Pemilihan Hosting & Kenapa Aku Pilih Shinjiru?

Reading Time: 2 minutes

Teringin nak cuba Shinjiru Cloud Hosting ni..

Awal-awal dulu zaman aku guna domain ariff.mmaso.com, aku guna hosting dari DataKL. Lokasi server yang dipilih pada asalnya terletak di US sebab domain mmaso.com tu adalah domain untuk pertubuhan pelajar Malaysia di Moscow Aviation Institute ni. Prestasi hosting DataKL masa tu, memang lembab walaupun dihostkan di US. Selepas tu kami tukar lokasi server ke Eropah. Load time untuk forum kami bertambah baik.

Kemudian, masa tukar ke hosting baru ni, kebetulan ada promo kat laman web syarikat hosting Shinjiru. So teruslah amik yang tu sebab aku tengok website Shinjiru ni nampak profesional dan ada reputasi. Lagipun promo dia memang berbaloi-baloi. Pilihan lokasi server adalah di Malaysia dan terletak di Johor Bahru secara spesifiknya. Awal-awal guna ok jer, tapi lama-lama makin banyak downtime. Jadi aku amik keputusan untuk tukar lokasi server ke Singapura. Segala urusan pertukaran tu, pihak Shinjiru yang buat dan dibuat pada waktu awal pagi. Jadi downtime tu tak efek trafik dari Malaysia sangat la. Aku duduk goyang kaki je tunggu diorang siapkan pertukaran tu.

Hosting kat Shinjiru sedikit mahal daripada biasa kalau nak dibandingkan dengan hosting daripada syarikat lain. Tapi kalau ikut pengalaman aku, support dia bagus. Memang ada orang reply 24 jam kalau hantar support ticket. Aku memang galakkan pemilik blog yang memang buat duit daripada blog dia dan trafik banyak untuk melaburkan duit lebih sikit dalam hal pemilihan hosting ni. Relax la, tak luak pun pendapatan bulanan blog korang.

Satu benda pasal syarikat hosting kat Malaysia ni, kebanyakan suka melibatkan diri dalam price war. Murah memang murah, tapi yang murah tu sesuai untuk blog yang masih di peringkat awal. Kalau blog besar, elok sangatlah pilih hosting yang betul-betul ada reputasi sebab hosting daripada company besar ni mempunyai lebih banyak resourse dan server mereka mampu untuk menanggung beban trafik yang diterima.

Satu lagi, hosting daripada syarikat kecil kat Malaysia ni suka pentingkan kroni. hahaha.. cakap apa korang nak cakap, tapi itu yang aku nampak. Kalau blogger tu kenal, rapat, baik dengan mereka yang bekerja di syarikat hosting tu, maka dia akan dilayan macam anak emas. Blog orang lain pada hosting sama down, tapi blog dia tak down. Lebih kurang macam tu la. Aku tak suka sangat polisi macam ni dan aku elakkan syarikat hosting yang macam ni. Lagi baik aku bayar lebih sikit (20-30% lebih) supaya tak terdedah kepada gejala kronism ni.

Lokasi server di Malaysia atau Singapura? Aku cadangkan korang amik Singapura. Kurang patriotik, tapi banyak benda lagi korang boleh jadi patriotik seperti menggunakan bahasa kebangsaan dalam blog daripada menggunakan bahasa rempit. Tak semestinya kalau guna hosting luar terus jadi tak partiotik. Kenapa? Sudah terang lagi bersuluh, korang sendiri tahu kan keadaan internet kat Malaysia macam mana. Aku masih belum yakin. Jadi eloklah pilih lokasi server dari luar negara. Cuma satulah, kepada yang menyimpan lagu/video atau apa-apa yang ada copyright, jangan gunakan hosting dari Singapura. Diorang strict sikit dalam hal ni.

Jadi itulah tips aku. Kepada Darkbatman, harap masalah hosting ko akan settle dan harap entri ni dapat membantu. Dah berapa bulan aku nampak ko merungut pasal benda sama. heh.. Kepada yang lain, kalau dah bersedia nak berhijrah ke WordPress, harap boleh manfaatkan entri ni jugak dan kalau boleh beli hosting dari Shinjiru melalui affiliate link aku. Normal lah tu kan, I help you, you help me.

