Pembaziran Yang Berterusan

Kerajaan Russia ni bagus. Disebabkan sistem pengangkutan mereka masih lagi dipelopori oleh GLC di sini, dana yang ada digunakan sebaiknya untuk kebajikan rakyat. Contohnya, setiap bulan mana-mana perhentian bas yang mengalami kerosakan akan diperbaiki. Kalau menjelang musim bunga, perhentian bas ni tadi semuanya dibasuh dan dicat semula.

Baguslah kalau macam tu, betul tak? At least kerja jalan dan takde orang kenyang gelapkan dana yang diperuntukkan. Cuma satu je masalahnya. Disebabkan di Russia ni banyak sangat orang mabuk malam-malam, maka pada kebiasaannya perhentian bas tadi akan dirosakkan oleh pemabuk-pemabuk ini.

yang putih tu kaca, bukan salji walaupun hari ni -7

Panel kaca di perhentian bas akan dipecahkan. Saya rasa benda ni berlaku hampir setiap bulan dan setiap bulan jugalah panel kaca tersebut diganti baru. Ini berlarutan sepanjang tahun.

Kalau dah tau akan dipecahkan, kenapa tak guna rekabentuk lain yang tak menggunakan panel kaca tersebut? Bayangkanlah dana yang telah terbazir akibat vandalisme seperti ini dan kebodohan mereka kerana berterusan mengganti baru panel yang dipecahkan tadi.

Sama juga dalam hidup kita, kadang-kadang kita belanja duit pada sesuatu yang tidak perlu dan tak membawa manfaat dalam hidup. Contohnya, kalau tak selalu tengok tv, tapi langgan channel Astro banyak-banyak, atau mungkin keahlian ke gym, mungkin juga langganan internet pada smartfon (kadang-kadang sepanjang masa kita berada dalam kawasan yang mempunyai kemudahan wifi).

Rokok? Mungkin.. tapi kalau saya cakap rokok membazir, orang yang merokok pula akan marah. Terpulanglah.. Sebelum cakap duit tak cukup, tengok dulu apa jenis perbelanjaan (pembaziran) dalam hidup kita yang boleh dikurangkan.

15 Comments

  • Esa

    10 November, 2011 at 7:23 am

    Salam sejahtera,

    Nak sentuh sikit fasal gym atau fitness center ni. Cuba anda perhatikan dikebanyakan gym atau fitness center, siapakah yang menyertainya? Orang gemuk yang perlu kurus badan atau orang tidak gemuk? Saya kenal kawan yang dulu badan berisi dan berjaya kurangkan isinya. Selepas berjaya baru dia joined gym. Pelik tapi benar!

    Tapi gym tu ada banyak kebaikan kerana memberi kemudahan kepada mereka yang ‘celik kesihatan’ tempat untuk beriadah sambil mencuci mata atau mencari pasangan hidup. Mungkinkah itu tujuan utama? Saya tak tau sebab saya hanya berjalan pantas disekitar kawasan rumah, sekali-sekala aje atau berenang bersama anak-anak, sekali-sekala.

    Esa @ m.esa.ro

  • Hanif

    9 November, 2011 at 11:24 pm

    sama sajer satu dunia….
    kalu tukau panel lain ( bukan kaca) macam mana nak claim tender tukau panel kaca dari kerajaan.
    All about kroni…takkan Majlis Perbandaran Russia ni tak ler pikir..betul tak..heheheh
    Sama satu dunia

  • takky

    9 November, 2011 at 9:45 am

    budak2 sekarang perlu tahu apa itu kehendak dan apa itu kemahuan….
    kalau masih tak tahu jugak, p bukak buku KH form 1….

    btw, kenapa kerajaan rusia basuh dan cat semula perhentian bas setiap kali musim bunga?

  • Lord Zara

    8 November, 2011 at 5:14 am

    Setiap bulan ganti?
    Baiknya. Kalau di Malaysia, dah rosak 2-3 tahun, nak diganti mungkin dah naik turun majlis perbandaran, baru akan diperbaiki. Kadang2 dengan inisiatif penduduk baru nak dapat, guna duit komuniti.

    Bagi nasihat pada budak yang tak dengar kata, boleh anggap membazir tak? Kita pesan untuk kebaikan masa depan dia, dia tak endah dengan melawan balik bahawa mak bapak dia kaya. Heh. Ok, itu tak boleh anggap membazir kot? Dah tanggungjawab.