetapi masa kerja saya belajar dari kosong walaupun cara susah dan di buli oleh senior.Bayangkan ada kelayakkan tetapi tidak ada pengalaman macam gula-gula dikerjakan.

  • Piratz

    29 January, 2013 at 11:23 pm

    Tuela…bidang aircraft maintenance engineering pun macam susah aku tengok.. Budak2 yang belajar kat MIAT atau lain2 nak kerja ngan MAS jangan harap.. Kalau ada pun susah nak jumpa.. Sebab MAS memang train sendiri technician & LAE dieorang.. Nak taknak kerja la company aviation kecik2.. Kalau luck dapat la kerja AirAsia atau SAE.. Tak pun Airod.. Kesian jugak sebab kadang2 company2 tue perlukan work experience.. Budak2 MIAT yang datang praktikal kat MAS sendiri pun aku tengok tak buat apa2.. Duduk saja.. Satu sebab takde tools, lain2 sebab budak tue sendiri tak usaha nak belajar.. Datang praktikal cuma nak tunjuk muka.. Bila nak kerja nanti apa pun tak tau.. Hmm…