2010/2011 Premium Sponsor

Vote For Me


Posted

in

by

Comments

51 responses to “Pemilihan Hosting & Kenapa Aku Pilih Shinjiru?”

  1. ayieblog Avatar

    Assalamualaikum, bro ariff adakah anda masih menggunakan perkhidmatan hosting shinjiru? :).

  2. Fadhlullah Abd Rahman Avatar

    Assalamualaikum,

    Mengenai masalah darkbatman.com pada bulan lepas kerana server yang diduduki darkbatman.com ada plugin looping (bukan milik darkbatman.com). Ini menyebabkan server mempunyai load yang sangat tinggi.

    Perkara ini sudah diselesaikan dengan membunuh plugin tersebut.
    Kini darkbatman sudah dihostkan di Premium Hosting kami.

    Terima kasih,

  3. .encik.SEDAP.โ„ข Avatar

    tak pernah dengar. aku pakai hosting sekarang berani mati je tanpa ilmu yang cukup. sampai provider tuh penat kot melayan ticket aku. kdg2 tu masalah plugin je. haha..

    tp syukur alhamdulillah ok tanpa masalah. maybe xleh cakap lebih sbb pakai x smpai setgh thn pun. ;)

  4. qia Avatar
    qia

    shinjiru banyk je orang complain.
    tgk kt wall fb diorang. belambak je org menyumpah2.

    1. RedBoys Avatar

      ye ker? haish.. mana satu betul ni? pening2 lalat..

    2. ariff Avatar
      ariff

      itu aku yakin mesti server diorang kat Malaysia. hehe..

  5. arrizz Avatar
    arrizz

    aku guna fivio jer..so far takde gak masalah mana pon..blog picisan jer,haha..anyway betol gak ko cakap tue bro..apa salahnya melabor lebih sikit unutk perkhidmatan yang mantap lagi bagus kan..shinjiru..nice name,hehe..

    1. ariff Avatar
      ariff

      ok eh? darkbatman pun guna fivio. dari hari tu merungut..

  6. samanosuke_04 Avatar

    hehe.. e-hosting.com.my hahaha.. sebab tue jer yang paling murah mampu aku beli.. hohhohohohoho

  7. cik ciput Avatar

    nampaknya bnyk benda yang aku kena belajar ni..

  8. titan Avatar

    emm..bergantung. Aku pilih hosting bergantung pada blog yang aku nak buat. Kalau target untuk malaysia punya visitor, so..hosting tempatan yg aku suka adalah netkl. Yang masih ok, fivio. Ini yg kedua aku suka selepas netkl. So far, dua-dua takde masalah. Fivio siap bagi bonus kekadang sampai tak yah bayar utk domain. Bayar untuk hosting. Yang lain aku pakai, baitulbytes. ini pun ok. Pastu, Onebytes. Pun takde banyak masalah.

    Yang pernah bermasalah. Cgyhost. Tapi Exebytes dah take over. So, kiranya blog aku yg kat cgyhost, exebytes yg takoever skrg. So far, ok sampai hari ini.

    Lagi satu, sepaku hosting. Mula-mula memang ok. Tapi lepas tu agak bermasalah dan memang lama sampai aku terpaksa pakai hosting lain untuk pindahkan blog-blog yg ada dekat sepaku. Aku masih ada blog kat sepaku, so far. Sekarang masih run ok. Aku ada 2 akaun kat sepaku. Satu problem. Satu takde masalah. So, aku biar aje sementara masih ada baki beberapa bulan sebelum aku transfer ke hosting lain.

    Blog luar. Hostgator yang paling bagus setakat ni aku pernah cuba. Ada berpuluh blog kat situ dan berpuluh domain. Ini yang paling baik dan jarang down. Takde masalah dan tak penah aku ada masalah. Support dia pun laju gak. Kalau target trafik luar, hostgator yg aku cadangkan utk korang ambil.

