Moscow 29 Ogos: Tindakan berani seorang pelajar Malaysia membuat meriam buluh di pejabat Kedutaan Besar Malaysia, Moscow ย membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan meriam buluh gara-gara ingin menyemarakkan suasana Aidilfitri di Russia.
Pelajar yang tidak mahu namanya dikenali tersebut melecur sebelah muka apabila meriam tersebut tiba-tiba meletup ketika dia sedang memperbetulkan posisi meriam tersebut supaya menghala ke arah pejabat kedutaan Israel di sini.
Dua buah pasukan polis bersama skuad pemusnah bom daripada pasukan OMOH (Pasukan Polis Khas Russia) tiba di pintu pagar pejabat kedutaan Malaysia sebaik sahaja mendapat laporan daripada orang ramai yang terdengar bunyi letupan kuat kira-kira jam 9.10 malam waktu Moscow.
Pihak kedutaan telah diberi amaran oleh pihak berkuasa supaya tidak melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman penduduk sekitar walaupun menjelang perayaan Aidilfitri. Umat Islam seluruh Russia akan menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos, selaras dengan perayaan di kota Makkah.
Pelajar tersebut kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan dan akan dibenarkan pulang selepas beberapa hari.
Menurut rakannya dan beberapa saksi di tempat kejadian, mangsa telah mengubahsuai struktur dalaman meriam tersebut supaya menyerupai enjin roket dan menambah sedikit bahan bakar kapal terbang supaya letupan meriam tersebut menjadi lebih terang. Mangsa adalah pelajar jurusan kejuruteraan aeroangkasa di Moscow Aviation Institute.
Disebabkan ketiadaan buluh di Russia, buluh meriam tersebut telah dipos dari Malaysia oleh keluarga mangsa dan mengambil masa 3 bulan untuk sampai ke Russia.
ย #beritabohong jangan marah.. hehe..

Comments
90 responses to “Pelajar Malaysia di Moscow Cedera Parah Akibat Letupan Meriam Buluh”
suspense juga baca permulaan, rupanya bohong.
pandai buat cerita.
serius je muka baca. rupanya kena tipu..hehe..ada bakat jadi wartawan tak bernama ni :D
hahahahah..kena tipu…
cehhhh . kekekeh !
aku salute dia sanggup mintak family post buluh dari malaysia.. tak reput plak buluh tu 3 bulan atas kargo..haha
#beritabohong..
cettt.apesal ku tak nampak #beritabohong tu?!hahahhaa. patut ah ada feeling nak view balik entri ni. adoi.
hehe. bagus2. siap baca balik entri ni.
sekali ingat betul dah..tetipu den
Mula-mula aku da cuak melampau.Ye lah.tak kuar paper bagai.Tiba2 sampai part pos meriam buluh tu aku pelik.HAHHAHAH.baca last sekali,mmg #$%^& sangat!hahaha
huhuhu…lawak tgh Ramadhan nih. Selamat berpuasa bro!
hahahahaha, batal pose gelak banyak-banyak. :P
nasihat : berhati2 menulis.jangan ikut emosi.bukan semua orang senang macam kita (contoh : post seperti maybank2u anda cakap “orang2 buta it”.mungkin ada yang terguris.)
salam..
tambah skit…
sejurus selepas letupan tersebut…sebuah jet pejuang russia yang kebetulan melalui ruang udara di situ telah terhempas dipercayai terkena serpihan buluh yang berterbangan akibat letupan kuat tersebut…
hahahahaha….
hahaha.. terbaik!!
haha…siap menambah lagi :p
Aku nak tambah sat.
Tarikhnya tarikh birthday aku. Lambat lagi. :p
Kau kalau tulis tak feeling serius masa mula-mula memang tak lah Ariff. :p
Takpe. Aku kirim lemang nanti.
Kih kih kih.
erm,,dh agak dh..rekaan semata-mata…tak pernah dengar kt berita pun..
siot aku baca dari awal sampai habis tuh, siap ader gambar tentera rusia lagi tuh, pastu da start rasa pelik bila buluh tu dibawa dari malaysia, pelik jer, x kan buluh besar mcm tu leh lepas kastam plak, rupanya hanya tipu, tertipu den, heheheheheh
hehe…aku siap percaya lagi tau.hehe…
punya laa tekun membaca. beritabohong rupanya haha
ni mesti kes teringin nak main tak pun rindu nak main meriam buluh nii :P
heheh beria aku baca berita bohong ni
eheh….polis rusia pun pening …ada gak macam nih. baru orang rusia tau orang Malaysia lagi kreatif…buluh je.!!
dah agak ariff nak troll.
