
Baru-baru ini Hyundai melancarkan model terbarunya iaitu Hyundai Elantra yang dilengkapi dengan enjin jenis 1.6 liter dan 1.8 liter untuk jenis premium. Pelancaran Elantra telah diadakan di 3S Hyundai Showroom terbaru milik Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd. 3S Hyundai Showroom adalah one-stop center untuk Sales, Servis dan Spare Parts Hyundai.
Showroom terbaru ini mempunyai keluasan 31,600 kaki persegi (terbesar di Shah Alam) dengan pelbagai kemudahan kepada pemilik dan bakal pemilik kereta Hyundai. Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Wifi percuma (sebagai blogger, saya meletakkan kemudahan ini sebagai yang paling penting)
- Premier lounge dengan TV dan desktop PC – kepada mereka yang ingin menyiapkan kerja semasa kereta diservis
- Suasana yang kondusif dan selesa untuk para pelawat
- Kids area
- Diskaun 10% untuk parts & labor serta free carwash untuk semua pelanggan (masih dalam perancangan)




Pada pendapat saya, 3S center ini adalah berita baik kepada pengguna kenderaan jenama Hyundai kerana saya percaya, pengguna kenderaan memerlukan service center yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan mampu untuk menampung kapasiti tinggi untuk bilangan kenderaan yang akan diservis.
Harga Hyundai Elantra:
- 1.6 MT – RM86888
- 1.6 AT – RM91888
- 1.8 MT High Spec – RM96888
- 1.8 AT High Spec – RM111888
Maklumat lain berkaitan pusat servis ini:
- Waktu operasi: 9 pagi – 8 malam (hari bekerja) & 10 pagi – 6 petang (Sabtu, Ahad & cuti umum)
- Alamat: Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
- Laman web rasmi SGA Hyundai
- Facebook SGA Hyundai
- Check out full brochure Hyundai Elantra

Comments
17 responses to “Pelancaran Hyundai Elantra @ 3S Hyundai Showroom”
sesetengah produa servis pun menyediakan kemudahan yang serupa. tapi tak pernah nampak kat proton servis lagi…
Second hand value utk kereta Hyundai ni mcm mana pulak eh?
yang tu tak pasti. Kena tanya mereka yang pernah membeli
wife saya mmg berminat sgt dgn Hyundai Tucson.
waktu pakai Hyundai haritu, selalu pergi service di Alor Setar, memang puas hati dgn servis sbb ada astro n wifi waktu menunggu.
tunggu pon xlama. kebiasaannya dlm stgh jam je.
wah..pakai tucson..!! sedap mata memandang!!!
Assalam arif, saya baru sahaja posting entri mengenai Hyundai juga. Yang terkini, Hyundai i40, sudah launch di eropah tahun lepas. Mungkin tahun depan, sampailah di Malaysia.
Apa pun, reka bentuk Hyundai yang terkini memang sangat2 cun buat saya tergoda gitew..hehe
Wow…dekat je dgn rumah ni… Kurang beri perhatian pada elantra..tapi design coupe yg latest nampak canggih..
Biasalah tu, strategi perniagaan. Kalau Proton buat mcm ni pun ok. Honda, Toyota dan sekrang Hyundai dah lama ada. Proton? Tak pernah jumpa pun.
Proton Service Centre kat Alor Setar dah dalam setahun ada facilities mcm ni… plus makanan+minuman percuma
Pernah pergi servis kereta kat Toyota, masa tunggu tu macam2 ada tempat tengok tv, kemudahan internet, kids area, coffee, tea free minum sampai puas, tandas, dan tempat solat. boleh katakan tak bosan sangat menunggu sementara kereta siap diservis
dah jadi trend sekarang pusat servis ni dilengkapi pelbagai kemudahan untuk menarik minat pengguna, bukan setakat kereta yang dipasarkan lagi. Persaingan antara pengeluar kereta ni memberikan keuntungan kepada pemilik kenderaan
tuk motor tak de ke..hehehehe
haha. kalau motor ada service center macam ni seronok gak
wifi percuma tu yg tak tahan tu.. huhu
Ramai pengusaha kereta membuka pusat perkhidmatan sehenti. Memudahkan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.
wah, mesti pemilik kereta Hyundai rasa gembira
apa lagi bro… dapatkannya di showroom!! :)