    Hosting luar lain yang aku yakin bagus, Dreamhost dan hostmonster. Yang lain, aku tak pasti dan kurang berkenan sebab tak banyak tawaran plan hosting yang menggembirakan hati aku. So, kalau nak hosting luar, hostgator, dreamhost dan hostmonster. Ini cadangan aku la..

    Shinjiru. aku tak tahu. Takde pengalaman. So, dah ko kata bagus. Mesti bagus gak kan? Apapun, bila kita nak pilih hosting, kita kena tengok keperluan yang kita nak dan pastikan baca review2 dari orang yang pernah guna hosting tersebut.

    1. ariff Avatar
      ariff

      wow. thanks sebab kongsi pengalaman. Amat dialu-alukan. Banyak gak blog ko. Hebat2.

    2. darkbatman Avatar

      salam..

      skg ne aku guna fivio.. hampir stiap bulan fivio down n 2 hari lepas paling lame down.. byran agak mahal n servis x memuaskan.

    3. reezluv Avatar
      reezluv

      nama pun titan..blog confirm banyak,..ngeh2..

      cuma ada pengalaman buruk ngan satu company hosting..salah langkah pasal amek mudah dengan harga..sekali downn sampai 6 bulan..

      kendian Onebytes contact aku sebab depa take over company tu dan berikan rate yang sama..nasib baik tak bayar lebih..lega..fuh..

      hosting blog-blog aku yang lain ialah Hostgator..ada berpuluh-puluh gak kt situ..senang nak manage..tapi kena bayar bulan2 la gitu..dalam Rm30++ je sebulan..:P

  9. Kujie Avatar

    Serverfreak adalah hosting yg ke 2 selepas frust dgn web hosting pertama…down memanjang…

    setakat hari ni tak ada masalah….hantar tiket, Sam boleh call direct atau sms. Anak emas ke? Tak la kot…rasanya ramai lagi blogger yang boleh contact personal dgn Sam SF

    1. RedBoys Avatar

      stuju2 dgn kakjie.. semua dia layan sama je rasanya..

    2. ariff Avatar
      ariff

      serverfreak ada guna gak, oklah. Nanti nak buat entri pasal ni.

  10. Anwar Osman Avatar

    member aku rekomenkan dreamhost kat aku. tumpang pacak kat server dia. alhamdulillah aku penah encounter 2x sahaja server down. itu yang aku encounter la. lain2 user aku x tau la pulak.

    biasanya downtime x lama. paling lama aku tunggu server down kurang dari sejam. pastu server dah up n running like nothing happened.

    disebabkan aku x tahu menahu bab server nie. aku serah bulat2 kat member yg jugak sifoo aku tolong pilihkan.

    anyway, good luck with shinjiru. i like the name though.. sounds so japanese-like.

    1. ariff Avatar
      ariff

      dreamhost memang bagus. no doubt. cuma itulah, agak mahal. tengoklah mungkin satu hari nanti aku nak try gak.

  11. akuBlog Avatar
    akuBlog

    dulu akuBlog pakai DataKL tahun 2007.. Terbaek n xde problem lgsg.. X penah plak down.. Adakah akuBlog anak emas?

    Hmm.. Mungkin juga.. :)

    1. ariff Avatar
      ariff

      mungkin juga. tapi kena faham, aku akses blog ni dari eropah, jadi kalau lembab tu memang terasa sebab guna hosting syarikat Malaysia.

  12. haru Avatar

    hmm aku stakat nie sume ok ngan server aku gune skrg..tp kalo ade mslh maybe aku akn tukr gak..

    aku pn baru tgk srver nie klmarin..nmpk mcm blh tahan gak..

  13. Nine Avatar

    thanks pasal review nih..buat masa la guna onebytes..takde masalah lagi..

    cuma heran gak masa beli murah tapi space n bandwith besar..support n loading ok gak…mantap..

  14. NItaf Hayiwada Avatar

    Nice sharing. Saya lak dah terbiasa dengan NetKL sejak dulu. Mungkin lain kali leh cube Shinjiru.

