Pembelian Hartanah Secara Berkumpulan

Pembelian hartanah secara berkumpulan (group buy) merujuk kepada aktiviti pembelian hartanah beramai-ramai daripada pemaju. Kelebihan utama pembelian secara berkumpulan ini ialah pembeli yang terlibat akan menjadi yang terawal untuk membeli dan dengan itu membolehkan mereka memilih unit yang terbaik dalam sesebuah projek.

Satu yang saya belajar, semakin murah harga hartanah untuk pelaburan, semakin kecil risiko anda
Satu yang saya belajar, semakin murah harga hartanah pelaburan kita, semakin kecil risiko yang terpaksa ditanggung

Paling penting, pembelian secara berkumpulan biasanya didatangkan dengan diskaun yang lebih banyak berbanding pembeli lain. Diskaun yang lebih banyak diberikan kerana pemaju akan dapat menjual projek mereka dengan lebih cepat kepada kumpulan pembeli ini berbanding sekiranya dibuka kepada orang ramai.

Dalam buku WTF – 23 Hartanah Sebelum 20, ada diterangkan juga tentang peluang luar biasa yang boleh dinikmati oleh kumpulan pelabur yang membeli hartanah secara berkumpulan. Pelabur berpengalaman seperti Faizul Ridzuan pun mengakui keberkesanan teknik ini dalam pelaburan hartanah.

Banyak kelab pelaburan hartanah yang menggunakan strategi ini untuk ahli kelab mereka. Namun, kebanyakan kelab pelaburan seperti ini mengenakan caj yuran tahunan yang mahal kepada ahli mereka.

Sebagai seseorang yang baru menjinakkan diri dalam pelaburan hartanah, adalah sangat membantu sekiranya wujud kelab hartanah percuma yang mengatur sesi pembelian secara berkumpulan dengan pemaju perumahan.

Walaupun percuma, kelab ini haruslah diwakili oleh pakar yang berpengalaman dalam pelaburan hartanah dan pembangunan. Hal ini adalah penting supaya pelabur baru tidak melakukan kesilapan dalam perjalanan pelaburan mereka.

PropertyPlus2

Salah satu portal pelaburan hartanah yang mempunyai ciri-ciri ini ialah PropertyPlus. Portal yang menggunakan konsep “membership free & cost free” ini ditubuhkan untuk mengumpul pelabur hartanah dan menganjurkan sesi pembelian hartanah secara berkumpulan antara dengan pemaju.

Peneraju PropertyPlus ini terdiri daripada lima orang pakar yang mempunyai latar belakang serta pengalaman dalam industri pembangunan, pelaburan hartanah dan kewangan.

Mereka menawarkan full free service di mana perkhidmatan dan nasihat terbaik yang ditawarkan daripada perkara berkaitan loan bank, surat perjanjian S&P dan segala jenis urusan berkaitan pembelian hartanah diberi dengan percuma.

Perkhidmatan seperti ini sangat dialu-alukan oleh golongan pelabur baru. Dengan portal PropertyPlus saya boleh menggunakannya untuk mendapat khidmat nasihat secara percuma berkaitan pembelian hartanah pada masa hadapan.

Tawaran Terhad: Jadilah 1000 ahli yang pertama mendaftar untuk menjadi ahli premium secara percuma. Top 5 sharer akan memenangi hadiah berupa sebuah iPad 4 sempena pelancaran portal PropertyPlus.

Info lain boleh didapati di:

 


Posted

in

by

Comments

3 responses to “Pembelian Hartanah Secara Berkumpulan”

  1. Khairul Zamri Avatar

    setuju kena ada wakil dari pakar juga supaya ada bimbingan :)

  2. azrijohan Avatar

    wahh satu alternatif yang baik untuk golongan newbie

  3. Bidadari Avatar

    peluang beli hartanah secara berkumpulan tak boleh dilepaskan. lebih mudah dan lebih menjimatkan.. :p