Ceh dapat pandai troll macam BlogSerius. Ingatkan betul, kekeke!
hehe. Sebelum2 ni pun ada je entri troll. Sekali sekala apa salahnya..
kena troll pulok dah!
ceh! tetipu tipah! beria membaca..terkejut tgok tajuk..tetiba “berita bohong” hahahahaha:P
igtkan buluh tu di perbuat dari composite : carbon fibre… tapi di pos buluh tu dari malaysia..
lebih baik buat lomang daaaaa…!!
berita tipu rupanya… sob3
kat sini mana nak dapat carbon fibre..
tapi carbon fibre pun memang pecah kalau meletup.
haha…aku dah tau kenapa citer ni citer tipu.tarikh 29 ogos tu kan?haha…kena tipu jugak aku :p
heh. lagi satu tengok gambar tu. Ada benda yang tak betul.
homo tu ke?hehe…
bagus jugak attract pembaca dengan cara ni.kalau yang tak baca betul2 mau dia bersungguh percaya entri ni.hehe…
betullah mana nak cari buluh..hehe
bersungguh-sungguh baca dengan penuh semangat, sekali tipu? T___T
ape pun, berjaya membuat saya senyum. hahaha
terbaru: Pelacur dan Pengasuh Anak
ariff ni mesti tengah stress entah apa ni .. heee
tengah bosan..
Skuad pemusnah bomb gay ke? asal HOMO kat baju
haih.#beritabohong rupanya.mudah betul tertipu huhu
la…citer tipu ke ni?pergh…macam betul je aku baca.erk…macam mana ko boleh tau citer ni citer tipu?
Semangat baca.Akhirnya Tipah Tertipu…..:)
cisdel.. aku dah kagum dah tadi dengan semangat raya student kat Rusia -.-
tapi orang embassy ada cerita2 nak pos buluh ke moscow. nak buat lemang atau meriam tu tak pasti lagi
mcm dah agak tipu pasal taun lepas ada buat entri pasal pelajar malaysia kena tahan imegresn pasal seludup mercun..hoho..
ingat lagi eh. hehe..
cett..
semngat la percaya tadi
tipu rupanya…
hoho..kat rusia ada buluh ker??
terkono den hahahaha
cet.. aku pun terasa berita ni dah gempak habis. until aku baca ayat last tu =__=
Ke bro ariff sendiri yang main?
ada gak cita2 nak main
School of Aviation takde stock meriam sendiri ke, En Ariff? LOL!
hahahah , aku hampir terpedaya..
p/s:- semua dlm gambar tu HOMO ke ? ^_^
haa. ada pun orang perasan.
terkejut ai..huhuhu
Sanggup tu post dari Malaysia. Memang semangat ni
simpati
Pfft..kali kedua terkena untuk hari ini. ==.
Yeah.kalau la betul, memang aku respect la budak ni.siap minta mak ayah pos buluh. aiyaaa~
kita tgk minggu depan, kot2 berita ni keluar betul2. tak moscow, dari indon pun boleh laa…dekat sikit nak post.
1st time kena hangit dalam ariffshah.com! siod!
hehe… jangan ingat eyriqazz je boleh buat entri hangit
haha, terkena den!!
3 bulan pos buluh baru sampai!! hehe adeh2x
beriye gua baca. cis. pelajar malaysia tu ariff shah ke namanya?
perghhhhhhh 3 bulan baru nak sampai…
standard kalau hantar barang banyak2 guna kapal mmg 3 bulan
salam..
alahai kena tipu pa pulak..
he he..mula heran juga takkan
sampai ke Moscow meriam buluh
baik main meriam betul, lagi
debommmmmm!!!
mungkin ilmu belom cukup di dada…
hehehe
balik malaysia, belajar lagi cara buat meriam buluh…
macam-macam.
kalo dh terlebih pandai pun payah juge kenkadang. :)
tough betul askar depa kat sana.
*tu je yang aku tengok*
kehkehkeh
Nak percaya ke tak ni. Haha~
Ariff tak balik ke? Tak pe, beraya kat sana, eh..
siapakah pelajar Malaysia tu ya??
takkan ariffshah kut…hehe
hahhh, ambik nak sangat. ape2 jela
meriam buluh tu tak lepas inspection SIRIM time export keluar tu…
betul ke berita ni? Aku macam tak percaya je cerita ni..apasal mangsa tu macam ada kena-mengena dengan kau>
bawak buluh j tu. kadam dia tak dapat ikut sekali sbab snang pecah. haha.
klau nk buat tu, buat laa dalam bunker -__-
Biar betul? Macam lepas geram tidak dapat balik Raya sahaja entri ini :-)
lebih kurang macam tu la..
uih…main meriam sampai ke moscow?dahsyat…
mesti dia nak tunjuk kat kawan2 dia kat moscow tu macam mana orang malaysia sambut hari raya.haha…
memang semarak aidilfitri betol nih.. hehe
bile tengok tajuk..tetiba terfikir kat negara rusia ada pokok buluh ke..ahaha merasa buluh tu g oversea..
mesti team OMOH tu pelik tgok bom ‘versibuluh’.haha.
anyway,harap2 budak tu cpt2 sihat nak sambut raya nnt.
First tengok title aku terfikir entri betul ke prank nie? haha
fuyyooo siap pos =_=”
teruk ke budak tu?
sanggup tu pos buluh..
kalau nak tanam pokok buluh kurang 2-3 tahun baru cukup matang utk buat meriam. lol
baik ko tanam, nnti junior2 boleh pakai..haha..
Pergh.. Post buluh tue.. Buluh dah tak fresh.. memang la hancoor…
buluh tak fresh senang hancur eh?
yup… patutnya dia balut la buluh tue ngan kain ke, apa ke.. mesti tak pernah main meriam buluh nie.. dah siap ubahsuai meriam lagi.. kompom supersonic bunyi.. LOL
hehe..boleh tahan jugak kan..