Peluang Pelaburan Hartanah di Zeva @ Equine South

Reading Time: 2 minutes

zeva1

Dapat lubang satu lagi property launch yang berpotensi tinggi. Detail adalah seperti di bawah:

  • Lokasi: Taman Equine, atau lebih tepat lagi bertentangan dengan Jusco/Aeon Taman Equine
  • Harga: RM258,888 (paling rendah, belum termasuk rebate bumiputra 9%)
  • Fully furnished
  • Free legal fees untuk SPA (sale & purchase agreement)
  • Free 1 lot parking

Dari segi pakej, saya rasa not bad. Lokasi tu dah cukup bagus since Seri Kembangan memang sedang membangun dengan pesat. Banyak dah new lauch kat kawasan tu. Kelebihan Zeva adalah lokasinya di main road dan betul-betul bertentangan dengan pembangunan sedia ada (Jusco, pasar borong, international school).

Boleh kata kawasan tu dah matang sebab kemudahan semua dah cukup. Jalan keluar/masuk highway pun cukup dan dua lagi highway dijangka akan dibuka in the future (rujuk peta).

Other selling point yang boleh dikatakan menarik:

  • Fully furnished package. Tak payah pening nak furnish dan kadar sewa boleh di-upkan lagi
  • Futuristic design, lawa dan kemas
  • Kemudahan yang lengkap seperti Olympic length swimming pool, sky-terrace, sky club di tingkat teratas, tempat riadah & sauna
  • Konsep komersil di mana semua kemudahan, retail unit dan kedai berada dalam satu kawasan. Banyak dah projek yang menggunakan konsep seperti ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada pelabur
zeva 4zeva 6zeva 5

Dari segi reputasi developer, according to Faizul Ridzuan yang pernah membeli property daripada developer ni (The Zest, beli tahun 2009 harga RM232,000 sekarang dah RM500,000), mereka mempunyai reputasi yang baik. Don’t worry.

Personally, saya suka Zeva dan saya akan beli. Saya yakin dengan potensi yang ada di lokasi tersebut. Tapi sebab nak kahwin tak lama lagi, terpaksa batalkan hasrat. Settlekan perkara yang penting dulu.

Kepada yang ada masa, pergi dulu sesi bersama pelabur yang dianjurkan oleh developer. Faizul Ridzuan akan berada di sana. Tanya pendapat dia sendiri berkaitan property ni.

130527bannerRegister1

Mereka yang register awal di www.zeva.com.my akan menerima buku WTF 23 Properties Before 30 secara percuma. Kepada yang dah beli, boleh suruh Faizul sign buku anda. hehe..

Juga ada pakej istimewa untuk bumiputra sempena sesi bersama pelabur tersebut. Makan-makan pun ada. So why not? Mana tau lepas dengar penjelasan pakar, ada yang tergerak nak book unit Zeva ni.


Posted

in

by

Comments

16 responses to “Peluang Pelaburan Hartanah di Zeva @ Equine South”

  1. PerenLee Avatar

    Fuh..berani ya labur ratusan ribu..

  2. Fahmi Hardian S Avatar

    Memang menarik tempatnya, peluangnya pun sangat menarik ..

  3. kay killua Avatar

    Sama la keadaan kita…kalo bukan sebab nak kahwin da rembat 1 unit.

  4. Bidadari Avatar

    potensi besar nak naik ni. mungkin leh gi 2 kali ganda. lawa pun lawa.

  5. mfadhlan Avatar

    258k, wah…memang menarik, siap fully furnished tu. untuk orang bujang, just married memang ok. kalau dah anak 2-3 orang kurang sesuai kot…

    tapi still good investment.

  6. Aisyikin Avatar
    Aisyikin

    cun gile…cis!..Ariff dh nk kahwin…uwarghhhh

  7. Dr Fuh Avatar

    nampak design dan environment memang sangat menarik..area seri kembangan pulak tu..kalau harga bawah 400k rasanya memang berbaloi..tu pon kalau mampu la..hehehe

  8. azrijohan Avatar

    perghhh memang menarik lokasi dan features yang ada, mesti ramai berebut nak book ni… hehe

  9. hubtips Avatar

    nampak mcm ada potensi untuk naik lagi value dia…cepat2 ambil peluang sementara masih lagi terbuka luas ni..

  10. cik tom Avatar

    teringin…saving lepas nk byr deposit umah…tp kerja blum stabil nak byr2 bulan.. maybe kena pi menuntut ilmu dgn pakar faizul ..

  11. eyriqazz Avatar

    Bolehla usha2 pi tengok camni..Loan gomen isteri belum terusik lagi ni….Booking fees rm5k, boleh pawww isteri juga ni..hihihi…

    1. Ariff Avatar
      Ariff

      Untunglah ada orang untuk dipaw..

  12. hafizrahim Avatar

    Kalaulah aku tak ada komitmen, dah rembat satu unit..nice place ni.

  13. shahril Avatar

    Pelaburan yang baik dan lokasi yg sedang membangun.

  14. orang kampung Avatar

    Peluang yg sangat baik utk dimanfaatkan….

  15. yangbaik Avatar

    nampaknya satu lagi peluang terbaik dalam pelaburan hartanah
    cuma masih ragu dan tidak berapa mahir dalam bab pelaburan terutama melibatkan hartanah
    sekarang nak kena tumpu kepada pendidikan anak2 dah ada rumah sendiri boleh duduk … syukur
    cuma kalau boleh tambah lagi… alhamdulillah… mudah-mudahan ada peluang dan dipermudahkan