Penat Berseminar

Reading Time: < 1 minute
Untitled
Kali ketiga dengar seminar dia, takkan tertipu lagi

Hujung minggu dihabiskan di Johor Bahru untuk mengikuti seminar hartanah sesi selatan anjuran Tuan Bri dan Abang Ensem. Dah beberapa round dengar seminar mereka, dah boleh hafal.

Tujuan jemputan adalah untuk memenuhkan Estima yang menjadi kenderaan kami ke sana. Turut serta dalam memberikan talk adalah saudara Naharul yang akan menganjurkan sesi sembang banker hujung bulan ni. Dia tahu segala-galanya berkaitan loan rumah.

Memang banyak dah berubah kat Johor Bahru. Last time datang flyover besar yang menghala ke Singapura belum lagi start dibina. Jalan depan imigresen dan kastam Johor dulu memang huru-hara dan sesak. Sekarang semua dah siap. Cantik!

Tak sangka stesen bas Larkin masih beroperasi dan penuh sesak macam biasa. Negeri lain dah ada hub bas yang baru, takkan Johor masih lagi dengan Larkin? Atau saya tak tahu ada stesen bas baru?

Terima kasih kepada AE kerana menjemput. Kalau tak memang tak tau bilalah nak jejakkan kaki ke Johor Bahru ni. Penat masih belum hilang walaupun datang setakat jadi tukang ‘pau’ AE. Dua round makan siakap hari tu.


Posted

in

by

Comments

19 responses to “Penat Berseminar”

  1. muazfaris Avatar

    lepas ni boleh buat seminar sendiri sbb dah hafal setiap ayat tu.. huu

  2. Ekspresi Ruang Avatar

    jeles plak tgk kawan2 seusia dpt timba ilmu hartanah cmni. saya sampai skg xde masa utk nk buat kerja2 lapangan yg bermanfaat spt ini.
    kerja dlm sektor bermusim di kilang padi ni mmg alamatnya xde masa nk turun kl hadiri kursus2 cmtu.

  3. daddydee Avatar

    Larkin tetap legend. heheheh

  4. Denaihati Avatar

    JB memang banyak berubah terutama setelah ada Nusajaya. Tak sempat nak singgah walaupun ada kat JB masa tu.

  5. Azlan Nor Avatar

    Nak join seminar hartanah ni tapi masih belajar. sedih!

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Banyak lagi masa. No worries

  6. ohcikgu Avatar

    fuh, memang penat gi johor ni sebenarnya..jauh jalannya..

  7. MK Kimi Avatar

    JB ni berubah secara perlahan..6 tahun duk sini boleh rasa perubahannya. Tapi tang larkin tu xtau nak kata apa…mengeluh jelah

  8. akubiomed Avatar

    Menghadiri majlis hartanah tak rugi apa-apa pun daripada bepeleseran.

  9. Ritz Avatar

    bagus dengan info hartanah nie….secara tidak langsung dapat membuka minda untuk melabur dalam hartanah…kalau saya ada peluang saya juga tidak mahu lepaskan peluang ini…

  10. sohoque Avatar

    oooo bro ariff ikut sekali ker? bestnya!!!

  11. Izwan Avatar

    ada stesen basa baru kat Kota Iskandar tapi tak start operasi lagi. lama dah.
    setakat ni larkin lebih strategik dan mudah nak sampai dari bandar..

  12. azrijohan Avatar

    kat Johor, memang Larkin je lah hub stesen bas utama.. dah usang benar nampaknya.. kami perlukan kawasan yang lebih luas dan selesa. Hehehe..

    p/s: kalau tahu ada seminar ni aritu, boleh rasanya join sekali

  13. Faizalpj Avatar

    anak emas AE nie..hari ini nak pergi Johor..yahoo

  14. azieazah Avatar

    Akak pun lama dah tak jejak kaki ke JB.

  15. fazrol Avatar

    Untung laa dapat ikut ikut… he he…
    Anak buah kesayangan AE nie..

  16. halif Avatar

    Mentee kesayang AE ni.

  17. ika Avatar
    ika

    Buncit boy pakai pink

  18. afif Avatar

    waa..dua round pulak..mesti bro AE belanja ni..masyukk