Pelancaran Roket Soyuz-ST

Pertama sekali, rasanya semua mesti tertanya-tanya apa kaitan entri ni dengan saya, betul tak? Sebenarnya roket yang digunakan ni ada kaitan dengan final year project yang saya sedang usahakan sekarang. Dengan kesempatan itu, dapatlah bercerita sedikit sebanyak tentang apa yang saya belajar di sini.

Tapi sebelum tu, sedikit info dan gambar roket Soyuz-ST ini. Pertama sekali, pelancaran roket Soyuz-ST ini adalah pelancaran pertama roket Soyuz-ST buatan Russia di luar negara bekas Soviet Union. Pelancaran ini dilakukan di Kouru (Kuru), French Guiana, South America. Kalau tengok dalam Google Maps, French Guiana ni selari dengan Malaysia, iaitu terletak di garisan khatulistiwa. Ini adalah untuk memudahkan pelancaran roket yang lebih berat ke angkasa. Jadi Malaysia pun sebenarnya boleh jadi roket launching site kalau ada ruang.

Pelancaran roket ini adalah untuk menghantar 2 buah satelit kepunyaan Eropah ke orbit. Satelit-satelit ini akan melengkapkan sistem Galileo yang terdiri daripada 30 buah satelit lain kepunyaan Eropah. Galileo akan digunakan untuk sistem navigasi dan akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2020.

Launching tower, launching pad dan roket Soyuz-ST adalah sepenuhnya buatan Russia. Kebanyakan technician dan engineer yang terlibat dalam projek ini adalah pelajar lepasan Moscow Aviation Institute (bangga kejap.. ).

So without further ado, kita layan gambar dan video dulu. Cerita lebih-lebih nanti sampai masuk banyak perkara teknikal, korang pening pulak.

Video ni adalah ringkasan kepada semua proses daripada awal-awal roket tu baring sehinggalah didirikan di atas launching pad dan dimuatkan dengan dua kapsul satelit Galileo tu. Satelit tu kecil sahaja berbanding roket yang berkali ganda lebih besar untuk mengangkutnya ke angkasa.

Di sini, saya diajar ekonomi untuk pelancaran roket seperti ini ke angkasa. Basically, ianya dikira berdasarkan kos per kilogram ke angkasa yang biasanya di antara US$4000 – US$40000. Pelancaran roket dan muatan seboleh-bolehnya dikurangkan untuk menjimatkan kos dan risiko (semakin berat muatan + roket, semakin besar risiko untuk projek gagal).

Service tower pada waktu malam, cantik kan?

Posted

in

by

Comments

14 responses to “Pelancaran Roket Soyuz-ST”

  1. samanosuke_04 Avatar

    hehe, budak engine.. biasalah.. haha, aku clueless pasal benda nie.. haha, kalo pasal game aku tau..

  2. Kakiwayang Avatar

    wow..ingat tadi Malaysia ada projek baru lepas Syeikh Muszaphar…haha…

  3. haniffbasri Avatar

    perggggggggg.Menarik.

  4. syahrilhafiz Avatar

    hebak!! hehe
    final project kalah PM punya kerja..cayalah :D

  5. sickchild72 Avatar

    wuu dengkinye akuu wuuu bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

  6. ohcikgu Avatar

    ohhh..sudah lancar rupanya..

  7. maria Avatar

    bah.. gila la. terbaik. seronok tengok entri camni. tak semua benda boleh cakap or taip. tapi bila tengok gambar je dah cukup speecless. tapi memang terbaik la apa yang arif buat. selamat berjaya ya!

  8. Noriz Avatar

    gd luck with ur project!

  9. namaakulynn Avatar

    video tu superawesomee!
    dasyattt la fyp mende ni.apapun,goodluck. :)

  10. Pacifista Avatar

    pergh…ni boleh buat thesis pegi bulan ni.hehe… :D

  11. Fazreen Avatar

    Kalau belajar engineering bab kaji ni jela yang paling aku suka. Masuk exam buat calculation aku cukup menyampah

  12. azman Avatar

    Pergh untung yer dapat belajar bab2 rocket ni…mungkin satu hari Msia akan ada tapak pelancar sendiri…masa tu Ariff Shah lah engineer yg bertanggung jawab membangunkan nya…sapa tau kan?

  13. Ekspresi Ruang Avatar

    final project yg cukup hebat. abes study kerja dgn SOYUZ terus je la, bro. hehe

  14. Lord Zara Avatar

    Woo hoo.
    Kat Malaysia kan banyak ruang/tanah.
    Boleh je kot kalau nak buat. Cuma itulah, setakat ni, benda begini orang tak nampak sebagai sesuatu yang menghasilkan sesuatu yang berguna di masa akan datang :(