    1. RedBoys Avatar

      yup.. NetKL memang best.. service tip top..

  15. TheSharkox Avatar

    Thanksss bro….
    Berguna ni untuk hari mendatang…

  16. nabilpotter Avatar

    terbaik..perkongsian menarik :)

  17. aizuddin Avatar

    setakat ni serverfreak..ok gak..cuma bandwith time aku beli kecik je..kalau trafik byk sikit dah abis dah..huhu

    1. ariff Avatar
      ariff

      kalau beli bandwidth rugi. elok beli hosting besar terus

  18. ENCIK TIKUS Avatar

    info menarik bro, boleh tambah pengetahuan gua, keh keh keh

  19. eiela Avatar

    pernah dengar pasal shinjiru nih,,persaingan dengan NetKL plak la dalam kepala nih. Thanks sharing.

  20. nash Avatar

    serba salah nak guna wordpress ke tak….sebab da terbiasa dgn blogspot….mmg wordpress banyak kebaikan…cth sistem komen yg bagus..namun,bila aku usha2 wp,mcm susah laa……..hoho….tengok la nanti…

    1. RedBoys Avatar

      jgn takut utk berhijrah bro.. wp ni senang je.. try ler tanya org yg pkai wp ni…

    2. ariff Avatar
      ariff

      belum cuba belum tahu. Cuma aku, memang dari dulu tak boleh lekat dengan blogspot. Terbalik.

      1. nash Avatar

        yeker bro redinfo ngan ariffshah?? ermmm…akan dicuba selepas abeh final exam nie :)

  21. aman Avatar

    aku guna datakl. so far, okay jer, dan customer support diorang pun bagus, aku call bila-bila masa, ada jer orang nak jawab. lagipun, aku prefer hosting yang server kat Malaysia, since aku tulis dalam bahasa Malaysia, dan majoriti pembaca pun daripada Malaysia, jadi rasanya boleh percepatkan masa loading, selain jimatkan bandwith ISP untuk international. ;)

    Lagipun, kalau malas nak fikir pasal hosting nie, boleh jer guna Blogspot, free dan pantas. ;)

    1. Nizam6281 Avatar

      Haah
      Macam bubbles182
      huhu tak perlu hosting pon dapat review maxis tu :)
      Kagum2

      1. paeh Avatar

        macam2 ye kau nizam… bubbles182. wakakaka

      2. ariff Avatar
        ariff

        hoho.. maxis tu dia memang tengok blogger. Kalau ada pengaruh, boleh je dapat..

  22. syahrilhafiz Avatar

    ha ah first time dengar company ni..
    blog ak picisan je..tak de nak wat income menimbun3..haha

    1. RedBoys Avatar

      sama cm aku bro.. first time dgr ni… jap g nak g terjah jap.. hehe

  23. darkbatman Avatar

    haha.. ak rs mmg kne bertukar dh ne..taun ne lebih 10x blog prob.. thx ariff sbb membantu…

    1. Azuan Avatar

      Bro pakai hosting apa tu?

      1. syahrilhafiz Avatar

        dia pakai fivio..
        siap upgrade lagi..huh…
        kena tukar darkbatman..hehe

        1. Azuan Avatar

          Oh.. ye ke..
          dulu ada gak survey nak guna fivio..
          tp hosting skrg pun ngah down gak ni.. hehe

    2. ariff Avatar
      ariff

      kalau rasa sayang lagi, cuba tukar server location. Kadang-kadang membantu, kalau tak cari company lain je..

  24. PJ Avatar

    aku dapat free domain dan hosting dari exabytes..tapi aku mmg tak tau lgsg nak buat apa tak tau wordpress..any suggestion

    1. slay Avatar
      slay

      haha sama la ngan aku. aku tukar je domain blogspot tu kepada domain sendiri. tapi still guna blogspot lagi. :)

    2. ariff Avatar
      ariff

      oh. try je guna wordpress. Rasanya boleh suruh diorang setup kan semua.

  25. nikamirul Avatar
    nikamirul

    woo , first time dengar shinjiru