Takziah diucapkan kepada keluarga dan kenalan kepada mangsa kemalangan yang mengorbankan dua orang pelajar jurusan perubatan kita di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia. Mari sama-sama menyedekahkan al-fatihah kepada kedua orang pelajar yang terkorban.
Marshrutka
Kadang-kadang susah nak percaya benda ni boleh berlaku sebab sekarang ni musim panas. Takde alasan jalan licin, tak nampak jalan dan sebagainya. Setahu saya, ‘lebuhraya’ di Moscow pun sebenarnya takdelah sesak macam lebuhraya di Malaysia.
‘Lebuhraya’ mereka kat sana pun takdelah maju macam yang kita ada, R&R semua lengkap dan bersih serta jalan yang elok berturap. Jalanraya kat sana agak teruk. Walaupun, baru sahaja berlangsung pilihanraya Presiden Moscow, saya tak pasti samada mereka meturap semula jalan ataupun tidak.
Berdasarkan apa yang saya faham daripada laporan agensi berita di Russia, kemalangan melibatkan sebuah bas (dari arah bandar Nizhniy Novgorod) yang dirempuh oleh marshrutka (van besar) yang dinaiki oleh pelajar kita dari Moscow. Pemandu mashrutka tersebut pun terkorban dalam nahas ini.
Sentiasa mendoakan keselamatan rakyat kita di sana..

Comments
28 responses to “Pelajar Malaysia Maut Dalam Kemalangan Jalanraya di Russia”
takziah diucapkan kpd keluarga mangsa. semoga mangsa2 ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. ajal maut ni ketentuan Allah. semoga kita yg hidup ni sentiasa berdoa agar dimatikan dlm khusnulkhatimah, insyaAllah
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa nahas
Al fatihah. Takziah kepada keluarga aruah
Al-Fatihah untuk mereka yang terkorban…kesian sgt..tapi apa boleh buat..
Salam takziah buat keluarga pelajar terbabit..
Dengar kata pemandu mengantuk + kejar trip..
Wallahualam..
salam takziah buat keluarga mangsa
Russia banyak gangster. Entah kenapa la korang pilih nak jugak pergi rusia. Kat mana2 ramai orang perli russian buat lawak pasal russian, terutama rakyat US & UK.
Tak patut persoalkan kenapa diorg pilih utk pergi ke sana. Ajal maut Allah tentukan, tak kira mana anda berada. My lil sis yang terlibat dalam kemalangan tu.
Sorry for your lost. Al-fatihah.
Alhamdulillah my sis survive that day. Tapi still recovering..
Al Fatihah … jangan sangka usia tua sahaja akan meninggal. Takut fikir sebab tak ada persiapan lagi utk alam satu lagi.
Salam takziah… nampak macam teruk je kemalangan itu…
takziah..semoga kita sentiasa berhati2 walau dimana berada.
Al-fatihah… Moga Arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman.. Amin..
Ariff, sekarang dah masuk autumn, agak cepat compared to last year. everyday hujan…
Really? Cepatnya..
takziah ~ semoga kita semua ambil iktibar
Takziah kepada keluarga mangsa. Macam yang orang selalu cakap, atas jalan raya ni, kalau satu pihak je yang berhati-hati, pihak lain tidak, tetap berlaku kemalangan.
sama-Sama Al Fatihah
Turut berduka cita, alfatihah untuk kedua orang pelajar yang terkorban.
takziah pada keluarga mereka..ngeri dengar kalau pasal kemalangan ini..dulu ada kawan sekolah SK yang melanjutkan pelajaran di US pon meninggal disebabkan kemalangan kenderaan. :( Al Fatihah pada arwah.
tengok video pasal crash ni menakutkan jgk. keadaan kenderaan ni remuk teruk. tapi sayangla,tak paham sebab video rusia. tengok je la.
Malang tidak berbau. Takziah kepada keluarga mereka yang terlibat.Kalau tidak silap mereka ni dah di tahun yang kelima,dah dekat nak habis tu, kasihan kat faimly yang mengharap
Takziah kepada keluarga mangsa. Khabarnya mangsa-mangsa baru saja pulang dari Malaysia untuk beraya.
Bro, lu kenal tak mereka yang meninggal tu?
Tak kenal
oh..ada keluar dalam berita pasal kemalangan ni, tu lah..malang tidak berbau, dimana saja kita berada, tidak dapat di duga apa yang akan berlaku. Takziah untuk keluarga mangsa.
salam takziah.
stambula = istanbul?